Bab 7

4.3K 63 2
                                    

  "Tak lama lagi cuti sem. Kau balik kampung ke?" Soal Afie yang sedang memasak maggi.
"Begitulah. Hmm." Alina melepaskan keluhan panjang.
"Kenapa? Sedih eh nak berpisah dengan aku." Soal Afie lagi.
"Mana ada."
"Alahai, jangan nak tipu aku lah. Kau bercakap pun pandang tempat lain. Tengok aku sini."
"Taknak"
"Sinilah." Afie memegang dagu Alina, perlahan lahan dia menoleh ke arah Afie. Lantas memeluk Afie.
"Alina nak cakap Alina sayang Afie . Alina taknak hilang Afie. Alina taknak Afie pergi . Alina nak Afie sayang Alina sorang je . Alina taknak u Afie lari daripada Alina.
"Alolo manjanya. Kan Afie ada je ni?" Afie membelai lembut rambut Alina. Alina hanya mendiamkan diri.
"Eh apa ni nangis. Dah dah jangan nangis. Jom kita makan maggi."

  "Cepat Afie suap, nganga Aaaa" Afie menyuap Alina.
"Afie pulak, Aaaaaumm" Alina menyuap dirinya sendiri.
"Apa niii. Tak adil." Rungut Afie.
"Biarlah, padan muka." Ejek Alina pula
"Okay. Dah taknak makan."
"Elele merajuk lahtu. Nah. Aaa"
"Omnomnomnom"
"Ingat comel ke?" Alina mencuit hidung Afie.

...

Alina

  Sejak akhir akhir ini, aku banyak meluangkan masa lapangku bersama Afie. Tapi tak lama lagi pada cuti sem aku harus pulang ke kampung dalam tempoh dua bulan. Dua bulan jugalah aku akan terpisah dari Afie. Berat hati aku, namun apakan daya. Takdir lebih berkuasa. Aku membuka loket dari rantai yang diberi Afie. Aku tersenyum sendiri. Aku suka akan sikapnya yang pandai mencuri hati, pandai memujuk, pandai berdikari. Walaupun dulu dia seorang yang banyak skandal, itu masa silam dia. Semua orang ada masa silam yang berlainan. Tapi, dia macam tak sedih apabila mengetahui aku akan pulang ke kampung dalam tempoh yang agak lama. Aku membuka telefonku. Melihat status Afie yang baru di up. "Baru lepas hantar Alina. Home sweet home." dan lagi satu yang baru. 'Just now'  "Berat gila hati aku nak berpisah dengan kau. Hmm. I will keep our memories. What our have been through together. I will miss your smile, your eyes, your voice, and your laugh. Take care of yourself while i am at your side. And be loyal, to me." Aku membalas, "Untuk siapa?" Tak sampai satu minit, Afie membalas. "Tak ada siapa." Hmm.

...

Afie

Dingin mula mencengkam. Aku membaluti tubuh ku dengan selimut yang tebal. Aku mengambil kamera Canonku. Aku membelek gambar gambar aku dan Alina satu persatu. Aku tersenyum. Aku mencapai diari ku. Dan menulis.

'Dulu, aku benci kau. Kau benci aku. Sekarang? Cinta kita ibarat buku Novel. Dari benci menjadi cinta. Sampailah sekarang, aku nak berpisah dengan kau pun dah tak rela. Ya, aku nampak kesempurnaan dalam diri kau yang orang lain tak nampak. Aku nampak, apa yang orang lain tak nampak. Dimata aku, kau comel. Kau nakal. Kau ego. Kau degil. Kau jenis yang merendah diri. That is why i fell for you, my girl.'

Aku menutup diariku. Termenung sejenak mengenangkan hari jadinya yang hampir tiba. Hadiah apa yang hendak ku berikan. Aku merenung gelang tangan yang terukir namaku dan dia. Kalau baru jumpa tadi aku dah rindu, macam mana pula nanti. Aku melepaskan keluhan.

Seminggu berlalu pantas. Malam ini harjadi Alina. Aku sudah merancang bersama kawan serumahnya untuk membuat kejutan untuknya. Sewaktu aku datang, Alina sedang dibuai mimpi di biliknya. Aku datang membawa gitarku manakala kawan kawannya memegang kek yang diatas nya tertulis "Happy Birthday Sayang. I love you." Aku berjalan menuju ke bilik Alina sambil memetik gitarku. Aku menyanyikannya sebuah lagu yang bertajuk 'Selamat ulang tahun sayang'.
"Afie, seriously?." Alina meraup wajahnya. Dia masih mamai. Aku datang dan mengambil tempat disebelahnya. Gitarku sandarkan ditepi. Aku peluk dia erat. "Malula orang pakai macamni. Selekeh ha." Bisik Alina. "Afie tak kesah. Afie sayang Lina kat sini, bukan pada rupa." kata Afie sambil meletakkan tangan Alina di dadanya. "Blow up the candles." Suruh kawan kawannya.Melihat dia tersenyum, aku turut tersenyum. 

