Aku termenung jauh ke arah luar tingkap bas.Perjalanan pulang dari kem itu adalah pada waktu tengahari.Sudah hampir kira- kiraan 30 minit roda bas ini bergerak dan murid2 lain pula merendahkan suara mereka. Barangkali,hendak tidur atau membuat urusan sendiri.Aku terpandang Rash di sebelah.
"Ada masalah?"Soalan dituju apabila tersedar wajahnya direnung."Hm takde.Rash,aku mengantuk."
Aku mendekatkan badanku padanya.
Entah kenapa aku jadi selesa bila dekat dengan dia sekarang ni.Mood agaknya."Ngantuk?Sini,dekat lagi."Dia tersenyum segaris sebelum menarik aku lagi dekat.Aku terus memeluk dia dan meletakkan kepala di dadanya.Alahai,Riana..Kenapa aku manja sangat dengan Rash ni?
"Rash,thanks eh yang kau buat malam semalam.Aku tak tahu pun kau ada bakat."Aku tersenyum lembut.
"Tahu pun.Kau nak tidur kan? Tidurlah."Belakangku digosok lembut membuatkan aku terbuai sendiri.
•••
Aku mengosok mata apabila badanku digoncang perlahan.
"Taknak bangun jugak,aku kiss."
Ugutan itu membuatkan mataku terbuka dengan seluas yang boleh.
Kedengaran ketawa Rash selepas itu."Dah sampai,jom turun."Dia sengih tetapi jarak antara muka dia dan aku hanya dua inci.Dengan tak semena2 pipiku terasa panas dengan tiba2.Dengan pantas tanganku menolak mukanya ke tepi.
"Apa kau ni,Rash.."Aku menoleh ke arah lain.Bibir digigit lembut. Boleh pula dia buat macam tu. Terkejut aku dibuatnya.
"Terkejut tak?"Dia ketawa.
"Hmm..Eh semua orang dah turun ke?"Aku menoleh ke arah belakang.
Patutlah rasa sunyi je."Yelah,aku saje tunggu dalam 20 minit untuk kau tidur lagi.Jomlah turun."Rash mula bangun lalu menarik aku juga.Aku berjalan dengan malas dan berhati2 turun dari bas sekolah itu.
"Rash..Malasnya..Mengantuk lagi."
Aku mengadu dan kedengaran seperti merengek.Mood aku memang tengah nak bermanja dengan orang sekarang ni.Rash hanya tersenyum sambil mengeluarkan dua beg bagasi sederhana besar itu dari perut bas."Jin mana sampuk kau ni hah? Tetiba je manja dengan aku dari pagi tadi lagi."Dahiku dijentik Rash.Aku berdecit sambil menyentuh dahiku yang rasa sakit tidak seberapa.
"Hmmm kau tak suka ke?"
"Taklah,aku tak cakap pun aku tak suka."Rambut hadapanku digosoknya dengan penuh mesra.Entah kenapa..
Aku rasa gembira sangat."Beg ni kita tinggal dekat pondok guard dulu.Jom ikut aku pergi bilik pengawas kejap? Nak pegang tangan tak?"Rash menyoal dan aku mengeleng sambil mengikut langkahnya.Tetiba rasa macam pelik pula kalau buat.
"Aku tak pernah pergi bilik pengawas.Kau pergi nak buat apa?"
Untuk mengelakkan rasa bosan maka aku membuat keputusan untuk berbual dengan Rash."Nak ambil fail murid."Rash membalas dan aku mengangguk faham.Aku mengalih pandangan ke hadpaan semula.Langahku terhenti apabila tersedar figura manusia yang berjalan di hadapanku.
Jantung aku berdegup laju seolah2 aku baru pusing padang 4 rounds.
Dengan tak semena2 badanku sedikit mengiggil kerana aku yakin yang mata aku tak salah lihat.Lelaki itu tinggi.Tingginya mungkin sama dengan Rash. Rambutnya light brown dan memilik mata hazel.Kulitnya sangat cerah dan nampak sama dengan aku.Dia Mark,ex boyfriend aku.
Reaksi kitorang ada sama iaitu terkejut.Ya,aku dapat baca.Aku segera melarikan anak mataku apabila dia juga merenung ke arahku sambil berjalan.
YOU ARE READING
KPG ✔️
Romance"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil serius⚠️ Tengku Arianna Emilly,cantik manis orangnya. Itu lah sifat fizikal yang dimiliki Riana.Setiap le...