Extra ♥️

4K 98 14
                                    

  Hidup Alina tak lagi sama seperti mana yang dia miliki dulu. Dia lebih banyak menyendiri. Dan sering pergi ke pusara Afie. Dia menjadi yang terakhir mencium dahi Afie sebelum kain kafannya ditutup.

  Kata kata cinta yang pernah diungkap Afie, masih bermain difikirannya. 'Tak semua cinta akan memilikki, tak semua janji akan ditepati, tetapi cinta yang sejati akan abadi.' Benarlah. Benar apa yang diungkapkan. Sehingga kini cinta Afie masih abadi dihatinya.

  'pelukan Afie, suara Afie, selalu membuat hati aku tenang. Sampai harini, aku masih tatap gambar dia sebelum tidur.' Bisik hati Alina bersendirian. Patung yang diletakkan didalam beg tangannya, dia ambil. Patung yang Afie beri itu dia pegang dan tatap.

'I miss you Afie.' Alina memejamkan matanya menahan sebak didada. Sakitnya rindu yang tak berpenghujung. Tidak tergambar kerinduan yang menghiris hati sang perindu. Tak tergambar perit kerinduannya. Hargailah masa yang ada bersama seseorang yang disayangi kerana bila bila masa, kebahagiaan tu boleh pergi sekelip mata.

Alina berjalan sendirian pergi ke tasik berhampiran, dia menatap kepekatan malam yang dihiasi kilauan bintang bintang. "Afie Arnaqie." Satu nama terpacul dibibirnya. Dia memejam matanya, merasakan cinta Afie yang masih tersisa. Dia merasakan debaran didadanya namun dia berasa tenang. "Alina tahu Afie dengar. Afie i love you." Ungkap Alina perlahan.

Tiga tahun berlalu.

'Wahai Afie Arnaqie my baebiy, harini genaplah tiga tahun u pergi. Pemergian u telah i redhai. I harap u tenang disana. I akan sentiasa menyayangi u dan merindui u. Selama lamanya.'

  Alina menutup diarinya. Dan menyimpan diarinya bersama diari milik Afie.

  Esok adalah hari perkahwinannya. Perkahwinan atas kehendak keluarga. Dia hanya meredhai dan menerima. Walaupun sudah tiga tahun berlalu, cintanya tetap berkekalan. Mungkin hingga ke akhir nyawa?


-Tamat-

Vote and comment. Tqsm for all support

Aku [Completed] Where stories live. Discover now