Alina
Diluar masih gelap dan hanya diterangi cahaya bulan. Hujan renyai renyai membuatkan aku kedinginan. Aku melihat Afie masih lagi lena diulit mimpi. Jam menunjukkan pukul lima pagi. Entah bila, aku tertidur semula. Bila aku sedar, matahari sudah tegak diatas kepala. Dan ada aroma yang menusukke rongga hidungku bau sosej. Aku bangun dan menuju ke dapur. "Rajinnya kau masak pagi pagi n." Aku menegur Afie yang sedang menggoreng sosej. "Eh dah bangun? Ah biasalah. Chef kan." Lagak Afie pula. Aku pun mendekati Afie.
"Nak tosej boleh?" "Sebut elok elok. Soo" "soo" aku memuncungkan mulutku "sej" "sejj" Afie ketawa. Aku tak pernah tengok dia ketawa macam ni dengan mana mana scandal dia. Kalau dengan lala pun, riak muka dia tak sama macamni. Afie menghidangkan sarapan. Sosej goreng bersama telur mata. Membuka selera aku pagi ini. Kali pertamanya aku nampak bahagian lain pada diri dia. Dia bukan macam yang aku kenal dulu. Tak sama langsung. Aku sememangnya benci dengan perangai dia yang mempunyai skandal keliling pinggang. Dan suka acah sweet dekat public. Serius, jujur. Aku memang tak suka dia. Menyampah gila. Tapi sekarang, aku tak tahu apa kena dengan perasaan aku. Dia macam lima puluh lima puluh. Antara sayang dan benci. Aku seakan tak boleh menerima, akan ada lagi orang yang memahami aku. Sepanjang bersama dia, aku rasa selamat disisi dia.
"Woi! Mengelamun apa tu ha!" Afie menepuk meja. "Kau ni, terkejut aku. Nasib baik tak ada sakit jantung kalau tak mati katak aku. Dulu ku melompat sekarang tak boleh lompat." Sempat lagi aku ternyanyi lagu katak berkerusi roda dalam cerita wonderpets . "Hahahaha hotak kau. Makan makan cepat. Kata nak balik awal." kalau ikutkan memang aku tak puas lagi duduk sini, tapi aku ada assignment, yang perlu disiapkan untuk dihantar. Afi menghantar aku pulang ke rumah pada jam dua belas tengahari.
...
Afie
Aku keluar untuk makan tengahari di tempat biasa. Sedang aku menyuapkan nasi kedalam mulut, aku ternampak susuk tubuh yang aku kenali. Alina. Dia berjalan dengan seorang lelaki. Lelaki tu memeluk bahunya. 'what the fuck, seriously? Tak ada mood do aku nak makan.' Aku menghabiskan air dan membuat pembayaran. Aku kenal lelaki tu. Nama dia Shaun. And aku anti gila dengan dia. Kenapa mesti lelaki tu? And kenapa dia mesti peluk Alina? Hatiku terus menyoal diriku. Ah. Kenapa pula dengan aku ni! Perlu ke aku cemburu? Dia bukan sesiapa pun. Kawan je kan. Lagipun, dia 'straight' . Bagaikan hancur berkeping keping hatiku bila aku harus mengatakan iti untuk menyedapkan hatiku sendiri. Aku balik, aku masuk kedalam bilik. Pintu ku hempas. Aku merebahkan diri diatas tilam.
'Ya Allah ya tuhanku apa kena dengan aku ni. Takkan aku dah jatuh cinta kot. Ah tak mungkin tak mungkin. Mustahil lah. Aku kan nak permainkan dia je.' Aku bermonolog sendiri sehingga tertidur. Telefon ku telahpun dimatikan.
