Sebaik sahaja lelaki itu hilang dari pandangannya, gadis itu perlahan-lahan meninggalkan kawasan itu sambil menikmati biskut yang diberi lelaki tadi. "Sedap juga.."
Setelah beberapa minit berjalan, dia akhirnya tiba di sebuah kafe. Kafe yang menyediakan pelbagai jenis kopi untuk dinikmati.
KTING KTINGG!
"Selamat datang!" Sahut seorang pekerja lelaki dengan mesra. Yeongi sekadar mengangguk dan tersenyum kecil sebagai tanda terima kasih.
Kakinya berjalan ke arah kaunter untuk memesan minuman yang dia inginkan. "Air Mocha special satu."
"Yeongi?"
Gadis itu mendongak. "Jin-oppa?"
.
.
.
."So, um. Macam mana kehidupan Yeongi?"
Yeongi sekadar mengangkat bahu sebelum menghirup lagi minumannya. "Biasa-biasa je kot?"
Jin seperti ragu-ragu hendak bertanya. Bermain-main dengan jari-jemarinya. "Um. Maksud Oppa.., Selepas,.. kematian TaeTae?"
Terus Yeongi berhenti menghirup air itu. Jin yang sedar akan tindakan Yeongi yang terus mendiamkan diri itu menjadi tidak tentu arah.
"Maaf! Oppa tak sengajaー"
"Yeongi asyik mimpi pasal kematian dia."
Jin terdiam. Memandang gadis itu, kekeliruan. Barangkali, inginkan kepastian daripadanya.
.
.
.
.
.
."Jimin," gumam Jimin sendiri. Menatap pendant yang dijumpainya tadi. Pendant yang berbentuk 'half heart'. Tetapi, apabila ia disambungkan, pendant itu menjadi bentuk 'heart' yang penuh. (RIP my BM)
Beberapa detik kemudian, setitis demi setitis air matanya terjatuh. Dua pendant yang sama, tetapi berlainan warna, kini ditatapnya dengan matanya yang berkaca-kaca tatkala dibasahi permata jernih.
YOU ARE READING
◇MEMORY◇ft Park JIMIN
Roman d'amourShin Yeongi, seorang gadis yang agak trauma untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya kerana pernah kehilangan seseorang yang amat dia cintai di depan matanya sendiri. Kewujudan Park Jimin yang sentiasa mengingatkan dirinya terhada...