Prolog

205 25 1
                                    

"Tae! Maaf lambat. Tadi saya kena tolong mak saya," ujar seorang gadis berambut panjang dengan ekspresi yang kelihatan serba salah.

Lelaki itu hanya tersenyum petak dan mengangguk. "Tak apa lah. Awak tak lambat pun. Lagipun, saya baru je sampai," balas lelaki tinggi itu. Gadis itu turut tersenyum.

Angin pagi meniup lembut rambut panjang milik gadis itu dan perkara ini ditatap oleh lelaki itu. Jarinya yang panjang membetulkan rambut gadis itu membuatkan si gadis itu berasa berdebar.

"Habis rambut awak," ujarnya. "... comel," sambung lelaki itu.

"Yah, Taehyung!" Balas gadis itu. Wajahnya kelihatan kemerahan. Barangkali sedang menahan rasa malu dan berdebar.

Taehyung tertawa.

"Tae, petang ni, lepas habis sekolah, jom pergi jalan-jalan kat bandar?" Ajak gadis itu.

Taehyung berfikir sejenak. Kemudian, dia mengangguk. Itulah rutin harian mereka. Pergi ke sekolah sama-sama, berehat sama-sama, balik sama-sama dan selalu merayau selepas tamat sesi persekolahan bersama-sama.

"Kita pergi Cat Cafe tau, Yeongi?" Cadang Taehyung. Dia tahu bahawa Yeongi, gadis itu, merupakan seorang pencinta kucing. Bersinar-sinar matanya tatkala mendengar kata-kata Taehyung.

"Nak!" Angguknya dengan laju. Lelaki tinggi itu hanya tersenyum. Namun, senyumannya termati dan wajahnya kelihatan tidak tenteram.

"Yeongi?"

"Ya?"

"Saya... nak cakap sesuatu yang penting.." ujar Taehyung sambil tangannya menyeluk poket seluarnya untuk mengambil sesuatu.

Gadis itu segera memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu. Wajah Taehyung ditatapnya. "Apa dia?"

"Saya sebenarnya sukaー...."

PINN PINNNNNN!!!

◇MEMORY◇ft Park JIMINWhere stories live. Discover now