"Terima kasih, Yoongi-oppa. Menyusahkan oppa je," ujar Yeongi lalu menunduk hormat. Yoongi tersenyum malu sambil menggaru lehernya.
"Eh, tak lah. Saya sendiri yang nak hantar awak," balas lelaki bermata sepet itu.
Kesunyian mengisi ruang antara mereka. Yeongi mengintai sedikit lelaki itu. Dan, Yoongi juga sedang melakukan perkara yang sama.
"J-Jadi, Yoongi-oppa. Saya masuk runah dahulu ya."
Yoongi terperasan akan sesuatu yang baru disedarinya. "Oh, Yeongi. Awak berjiran dengan Taehyung?"
Anak mata gadis itu membeliak dan serta merta, bibirnya juga terkunci rapat. Degupan jantungnya semakin pantas.
"Yeongi?"
"Ya.?"
"Kenapa awak terkejut bila saya sebut nama Taehyung?"
Yeongi melontar pandangannya ke atas jalan raya dan terus mendiamkan diri.
.
.
.
.
."Taehyung.."
'Jimin' menoleh ke belakang. Suara itu,... seperti suara Jimin, desis 'Jimin', atau lebih tepat, Taehyung yang kini di dalam badan Jimin.
"Yah, tunjukkan diri kau!" Jerit 'Jimin'.
Tidak lama kemudian, kepulan asap putih muncul di hadapan lelaki itu.
"J-Jiminie?" Ujar 'Jimin', terkedu.
"Ya. Apa khabar, Kim Taehyung? Sepupu yang paling terbaik dan my brother forever?" Ujar Jimin yang sebenar sambil tertawa pahit.
Taehyung tidak mengerdipkan matanya. Jimin, lelaki yang dia rindui separuh mati. Lelaki yang dia sayangi dan sanjungi. Kini dihadapan matanya, dalam bentuk kepulan asap.
"Jimin.., Kau,.. Kau ke yang buat ni?" Soal Taehyung.
Jimin menggeleng dan senyuman di bibirnya tidak lekang terpapar. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembira dan sesal di dalam hatinya.
"Tae, aku hanya mampu berdoa kepada Tuhan. Supaya, kau dapat jumpa semula dengan Yeongi. Jadi, aku merelakan kau menggunakan jasad aku," terang Jimin. Matanya terus melekat pada tubuhnya sendiri, tetapi berisi roh Taehyung.
Sebaik sahaja nama 'Yeongi' disebut, mata Taehyung terbeliak. "S-Shin.., Shin Yeongi?" Lelaki berambut hitam itu mengangguk.
"Kau dah jumpa dengan dia?" Soal Taehyung lagi.
"Ya, dia sebiji seperti yang kau describe."
Dahinya dikerutkan. "Bukan, ... kau hilang ingatan ke lepas kematian aku?" Soal Taehyung sambil menatap tubuh baharunya, yakni, tubuh Jimin yang asal.
"Ya. Tapi.."
"Tapi apa?"
"Aku ingat semula sebab... Dengan kewujudan Yeongi., juga.. dengan wujudnya perasaan terlarang ini kepada dia," sambung Jimin.
Taehyung terpanar. Anak matanya membeliak. Perlahan-lahan, ekspresi marah menghiasi wajahnya. Belum sempat Taehyung bertindak apa-apa, Jimin terus memeluk erat lelaki itu.
"Aku sayang kau, Tae. Aku tahu kau sayang dia. Aku tak nak rosakkan persahabatan kita. Kau lebih layak untuk dia. Dan dia, sentiasa sebut nama kau. Dia sentiasa ingat kau. Menangis, kerana kau, Tae," ujar Jimin sambil mengusap bahu sahabatnya itu.
Air mata mulai bertakung di tubir mata Taehyung.
Jimin mengelap terus air mata itu lalu mengukir senyuman ikhlas.
"Gunakanlah tubuh aku ni untuk bertemu dengan Yeongi. Aku tahu, kau ada sesuatu yang kau nak sampaikan."
Tersentuh. Setitis demi setitis air mata menuruni pipi mereka dan menjadi semakin laju dari masa ke masa.
.
.
.
.Hello semua. Author disini. Maaf dah lama tak update. Busy sangat-sangat sebab asrama etc. Saya akan cuba yang terbaik untuk siapkan cerita ini! Supportlah saya!
By the way, Ahra dah buat account sendiri. Saya harap korang follow sebab dia dah request ni.
Sila follow dia. Sebab dia obviously akan buat cerita pasal BTS.
Juga, saya unpublish sementara buku 'Promise Ft Jeon Jungkook' sebab saya nak baikpulih buku tu.
Terima kasih kerana membaca. Cerita ni hampir ke penghujungnya.
YOU ARE READING
◇MEMORY◇ft Park JIMIN
RomanceShin Yeongi, seorang gadis yang agak trauma untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya kerana pernah kehilangan seseorang yang amat dia cintai di depan matanya sendiri. Kewujudan Park Jimin yang sentiasa mengingatkan dirinya terhada...