...

  Afie melihat status whatsapp Alina. Alina menghantar tangkapan skrin perbualannya dengan seseorang. 'Happy birthday my buchuk macam' . "Ek elah, kau siapa sial nak cop cop dia kau punya. Kawan baik sekalipun perlu ke ada 'my' tu." Bebel Afie. Tiba tiba seseorang mengetuk pintu biliknya. Alina terpacul di hadapan pintu. "What the fuck that you want?" Soal Afie kasar.
"Hey, dah kenapa ni." Alina agak terkejut dengan kata kata Afie.
"Who was that guy?"
"Guy? Siapa?"
"Yang wish kau tulah. Status kau yang paling akhir" Afie mengetap giginya.
"Ya Allah Afie kuatnya cemburu eee" Alina menarik hidung Afie.
"Itu kawan lama Alina, dah kahwin dah Afie oi." Alina memegang kepala Afie dengan kedua tangannya dan mencium ciumnya.
"Apeni oi oi. Hahahaha"
"Haa kan dah senyum tu."
"Weeekkk." Afie menjelir kan lidahnya sebelum menarik rambut Alina dan lari.
"Sakitlah bodoh!! Meh sini kau ketot!" Alina mengejar Afie dan memukulnya dan menarik rambutnya.
"Bodoh tercabut kang rambut aku. Pelat punya setannn!" Dia mengejar dan memeluk Alina sehingga jatuh tersungkur.
"Hahaha aduh penat penat jap jap." Alina berbaring diatas perut Afie. Nafas mereka masih kencang seperti baru lepas marathon.

  "Eh tu rambut palsu Lala kan, nak pakai lah." Afie mengambil rambut palsu lala yang panjangnya sehingga paras pinggang. Lalu mengambil beg tangan Lala dan berjalan mengelilingi rumah.
"Hahahaha bodohla Afie, kang Lala bangun kang." Masin mulut Alina, kedengaran tombol pintu bilik Lala di pulas. Kelam kabut Afie menyimpan beg tangan Lala. Lala keluar dari biliknya. Lalu tergelak.
"Kenapa Lala?" Soal Afie. Tiba tiba Alina pula yang gelak diiringi Anas menambahkan keriuhan susana rumah itu.
"Kau tengok cermin bodoh Hahahahahhaha" Lala bersuara. Afie berlari anak mendapatkan cermin. Ternyata dia lupa untuk membuka rambut palsu dan belon yang diletakkan dalam bajunya. Riuh suasana rumah itu dengan hilaian tawa keluarga kecil itu.

...

  "Dah tiba masanya. Afie kat sini jaga diri elok elok tau." Kata Alina. Dia memberikan Afie senyuman. Namun disebalik senyuman itu, dia menyembunyikan peritnya perpisahan.
"Baiklah. Alina pun. Jaga diri tau." Pesan Afie.
"Tapi there is one thing Afie nak bagitahu. Sebelum Alina pergi, Afie nak Alina jadi milik Afie?" Afie membuka sebuah kotak cincin. Di cincin itu terukir, 'A❤A'.
"Afie akan tinggalkan semua skandal Afie dengan syarat, you are mine." Sambung Afie lagi.
"I am all yours Afie. Tunggu nak declare je." Alina menghulurkan tangannya kepada Afie. Lalu Afie menyarungkan cincin itu ke jari manis Alina. Padan dan sempurna.
"Mulai harini, kita pakai i dan u."
"selamat tinggal u. I love you." Afie memeluk Alina sebelum dia berjalan kearah basnya. Afie melambai ke arah Alina.

Alina

  Dalam aku bahagia, ada terselit sedikit kesedihan disudut hatiku. Mulai hari ini, aku akan berjauhan dengan Afie. Tanpa aku sedar, air mata jernih mengalir keluar dari mataku. 'I miss you already Afie.'

Afie

  Senyum lebar yang ku berikan, hanya untuk menyedapkan hatiku. Aku bahagia dia menerimaku. Tetapi aku bersedih kerana dia jauh dari sisiku. Aku akan rindukan dia. Sambil aku memandu, mataku pun mula berkaca. Cincin yang tersarumg ditanganku, aku belai. Aku cium. 'I tak kuat.'

Aku [Completed] Where stories live. Discover now