"Jadi, awak ni kawan Jimin?"
Yoongi mengangguk laju. Excited apabila dia akhirnya berjaya meluangkan masa bersama insan yang dia cintai, Shin Yeongi.
Yeongi mengeluh. 'Heeeebat. Sekarang, Yoongi-oppa pun dah tahu identiti aku,' desis hati gadis itu sambil menepuk dahinya. Yoongi sekadar memerhatikan gerak-geri gadis itu. Senyuman yang ikhlas tetap terukir pada bibirnya.
"Uh, Starbucks ni milik keluarga awak ke?" Soal Yeongi untuk menukar topik perbualan mereka. Lelaki bermata sepet itu tersenyum lalu menjawab, " Ya. Tapi Appa saya yang berikan saya kedai ni supaya saya dapat mencari rezeki dengan titik peluh sendiri."
Yeongi sekadar mengangguk sebagai tanda memahami penerangan lelaki itu. Sebenarnya, wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia kekok apabila dia berduaan dengan lelaki yang baru dikenalinya. Tetapi, lelaki itu pula sebaliknya.
"Yeongi, awak hanya akan berkerja di ruang membuat air. Okay?"
Gadis itu hanya bersetuju sahaja. Sekurang-kurangnya dia dapat pekerjaan yang sudah cukup untuk menampung kehidupannya yang kini terumbang-ambing.
.
.
.
.
.Jimin memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya. Tertekan. Sakit. Semuanya bercampur baur.
"ARGH!"
.
.
.
.
."T-Tae.. Maafkan aku., Aku tak sengaja. Apa kena dengan aku?" Gumam Jimin pada diri sendiri bagai hilang akal dan kewarasannya. Rambutnya disisir ke belakang menggunakan tangannya sendiri. Dahinya berpeluh manakala matanya kini kemerah-merahan.
.
.
."Taehyung tu sepupu kamu, Jimin! Kenapa kamu buat dia macam tu?" Marah Eomma Jimin kepada dirinya yang pada waktu itu sedang melutut di atas lantai.
"Maaf, maaf, maaf, maaf." Perkataan itu Jimin ulang banyak kali bagaikan membaca mantera. Kepalanya dianggukkan sambil menahan dirinya menggeletar apabila menyuakan secawan teh pada mulutnya. Senyuman palsu terpapar pada wajahnya hanya kerana cuba menghilangkan rasa takut dan trauma.
YOU ARE READING
◇MEMORY◇ft Park JIMIN
Любовные романыShin Yeongi, seorang gadis yang agak trauma untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya kerana pernah kehilangan seseorang yang amat dia cintai di depan matanya sendiri. Kewujudan Park Jimin yang sentiasa mengingatkan dirinya terhada...