Bab2

13 1 0
                                    

Hari ini merupakan hari dimana zanirah sofia akan bertemu dengan Qaim Aryan . Sengaja sofi turun lambat ke ruang makan kerana dia pasti aryan telah sampai , buktinya sebuah kereta porsche panamera yang berwarna  merah itu elok terparking di sebelah kereta mercedez sofi yang terletak di garaj kereta .

" Sofi turun makan sayang " laung mummy kuat sehingga menyentakkan sofi dari lamunan nya .

" ya mummy kejap lagi sofi turun " gumam sofi perlahan . Sebenarnya dia tidak bersedia lagi untuk berjumpa mana mana orang luar apatah lagi seorang yang bergelar lelaki .

dengan lafaz bismillah sofi membuka langkah perlahan menuju ke arah tangga .

Setelah sofi sampai di anak tangga terakhir telinga nya menangkap satu suara asing dan dia pasti itu suara Qaim Aryan . 

" haa turun pun anak dara sorang ni . Cepat lah duduk sini baby girl . Kau tau tak aku lapar ni  kang mati kebulur aku " perli Mikhael pedas .

" sofi dah turun pun kan eih abang ael ni  " balas sofi geram . Haih aku turun pun dah cukup baik tau kalau ikutkan hati takda masa aku nak turun sini . Sambung sofi di dalam hati nya .
Ingin sahaja dia menyambung perkataan itu tetapi dia masih ingat tentang kewujudan mummy dan satu makhluk asing yang berada tepat dihadapan nya  .

Suasana di meja makan itu agak riuh dengan suara mikhael , aryan serta puan sri eina . Dan sofi hanya diam membisu . Dia tak tahu nak kata apa .  So lebih baik diam

" hey sayang kenapa diam ni ?" tegur puan sri eina kepada anak saudaranya sofi

" tak lah mummy . Sofi cuma tak tahu nak cerita apa tu ya sofi diam je  " balas sofi tersenyum kecil

Dia sedari sejak tadi ada mata yang sibuk melihat kearah nya . Dengan keyakinan yang tinggi , sofi mengangkat wajahnya dan jelas lah bahawa sepasang mata biru dihadapan nya kini sedang merenung nya . Tanpa perintah Sofi membalas renungan Qaim Aryan.

" ehemmm " Qaim aryan berdehem seketika ingin menghilangkan perasaan gugupnya apabila ditenung bagai nak tembus oleh wanita yang berada di hadapan nya itu . Huh siapa suruh tenung anak dara orang kan dah malu sendiri gumam Qaim dalam hati .

" oh ya!  mummy hampir lupa nak kenalkan sofi dengan trainer kamu ni . Nama nya Qaim Aryan " kata Puan Sri eina memperkenalkan lelaki dihadapan sofi itu .

" ohh I see " balas sofi tanpa memandang ke arah Qaim . Puan sri eina tahu sofi tidak berminat ingin tahu tentang lelaki di hadapan nya itu.

" errr.. Sofi lepasni jom jogging? Abang ael tengok sofi pun dah gemuk . Marilah buang lemak jahat dalam badan sofi tu  " kata Mikhael bersahaja ingin menukar topik lain . Dia cukup kenal dengan sifat sepupunya Zanirah sofia . Kalau dia tak suka maka dia akan cuba mencari cara untuk membuat orang itu menyampah dan meluat kepadanya dan mula pergi dari hidupnya .

" alright " balas sofi malas .

Sedap hati moyang engko je nak kata aku gemuk depan orang luar ni erghhhh!!  bicara hati sofi .

*****************************

Setelah hampir sejam berjoging di sekitar taman perumahan buckhermig itu . Sofi melabuhkan punggung nya di bangku yang terdapat di sekitar taman itu . Ya dia menyesal bersetuju dengan ajakan Abang mikhael nya itu . Baru beberapa jarak perjalanan mereka mikhael terpaksa pulang kerana dia mendapat panggilan telefon daripada orang atasan nya yang meminta semua unit khas berkumpul . Tak pasal pasal dia pergi berjogging berdua dengan trainer nya Qaim aryan. 

