Wajah ibu Jimin pucat dek terkejut mendengar cerita dari anaknya yang mengaku dirinya Kim Taehyung. Lelaki itu serius dan cara dia bercerita itu memang benar. Juga, semua mengenai Yeongi dan Taehyung, iaitu dirinya, dicerita dengan tepat dan benar.
Telapak tangan kanan wanita itu diletakkan pada dahinya sendiri. "Jimin janjikan itu pada kamu?" Soal Puan Park, inginkan kepastian.
Lelaki itu sekadar mengangguk. "Ya. Dia berjanji."
FLASHBACK
Dari jarak jauh, tangan Jimin menggeletar ketakutan.
"Sial! Apa kena dengan aku ni?" Maki Jimin pada dirinya. Pipinya ditampar sendiri dengan kuat. Dia menganggap dia seperti di dalam mimpi.
Anak matanya terbeliak melihat adegan di hadapan matanya. Seorang gadis berambut hitam panjang mengampu lelaki itu sambil menangis teresak-esak. Lelaki berlumuran darah itu memegang lemah tangan gadis yang disimbah dengan pelbagai emosi.
Di sebelah lelaki itu terdapat sebuah beg kertas dan beberapa barangan kecil yang barangkali terlepas dari tangan lelaki itu apabila ingin diberi kepada gadis itu.
"Cincin itu.. bukan ke itu harta peninggalan kesayangan nenek? Nenek pernah cakap.. Kalau Taehyung ada suka seseorang, bagilah pada dia.." gumam Jimin.
Jimin semakin terkedu. 'Jadi, dia niー'
Lelaki itu meraup wajahnya. "Argh!" Matanya melekat kembali pada dua figura tadi. "Jap, itu bukan ke pendant yang aku bagi ...?"
Rantai silver itu ditatap lama. "Aku bagi dia. Kalau dia ada seseorang yang dia sayang... dia akan beri pada si dia."
"Tuhan!" Jerit Jimin.
.
.
.
.
.
."Maaf.. Jika dia dihantar ke hospital sedikit awal, dia sudah pasti dapat diselamatkan," terang doktor itu dengan serba salah.
Kaki gadis itu terasa lemah kerana bergigil ketakutan dan kerisauan. Dia terus terjelupuk ke atas lantai. Air matanya mengalir laju.
"KIM TAEHYUNG!"
"Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa Tae?" Tangisan gadis itu membuatkan Jimin terasa berdosa. Semakin terasa dirinya bersalah dan berdosa.
Tangannya dikepal. Sesal akan tindakannya yang bodoh itu menyebabkan nyawa seseorang yang saling mencintai dan tidak berdosa itu meragut kebahagiaan hubungan seseorang itu. Dan yang lebih menyedihkan apabila nyawa yang diragut dengan kejam itulah merupakan sahabat baiknya sendiri yang juga merangkap sebagai sepupu rapatnya.
"Tae.."
Setelah beberapa minit berlalu, gadis itu baru sahaja ingin meninggalkan hospital sebaik sahaja keluarga Taehyung tiba di hospital.
"Yeongi, terima kasih kerana berada di sisi Tae walaupun ajal dia menghampiri," ucap Puan Kim lalu menunduk hormat kepada gadis berambut panjang itu.
Jelas kelihatan terdapat air mata di kelopak matanya, namun dia sedaya upaya untuk menahannya dari jatuh.
Kepalanya digelenggkan. "Auntie, saya gagal auntie. Saya lah punca Tae mati, auntie. Saya ni pembunuh. Saya ni teruk. Sayaー..."
Kata-kata gadis itu dihentikan apabila seorang lagi lelaki memeluk tubuhnya yang mugil itu.
"Yeongi! Jangan salahkan diri awak. Bukannya awak yang melanggar dan bukanlah awak yang suruh Tae lindungi awak. Itu kehendak Tae untuk lindungi awak dari dilanggar kereta tak guna tu. So please! Please ..."
".. please stop blaming yourself, Yeongi," ujar lelaki itu yang akhirnya turut mengalirkan air mata.
Begitu juga dengan gadis itu. Tersentuh dengan kata-kata lelaki yang merangkap sebagai abang Taehyung, Kim Namjoon. Akhirnya, air matanya mengalir jua.
Puan Kim teresak-esak menangis melihat gadis yang begitu Taehyung cintai menyalahkan dirinya sebagai punca kematian anaknya walaupun Taehyung sendiri yang sanggup menggadaikan nyawanya sendiri demi Yeongi.
Mereka bertiga saling berpelukan. Tindakan mereka ini diperhatikan Jimin dari jauh. Perasaan serba salah cuba diusir jauh-jauh.
"Jimin dah tahu ke pasal kematian Tae?"
Soalan itu membuatkan Jimin termati langkah.
"Oh, eomma belum beritahu dia. Sebab, eomma rasa, mesti dia sedih nanti. Kawan baik dia tu."
Rambutnya diusir perlahan. Tiba-tiba wajah Taehyung terimbas semula di dalam minda Jimin.
'Jimin, we are brothers forever!' Ucap V sambil tersenyum petak.
YOU ARE READING
◇MEMORY◇ft Park JIMIN
Storie d'amoreShin Yeongi, seorang gadis yang agak trauma untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya kerana pernah kehilangan seseorang yang amat dia cintai di depan matanya sendiri. Kewujudan Park Jimin yang sentiasa mengingatkan dirinya terhada...