"Eh..?"
Shit, shit, shit. Baru sebulan di sekolah, identiti aku sudah terbongkar? Aduh!
"Masa aku bawa kau ke sini, kau sangat ringan. Lelaki selalunya berat."
Aku hanya menelan air liur.
"Dan, sepanjang kita berbual tadi, suara kau jadi lembut macam perempuan. Bukannya garau."
Aku mengemam bibirku. Terkedu. Terdiam.
Aku berdiri, mengambil barangan aku dan beredar.
'Kalau lah Tae ada disini bersama aku..'
3rd POV
Jimin mengeluh seketika dan mengimbas kembali wajah Yeongi yang kelihatan takut dan gelabah tatkala dirinya telah berjaya membongkarkan rahsia gadis yang dahulu disangkanya seorang lelaki.
Namun, ekspresi itu berganti pula dengan wajah Yeongi yang berasa lega apabila Jimin menghulurkan 'barang' yang dicarinya.
"Nasib baik dia perempuan. Risau juga aku bila aku sangka diri aku ni gay," guraunya sendiri lalu melangkah pergi dari bilik sakit. Ianya sudah pun tamat waktu persekolahan.
.
.
.
."Argh!" Jimin mengerang kesakitan. Dengan segera dia bersandar pada tembok yang berhampiran dengan sebuah kedai serbaneka. Kepalanya berdenyut-denyut kesakitan. Kakinya pula mulai menjadi lemah.
"Yeon!"
"Tae? Kenapa datang rumah saya malam-malam ni? Ada benda penting ke?" Soal gadis itu bertalu-talu.
Lelaki berambut perang itu tersenyum petak. "Saje. Rindu kot?"
'Yeon' hanya membuat ekspresi jelek terhadap percakapan 'Tae'.
"Yah, nanti saya gigit Yeon kalau awak buat muka macam tu," ugut lelaki itu, separa bergurau. Namun, ianya dibalas dengan hilaian tawa gadis berambut hitam panjang itu.
"Tae, alang-alang awak ada kat sini, saya nak bagi sesuatu."
"Apa dia? Awak nak bagi saya hati awak ke? Dengan rela hatinya saya teriー"
Kata-kata 'Tae' terhenti apabila sebuah kotak kecil terkena pada wajahnya yang tampan.
"Yeoonnnn! Sakit laaaa!" Rengek 'Tae' bagai bayi kecil yang mahu didukung oleh ibunya.
"Mengada! Bukalah kotak tu!" Kata 'Yeon' sambil tersengih. 'Tae' hanya mencebik dan menyilang tangannya. Wajahnya dipalingkan dari gadis yang berdiri di hadapannya sebagai tanda protes.
Senyuman yang terukir pada bibir merah 'Yeon' kian pudar. Langkahnya diorak ke arah 'Tae' yang masih merajuk dengannya.
"Tae! Maaflah! Saya tak sengaja lah!" Pujuk gadis itu yang terus memeluk 'Tae'. Mata lelaki itu terkebil-kebil apabila dia dipeluk secara mengejut.
Perlahan-lahan, 'Tae' membalas pelukkan gadis itu. "Yelah, yelah. Tak marah dah," ujar Tae, mengalah. Bersinar terus mata 'Yeon' namun wajahnya masih kelihatan ragu-ragu.
"Serius?"
"Ya, Yeon."
Dengan itu, 'Tae' terus membuka kotak itu. Bibirnya bagai terkunci apabila matanya melihat objek yang terdapat di dalam kotak merah itu.
"Rantai?"
Laju gadis itu mengangguk.
Kali ini, 'Yeon' pula yang terkebil kerana 'Tae' memeluknya erat lalu berkata..
"Terima kasih. Saya takkan lupakan rantai ni dan hargainya selalu."
.
.Jimin terdiam. Apakah yang berlaku sebentar tadi?
Siapa Yeon? Takkanlah Yeongi? Rambut Yeongi pendek. Tapi, rambut 'Yeon' panjang.
Dan... Siapa Tae?
Yeongi asyik sebut nama lelaki itu sahaja sejak mereka berkenalan. Dan, dia kelihatan sedih apabila Jimin bertanyakan dirinya bahawa siapakah 'Tae'?
'Apa kaitan 'Tae' pada Yeongi?'
'Dan, kenapa kepala aku yang sakit?'
Jimin menggaru kepalanya lalu mengorak langkah ke rumah sambil dihantui oleh 'mimpi pendek' yang dialaminya tadi.
YOU ARE READING
◇MEMORY◇ft Park JIMIN
RomanceShin Yeongi, seorang gadis yang agak trauma untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya kerana pernah kehilangan seseorang yang amat dia cintai di depan matanya sendiri. Kewujudan Park Jimin yang sentiasa mengingatkan dirinya terhada...