Ya mikhael atau abang ael merupakan Anggota polis melbourne dan berkerja sebagai unit khas . Dimana jika ada hal kes penting sahaja mereka akan menjalankan tugas . Sememangnya tugasan di bawah unit khas ini mencabar .

" baru berapa round jogging dah penat ? Lepasni kau akan lebih penat. So get ready "  gumam satu suara asing yang berada di belakang sofi itu .

Sofi hanya membiarkan sahaja kata kata lelaki itu . Tanpa dia menoleh pun dia tahu geragan pemilik suara itu . Tak lain tak bukan pastinya Trainer baru nya iaitu Qaim Aryan .

" hmm kau nak air tak? Kalau kau nak aku  belikan sekali " Tanya Qaim aryan senada walaupun dia tahu wanita di hadapan nya ini tidak berminat ingin berbual dengan nya .

Sofi hanya mengangguk-angguk kan kepala nya  . Tiada minat  untuk mengeluarkan sepatah perkataan pun dari mulutnya ketika ini . Yang dia tahu dia sangat haus . Ini semua angkara mikhael jika lelaki itu tidak terburu buru membawa nya berjogging pastinya dia sempat membawa dompet kecilnya itu . Akibatnya dia hanya menahan rasa haus di tekaknya

Seperti memahami kehausan yang dirasai Sofi .  Qaim aryan terus berlari anak ke arah hujung taman yang menempatkan peniaga air dan aiskrim itu

Setelah selesai membeli,  aryan kembali bersama dua botol mineral ditangan nya .

Dengan jarak yang lebih kurang dekat  aryan  sengaja melempar botol mineral kearah sofi , Tapi dengan pantas sofi menangkap botol mineral itu . Tanpa segan silu sofi terus membuka penutup botol air mineral itu dan meneguk nya sehingga hampirr separuh isi air di dalam botol itu dihabiskan oleh Sofi .

" huhh tangkas juga kau eh ? " soal qaim aryan sinis

" Sebab aku haus sangat itu yang aku sambut tu . Kalau aku tak haus aku dah biar botol air tu jatuh dekat situ "  balas sofi geram . Ya dia geram . Geram dengan gaya Qaim aryan  trainer nya itu..   huhhhh

Tanpa dia sedari Qaim aryan sedang menguntum senyuman kecil . Hati nya terhibur melihat muka sebal Sofi . Dia sengaja melempar botol itu kearah sofi kerana dia ingin mendengar suara gadis itu .

" ok aku minta maaf . " kata Qaim perlahan

" oke Sekarang ni aku cuma nak bagi kau explanation tentang rules selama kau berada di bawah jagaan aku dan aku jadi trainer kau.  First aku akan ajar kau cara pertahankan diri ,termasuklah cara pengunaan senjata . Second selama kau berlatih dengan aku , aku taknak dengar kau mengadu sakit . Aku tak nak kau lemah. Lastly, aku tak nak kau miss kelas aku setiap hari . Kita cuma ada masa lebih kurang 10bulan untuk belajar semua benda ni before aku balik russia  " sambung Qaim aryan lagi  menerangkan rules yang perlu dipatuhi oleh sofi .

Sofi hanya diam memerhati Qaim aryan memberikan penerangan . Dia ligat memerhati Qaim aryan yang di akui nya agak handsome . Dengan rambut yang agak berserabut juga dikenali sebagai gaya quif itu . Serta muka yang agak bersih dari sebarang jerawat mahupun bekas jerawat . Bibir yang agak nipis dan agak merah kehitaman itu  ditiliknya.

" mamat ni mesti perokok tegar. Huhh tak jaga kesihatan langsung  " kutuk sofi di dalam hatinya .

" Zanirah Sofia . Are you clear with that " tegur Qaim kepada Sofi yang disedari nya asyik melihat wajah kacak nya itu .

" clear with what?" balas sofi malas . Huhh clear dengan apa pula oii .

" with my Rules " jawab qaim aryan tegas . Sengaja dia menekan perkataan My Rules itu ..

" Yaa i clear with your rules Qaim Aryan  " balas sofi pula sengaja menekankan perkataan Your rules itu

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

El es mi guardián Where stories live. Discover now