Prologue 💐

6.1K 635 19
                                    

"I can't 'make it' with you. I'm sorry."

"Sebab saya ni lelaki ke, Naddy?"

Naddy diam. Langsung tidak memandang tubuh Jimin yang tidak berbaju di hadapan matanya. Dia rasa sangat kekok. Dia rasa pelik. Ingin menyentuh Jimin pun rasa ragu-ragu, apatah lagi ingin lebih jauh dari itu.

"Macam-macam benda saya cuba buat untuk bantu awak. Saya ingatkan awak betul-betul pulih. Tapi sebenarnya awak berpura-pura kan? Sengaja nak sedapkan hati saya, kan?" Suara Jimin bertukar nada. Naddy diam lagi. Tidak tahu hendak membalas apa.

"Terpulanglah dekat awak. Saya dah penat." Jimin memusingkan tubuhnya. T-Shirt berkolar dicapai lantas disarung pada tubuh.

"Jimin, saya..."

"Saya tak nak dengar apa-apa. Ini yang awak nak, kan? Silakan." Melihat susuk tubuh Jimin ingin pergi, Naddy kurang senang.

Kacau.

Resah.

"Jimin, sekejap. Dengar dulu."

"Saya dah give up."

Naddy terduduk. Dah give up? Aku buat dia give up?

"Jimin!"

"Awak nak buat apa, awak buatlah! Saya tak nak ambil tahu."

"Jimin!"

DUM!

Naddy menekup tangan ke muka. Kenapa aku ada perasaan aneh terhadap wanita?

Tuhan, bantu aku mencintai dia, lebih dari dia mencintai aku.

_______________

Fanfic ni agak bahaya sikit. Sebab ada scene2 yang 'terbuka', perbualan yang tak bertapis, dan sebagainya. Jadi, tolong berhati2 semasa membaca. Pilihlah mana2 yang selamat. Enjoy!

[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now