SORRY LEWAT!💔
Aku tergamam apabila badanku dilindung seseorang. Keadaan itu berlaku dengan sekelip mata. Bunyi hon kereta makin dekat dan menutup mata dengan rapat.
'Bang!'
Hanya sedikit bunyi sesuatu yang melanggar tetapi aku langsung tidak merasa sakit. Aku membuka mata secara terkejut. Aku terkedu apabila tersedar baju biru itu berada di hadapan aku. Badanku mengiggil.
"Rash.."Panggilku dan Rash menoleh dengan berkerut. Kereta itu memang langgar Rash tapi mungkin sempat perlahankan keretanya. Jadi kesan langgar tak seteruk mana. Rash berkerut tetapi masih boleh berdiri.
Dia.. Selamatkan aku..
Aku terkedu walaupun tidak suka dengan tindakan Rash."Allah! Pakcik minta maaf, nak. Nasib pakcik sempat perlahankan kereta." Seorang lelaki yang mungkin berusia dalam lingkungan 50-an segera keluar dari kereta itu.
"Eh takpe, pakcik. Saya pun tak sangka kejadian ni boleh berlaku. Diorang bergaduh kecil je ni tapi boleh terjatuh tepi jalan pula. Saya okay je." Rash tersenyum segaris. Aku tahu yang Rash taknak bawa kes ni sampai ke luar.
"Kalau takde apa2, pakcik minta diri dulu. Hati2 dekat jalan." Pesan pakcik itu sebelum masuk ke dalam keretanya. Rash menarik aku bangun dengan perlahan. Wajahnya berubah seperti tadi semula.
"Kau nak bunuh orang ke, Fisya? Benci sampai macam tu sekali?" Soal Rash dengan dingin. Fisya mengeleng laju.
"Rash, i takde maksud nak cedera kan you. Sumpah! And Riana, kau yang gedik jatuh tepi lepas tu tuduh aku tolak kau." Fisya menolak aku ke belakang. Aku mengempal tangan dengan geram.
"Sudah, Riana. Jom balik jelah? Tak payah pergi sekolah hari ni."Rash menarik aku lalu berjalan ke arah lain. Aku sedar yang Rash jalan tak betul. Kaki kanan dia..
Mungkin hentakan tu.."Rash, jom pergi hospital? Mana tahu kaki kau tulang tu retak ke? Kereta tu langgar kau sikit kan?" Aku menyoal dengan penuh risau. Rash hanya bereaksi biasa. Fuh aku pula yang terlebih risau. Rash nampak biasa je.
"Kalau dah baby aku cadang macam tu so aku ikut jelah. Kejap aku nak call Uncle Daus untuk ambil kita balik."Rash membalas membuatkan aku terdiam. Kenapa dengan Rash? Dan kenapa dengan aku ni? Jantung aku masih berdegup laju walaupun kejadian tu dah berlaku.•••
"Fuh, nasib tak retak. Hampir2 je. Rash, lepas ni jangan buat kerja gila macam tadi ye? Aku tak suka." Aku berkata lalu duduk di birai katil. Tak peduli lah kalau aku dapat sakit sekali pun asalkan bukan Rash. Sebelum ni aku ragu2 sama ada aku ni dah jatuh cinta ke tak dekat pengawas gangster ni tapi sekarang semuanya dah jelas. Dia terima aku seadanya dan dia sanggup sakit dulu tanpa aku. Damn.. Aku betul2..
"Kenapa kau risau sangat, Riana?" Soal Rash yang sedang baring di atas katil. Aku menggigit bibir lembut. Nak bagitahu ke yang aku dah sayang dia? Ish.. Macam bukan aku je ni.
"Sebab aku isteri kau." Satu gelaran yang cukup bermakna bagi yang bukan mahram seperti aku dan Rash. Satu ikatan yang terjalin walaupun hanya kerana permintaan family.
Rash menepuk cadar di sebelahnya seperti mahu aku turut baring di sebelahnya. Aku mengangguk lalu merangkak naik ke atas katil. Jantung aku berdegup laju. Rasa yang agak sama macam aku dengan Mark dulu. Ya, aku tahu ni cinta. Tapi.. Kenapa agak lain?
Aku takkan minta perasaan ni jadi sama seperti dulu sebab aku takut yang benda sama akan berlaku. Biarlah perasaan ni lebih kurang samanya walau sedikit."Kan, kau isteri aku. Baguslah kalau kau sedar."Balas Rash dengan tenang. Rash baring menghadap arah aku dan aku membuat perkara yang sama seperti dia. Mata kitorang bertembung mewujudkan perasaan keliru antara satu sama lain.
YOU ARE READING
KPG ✔️
Romance"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil serius⚠️ Tengku Arianna Emilly,cantik manis orangnya. Itu lah sifat fizikal yang dimiliki Riana.Setiap le...