"Fuh, nasib baik dia berhenti kejar aku," gumam Yeongi sebelum menghela nafas lega.
Anak matanya melilau ke semua arah untuk memastikan lelaki itu tidak lagi berada di sekitarnya. Perlahan-lahan, dia mengorak langkah ke bumbung sekolah. (Di Jepun dan Korea, terdapat ruang untuk berehat di kawasan bumbung sekolah)
Setiap satu per satu tangga yang dinaikinya, satu per satu kenangannya bersama Taehyung menghantuinya.
"Tae, macam mana saya nak move on kalau memori tentang awak menghantui saya?" Desisnya.
Setiba sahaja di destinasi yang ingin ditujuinya, dia menghirup udara pagi dengan tenang.
Dia bertekad, untuk move on. Melupakan Taehyung. Melupakan segala yang berkaitan dengan lelaki itu.
Segala... nya?
Tangannya mencari rantai yang dibelinya agar sama dengan Taehyung.
"Mana pendant tu?"
Yeongi mendiamkan diri. "Tak apalah.. Mungkin aku.. memang betul-betul patut move on."
Dia sudah pasrah dengan takdirnya.
.
.
.
.
.DING DING DING DING
Loceng sekolah mulai kedengaran. Waktu persekolahan berlalu begitu sahaja. Sekejap sahaja sudah habis waktu sekolah.
Yeongi yang masih hanyut dengan memori silam berasa hairan apabila dia langsung tidak bertemu dengan Jimin sepanjang waktu persekolahan.
.
.
."Eomma, Chimchim dah balik," ujar Jimin sebaik sahaja dia tiba di rumah. Kasutnya ditanggalkan dan diletakkan pada rak kasut.
"Oh, Chimmy. Kamu nak makan atau mandi dulu?" Soal seorang wanita yang sedang mengemas di dapur.
Pada waktu itu, Jimin sedang melihat peti yang terisi surat-surat lama. Namun, matanya ternampak sesuatu.
'Kim Taehyung?'
Siapa itu? Adakah dia lelaki yang bergelar 'Tae'? Lelaki yang Yeongi selalu sebut?
"Chimchim nak mandi dulu lah..," balas lelaki itu dengan perlahan tatkala matanya masih memerhatikan nama itu. Ibunya menoleh ke arah anaknya yang kelihatan stres. Tambah lagi dengan ekspresinya yang serius.
"Chimー..."
"Eomma, siapa sebenarnya Kim Taehyung?" Soal Jimin dengan nada dingin. Dia tahu, ibunya menyorokkan sesuatu daripadanya kerana ekspresi wajah ibunya kian berubah. Kelihatan bagai rahsianya akan bocor.
.
.
.
.
.Yeongi mengeluh. Dia tahu yang dia tidak mampu untuk move on. Tiada kekuatan dan tiada tempat untuk bergantung.
Keluarganya semua meminggirkannya. Jadi, dia bertekad untuk meninggalkan rumah lamanya dan hidup di rumah barunya.
Di rumah baharunya, dia berasa sunyi pada awalnya. Tetapi, apabila hadirnya Kim Taehyung di dalam kehidupannya, dia mula berasa bahagia.
Namun, kini, segala memori itu ibarat kaca yang terhempas pada batu setelah lelaki itu meninggalkannya untuk pergi menghadap Tuhan.
Perlahan-lahan dia berjalan kearah katilnya lalu merebahkan dirinya ke atas tilamnya yang empuk. "Masa untuk menenangkan fikiran," gumam Yeongi lalu melelapkan matanya setelah seharian tenaganya digunakan.
Maaf tak update beberapa hari ni sebab saya busy dengan kelas Add math. Tambah lagi dengan keadaan saya yang tidak sihat ini. Saya harap anda boleh terima cerita ni walaupun chapter kali ini sangat pendek.
YOU ARE READING
◇MEMORY◇ft Park JIMIN
RomanceShin Yeongi, seorang gadis yang agak trauma untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya kerana pernah kehilangan seseorang yang amat dia cintai di depan matanya sendiri. Kewujudan Park Jimin yang sentiasa mengingatkan dirinya terhada...