Alina
Hm. Alangkah indahnya kalau aku dapat peluk Afie pada malam yang bermakna ni. Aku rindu nak belai dia. Rindu nak gedik gedik nak manja manja dengan dia. Rindu sangat. Tak semua orang boleh layan aku macam Afie. Dia seorang yang pemaaf. Dia senang memaafkan orang. Marah dia pun, tak lama. Tapi sayang, dia. . Tiba tiba telefon ku berdering.
"Sayang, cuba bukak pintu bilik." kata Afie dengan lembut.
"Gila apa?" kataku yang tak pernah terfikir apa yang akan dibuatnya. Aku berjalan perlahan mendapatkan pintu. Lalu aku pun membuka pintu bilikku.
"Afie!" Aku terus mendakapnya erat. Air mata kebahagiaan pun mulai menitis dari mataku.
"Dah pukul sebelas malam ni. Shh." Afie meletakkan jarinya dibibirku. Dia tersenyum. Bukan senyuman sinis. Ianya senyuman yang, ikhlas. Entahla. Tapi ia memberi seribu makna.
"Nah, coklat. Dan, patung."
"Asal besar tapak tangan je patung ni. Pastu dia berdiri bukan duduk." soalku."Alah nanti dia membesar lahtu"
"Hotak u hahahaha."
"Takdelah. Itu i. I sengaja beli yang kecil. Senang u nak bawak i pergi kehulu kehilir dengan u. Hehe." Afie tersengih.
"Alolo. Hahaha. Buncit pun macam u."
"Eh mana ada i buncit."
"Ada, six pack u pun dah tak nampak sangat. Hahahah." Aku menarik Afie kedalam.
"Eee. Diamlah."
"Tapi asal i tengok u makin kecik ni. Dahla pendek. Kan i suruh makan banyak banyak?"
"U tak suap." Afie memuncungkan mulutnya.
"Haih, selalu macamtu. Tapikan, tukarlah baju. Baring. I nak peluk." aku menghadiahkan dia sebuah senyuman.
"Baju semua tinggal kat bilik hotel. Hehe." dia tersengih seperti kerang busuk.
"Pakai baju i lah." Aku mengambil bajuku dari almari yang terletak di sudut bilik. Dia membuka butang baju kemejanya satu persatu.
"laa, pakai jelah singlet tu."
"Malu lah family u ada."
"Esok nak keluar bilik baru pakai baju." Aku menyimpan semula baju tshirt tersebut. Aku menariknya baring disebelahku. Aku mrncium pipi dan dahinya.
"Eee geram. Jom i makeup u."
"Ha cepatlah. Dah lama tak buat benda bodoh dengan u. Hahaha." Afie menutup matanya, bersedia untuk disolek. Aku mengambil celak, kening Afie aku lukis. Bibirny Aku calitkan lipstik merah menyala. Pipi nya aku sapukan pemerah pipi."Woah Afieya." Aku menghulurkan cermin padanya.
"Wah. Cantiknya i. Dahlah u, i nak pergi melacur. Mesti laku ni. HAHAHAHAHAHA."
"Kepala hotak u. Hahahahah." Selepas puas Afie beraksi sepsrti pondan terbiar, dia membasuh mukanya. Dan mengambil tempat disebelahku. Aku baring diatas lengannya. Dia menarikku rapat ke tubuhnya. Badanku yang dingin terasa hangat dalam dakapannya. Percayalah, aku sangat rindukan pelukan dia bila dia jauh. Belaian dia. Pandangan dia. Suara manja dia. Suara dia menyanyi. Aku memeluknya erat. Seerat erat pelukan terakhir.Afie
Alina memelukku erat. Aku mencium dahinya. Aku terlalu rindukan dia. Dan ya, hatiku masih merasakan sesuatu. Yang aku sendiri tak mengerti. Aku biarkan dia memelukku. Mata dia, dipejam rapat. Aku tatap muka dia. Sampai aku tak sedar, air mata aku jatuh. Aku takut. Aku takut aku kehilangan dia. Aku tak tahu kenapa aku berfikir sejauh ni. Tapi, hati aku tenteram bila dia peluk aku seerat ni. Mata aku pun terpejam.
YOU ARE READING
Aku [Completed]
RomanceAfie . Seseorang yang terkenal dikolejnya dengan gelaran 'playboy'. Mustahil kah seseorang yang 'selfish' Seperti Afie jatuh cinta?