Dua minggu aku tak bertegur dengan Alina. Setiap kali dia memanggilku, aku mengelak. Aku langsung tidak memberikan dia masa untuk menjelaskan. "Kau blah je la cari lain kalau kau dah jatuh cinta kat dia. Bukannya kau ada nampak effort dia pun kan." Aku tahu Lala tak bermaksud begitu. Dia cuma tak mahu tengok aku down. Petang itu, aku kuatkan diri aku. Berjumpa dengan dia. Alina. Si pelat. "Aku tahu Shaun tu lagi kaya dari aku, and lagi ada rupa dari aku. Tapi aku bagi kau peluang untuk kau bercakap. Cakaplah apa kau nak cakap. Lima belas minit." Aku tetap dengan ego aku. "Shaun ajak aku pergi makan. Aku ikut jelah. Lepastu sampai kedai tu tiba tiba dia pegang bahu aku, aku nak pergi kat kau. Dia tarik aku. Aku tak tahu apa masaalah dia. Tapi, aku tahu dia sengaja. Afie jangan lah macamni. Aku taknak kau jauh dari aku lagi. Aku nak kau." Dia memandang ke mata ku. Aku memalingkan muka ku. Mataku berkaca. Dia tak pernah sejujur ni. Dan kenapa aku menangis untuk dia? Soal hatiku. Dengan tidak semana mana air mata dia pula yang jatuh. Aku menyeka air matanya, serius.
Aku tak kuat melihat air mata dia. Aku tidak pernah selemah ini. Tapi, sejak hadirnya dia. Aku berubah. Pantai takkan pernah lengkap tanpa ombak, langit tak akan lengkap tanpa awan. Begitu juga aku, takkan lengkap tanpa kau Alina. Aku benar benar sudah jatuh cinta kepadanya tapi, aku benar benar takut untuk meluahkannya. Aku takut, semuanya akan hilang sekelip mata. Aku takut dia akan menolakku.
...
Aku bersiap siap untuk ke kolej. Aku kurang sihat hari ini. Sampai dikolej, aku bergegas masuk ke kelas dengan muka yang pucat. "kenapa muka kau pucat do. Ni mesti semalam tak mandi kan lepas balik kena hujan?" Alina membebel. Ah, sudah mula lah tu. Bentak hatiku. "Aku okay jelah." kataku untuk menyedapkan hatinya. Habis kelas, sewaktu aku ingin pulang dan menghantar Alina, Shaun tiba tiba mendekat dan menawarkan Alina untuk menghantarnya pulang. Shaun memaksa. "Eh dia taknak tak payahlah paksa. Dia balik dengan aku kan. Apa masaalah kau nak baik sangat hantar dia." aku mencelah. Sudahlah kepala sedang berdenyut. Monyet putih ni buat hal disini pula. "Eh kau kenapa. Kau siapa kau tak ada hak okay!" Shaun menarik kolar bajuku. Buf, satu tumbukkan melayang dimukanya.
Sudah la panas, dia memanjangkan cerita pula disini. Alina menarik aku dan cuba meleraikan pergaduhan. Shaun menolak Alina sehingga terjatuh dan menumbukku dua kali. Kepala ku semakin pening, dicampur dengan terik matahari. Disebab kan dia menolak Alina, aku angin satu badan. Aku menendang perut Shaun dan menumbuk mukanya tanpa henti. Alina menarikku. "Afie dah Afie!" dia menyentuh bibirku yang berdarah menggunakan ibu jarinya. "Sakitlah!, dah jom balik." Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan menghantar Alina. Segala soalan yang diajukan aku biarkan. Hanya radio yang membebel. Aku balik dan mandi. Lalu berbaring diatas katil. Badanku terasa sangat lemah. Bibirku pula terasa seperti Angelina jolie. Dengan hawa dingin nombor enam belas dan berselimutkan toto, aku tertidur.
Alahai, hero demam plus kena hentak la pulak!
Tak apa nantikan chapter seterusnya. 'Aku'.
Dapatkah Afi meluahkan perasaannya terhadap Alina? 🤔
YOU ARE READING
Aku [Completed]
RomanceAfie . Seseorang yang terkenal dikolejnya dengan gelaran 'playboy'. Mustahil kah seseorang yang 'selfish' Seperti Afie jatuh cinta?