5

103 19 1
                                    

Keesokkan harinya, Yeongi cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan Jimin, iaitu lelaki yang baru dikenalinya dan juga merupakan lelaki yang berjaya membongkarkan rahsianya.

Namun, dia tetap memakai pakaian seperti pelajar lelaki yang lain.

Juga, dia bertekad yang dia mahu berpura-pura tidak mengenali Jimin.

Nafas ditarik dan melangkah masuk ke dalam kelas. Kerusinya ditarik lalu diletaknya beg sekolahnya yang berwarna hitam. Terus 'gadis' itu duduk lalu melontar pandangannya ke arah tingkap oleh kerana mejanya terletak betul-betul disebelah tingkap.

Tidak ramai pelajar yang berada di sekolah pada waktu ini kerana ianya masih awal lagi. Kelihatan hanya 4 hingga 5 orang pelajar sedang memasuki pagar sekolah.

Yeongi mengeluh lalu menoleh ke hadapan dan ternampakー

"ARGH!" Jerit Yeongi apabila dirinya terkejut melihat sebuah susuk yang 'agak' dia kenali kini berdiri dihadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ARGH!" Jerit Yeongi apabila dirinya terkejut melihat sebuah susuk yang 'agak' dia kenali kini berdiri dihadapannya.

"Yo!" Sapa Jimin tanpa formal, bagai mereka sudah lama berkawan, sedangkan mereka baru sahaja berkenalan semalam.

Yeongi mengendahkannya dan terus berdiri untuk meninggalkan Jimin.

'Ada kelas sendiri, duduklah kat situ. Dah kenapa tiba-tiba masuk kelas aku?' Desis hati gadis itu, tidak selesa dan tidak berpuas hati terhadap Jimin.

Belum sempat tangannya mencapai ke arah pintu kelas, tangannya ditarik oleh Jimin yang kini berwajah serius.

"Kenapa kau lari?" Soalnya.

Diam.

"Hey, aku tanya kau ni."

Diam. Masih tiada sebarang respons.

"Tch.." Lelaki itu berdecit lalu menolak gadis itu ke dinding dan menahannya. Senang kata, 'kabedon'.

Mata Yeongi terbeliak. "Yah! Ke tepilah!" Marahnya.

"Kau tak payah risaulah. Aku takkan bocorkan pada orang lain yang kau ni perempuan. Kau tak nak jawab soalan aku? It's okay. But, kau wajib jawab soalan aku yang lagi satu," kata Jimin, dingin.

"Cakap jelah! Tak perlu lah nak tahan aku kat dinding!" Balas Yeongi.

.
.
.

"Siapa 'Tae' yang kau asyik sebut semalam?"

Yeongi terus berhenti memberontak. Pandangannya terlekat pada lantai.

"Jawab."

Gadis itu mendongak. Ekspresinya menjadi serius. "Aku boleh jawab. Tapi, lepaskan aku dulu," balas Yeongi.

Jimin mengeluh lalu menurunkan tangannya yang dari tadi menghalang gadis itu daripada melarikan diri.

"Cepat jawab."

"Tae.., sebenarnya dia tu...ー
.
.
.
.
.
.
.... alien." Yeongi terus berlari.

'Aku tak menipu sebab itulah hakikatnya. Tae suka sangat buat benda pelik-pelik.'

"Shin Yeongi!" Dengar sahaja nama penuhnya dipanggil oleh lelaki itu, gadis itu terus meningkatkan pecutannya.

'Aku gila kalau aku beritahu dia siapa Tae. Tapi kenapa dia nak tahu siapa Tae? Dia ada kaitan ke dengan Tae?' Monolog Yeongi pada dirinya sendiri.

Tanpa Yeongi sedari, seutas rantai terjatuh.

Jimin yang sedang nengejar gadis itu perasan akan ada objek yang terjatuh. Tangannya mencapai rantai itu.

"Rantai ini...." gumam Jimin.

Bagaikan kena renjatan elektrik, memori Jimin terimbas kembali.
.
.
.

Dengan itu, 'Tae' terus membuka kotak itu. Bibirnya bagai terkunci apabila matanya melihat objek yang terdapat di dalam kotak merah itu.

"Rantai?"

Laju gadis itu mengangguk.

Kali ini, 'Yeon' pula yang terkebil kerana 'Tae' memeluknya erat lalu berkata..

"Terima kasih. Saya takkan lupakan rantai ni dan hargainya selalu."
.
.
.

"Arghhh! Sakit!" Jerit Jimin sambil memejamkan matanya, menahan sakit.

Akan tetapi, tangannya masih memegang rantai itu.

Yeongi, kau ke 'Yeon' yang berada dalam mimpi aku?

◇MEMORY◇ft Park JIMINWhere stories live. Discover now