Sebelum kita mula, marilah kita hayati gambar Chimmy kesayangan kita (dan Ahra AKA Girlfriend saya) Saya lelaki tau 😅 Ramai ingat saya ni perempuan.
.
.
.
."Yah, Tae! Apa kau nak buat?" Jerit Jimin sambil diselangi dengan hilai tawa yang kuat.
"Apa kau fikir ha? Dasar otak kotor," balas Tae lalu membaling bantal ke arahnya.
Sebenarnya, mereka ke sebuah hotel yang terletak di Daegu untuk melawat sebuah pusat entertainment yang terkenal di Korea. Pada waktu itu, Jimin sedang selesa berguling di atas katil namun pada masa yang sama, Taehyung sedang membuka pakaiannya. Mulalah fantasi yang tak sewajarnya melintas dalam otak pelangi milik Jimin.
Setelah beberapa minit, Taehyung sudah bersiap untuk melawat kawasan yang terdekat dengan hotelnya. Tujuannya hanyalah untuk mengimbau kenangan.
"Dulu, aku selalu pergi kedai ni dengan arwah nenek." Jimin mengangguk. Wajah sepupunya itu ditatap.
"Kau okey tak?" Soal Jimin. Jelas kelihatan bahawa Taehyung bagaikan ingin menangis namun dia masih tersenyum.
"Aku okey," balasnya lalu tertawa kecil. Udara dihirup perlahan. Bibirnya kembali tersenyum.
"Sekarang, aku dah jumpa seseorang yang aku sangat sayang, sebagai mana aku sayang nenek," sambung Taehyung. Ekspresi Jimin bertukar nakal.
"Uuuuuu, siapa? Bagitahu lah!" Taehyung tersenyum lagi. "Shin Yeongi. Dia jiran aku dekat Seoul. Dah hampir 4 tahun aku berkenalan dengan dia," ceritanya.
YOU ARE READING
◇MEMORY◇ft Park JIMIN
RomanceShin Yeongi, seorang gadis yang agak trauma untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya kerana pernah kehilangan seseorang yang amat dia cintai di depan matanya sendiri. Kewujudan Park Jimin yang sentiasa mengingatkan dirinya terhada...