8

91 20 7
                                    


"TIDAK!" Teriak Jimin.

Dahinya berpeluh-peluh dan jantungnya berdegup kencang.

".. Yeongi..?"

Peti memorinya bagai telah terbuka dan segala yang telah berlaku perlahan-lahan memasuki mindanya.

"Taehyung..."

"Shin.. Yeongi. Yeon..," gumamnya. Entah kenapa, hanya dengan sebut nama gadis itu, perasaan rindu yang membuak-buak terlahir dalam hatinya.

.
.
.
.
.

Beberapa bulan telah berlalu. Kini, Yeongi jarang sekali berjumpa dengan Jimin. Pada awalnya, dia juga berasa hairan kerana lelaki itu sering kali menganggunya tidak kira masa dan dimana.

Apa yang Yeongi pasti, setiap kali mereka bertemu, Jimin kelihatan... gementar? Berdebar? Malu? Entah! Susah untuk diterangkan.

Cara dia menatap Yeongi,... amat berbeza pada awal-awal dahulu.

Gadis itu menggelengkan kepalanya sebelum menyertai pelajar perempuan yang dari tadi memanggilnya.

"Oppa okay tak?" Soal salah seorang dari gadis itu.

"Ah.. Okay je," balas Yeongi. Kini, Yeongi sudah membiasakan diri untuk menyamar menjadi lelaki setelah Jimin tidak menganggunya lagi.

.
.
.

Jimin termenung. Menatap kosong mejanya yang suci tanpa sebarang peralatan menulis untuk belajar. Tangannya dipusingkan. Jarinya ditatap. Keningnya terjongket.

"Baru aku sedar. Pendeknya jari aku," gumamnya.

"Mochi-hyung!" Panggil seorang lelaki dari pintu kelasnya. Gigi arnabnya tertayang apabila lelaki itu tersenyum melihat 'abang' nya sedang hanyut dalam dunianya sendiri.

Terkebil-kebil wajah Jimin apabila lelaki itu memanggilnya. "M-Mochi?" Soal Jimin dengan ragu-ragu.

Lelaki itu hanya tertawa. "Laa, dah lupa ke? Kookie kan suka panggil Hyung macam tu!" Balas lelaki yang menggelar dirinya 'Kookie'.

Jimin tersenyum senget. "A-Aa... Kookie. H-Hyung lupa." Si abang hanya menggaru lehernya.

Kookie berjalan ke arah meja Jimin dengan santai lalu kerusi yang terletak di hadapan Jimin ditarik dan dipusingkan sebelum dia melabuhkan punggungnya. Kedua-dua belah tangannya dijadikan tongkat kepada dagunya. Anak mata lelaki itu menatap Jimin.

"Hyung, Kookie tengok.. Hyung ni, lain macam semenjak ni," ujar 'Kookie' yang akhirnya bersuara. Mata Jimin melilau dek kerana rasa berdebar.

  Jimin berdehem. "Ahh, hyung cuma.. Stres." Kookie menjongketkan keningnya sebagai tanda was-was dan tidak yakin atas jawapan yang diberi Jimin. "Stres? Pasal apa?"

Air liurnya ditelan.

Gulp.

"Kookie sentiasa disini untuk Hyung! Ceritalah," pujuk Kookie lalu memeluk dirinya. Memberi petunjuk kepada Jimin bahawa dia sedia untuk memberi free hug.

 Memberi petunjuk kepada Jimin bahawa dia sedia untuk memberi free hug

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
◇MEMORY◇ft Park JIMINWhere stories live. Discover now