"Sakit lagi tak?"Rash menyoal ketika meletakkan ubat di wajahku. Aku mengangguk laju. Nak bermanjalah katakan. Matanya ditenungku dengan penuh minat. Yes, kitorang memang rapat sangat sekarang ni sebab Rash nak letak ubat. Muka antara muka tu mungkin 3 atau 4 inci? Entahlah tapi betul2 rapat. Gerak depan sikit pun dah dapat free kiss."Jangan tengok aku macam tu lah." Rash menegur tetapi aku makin giat tersenyum di hadapan wajahnya. Rash berdecit. Comel lah.
Aku tergamam apabila Rash mencium pipi aku dengan tiba2. Hanya sekilas tetapi spontan.
"Ha, aku dah cakap jangan dekat sangat and sangat tenung aku macam tu."kata Rash setelah itu.
"Rash..."
"Apa? Nak marah? Siapa suruh buat macam tu? Lain je aku rasa tadi."
Rash menukar kapas. Aku menggeleng laju."Nak lagi."Kataku dengan suara tersepit. Aish kenapa dengan aku ni? Raut wajah hensem itu mula mereaksi pelik ketika memandang aku.
"Budak nakal."Komen Rash sebelum memegang dagu aku. Pipi aku dikucup lembut. Hati berbunga2 je lepas tu.
"Bila nak sayang aku?"Soalku setelah Rash melepaskan wajah aku. Aku gugup. Rasa menyesal pula tanya Rash macam tu. Remuk pula hati aku kalau dia jawab.. Benda lain..
"Aish, habis sekarang aku tengah buat apa? Letak ubat ni ha. Tak sayang lagi ke macam ni? Aku masuk tidur dulu. Kejap lagi kemas semua ni."Rash mula mengorak langkah setelah bangun. Meninggalkan aku yang terkebil2 dekat sini. Rash ni.. Macam main2 je. Haish betul2 lah... Ke dia taknak aku kecewa sebab tu dia jawab macam tu?
Nak kena laksanakan ke projek memikat suami ni?
-SKIP- KEESOKANNYA
Aku berjalan dengan selamba masuk ke dalam kelas. Berbaju PJ kerana hari ni ada aktiviti luar. Aku tahu kenapa orang tengok aku.
Muka dengan tompok2 purple&merah ni pun cantik apa? Aku suka perbezaan dan unik. Huhuhu."Ya Allah, Riana! Kenapa dengan kau? Tangan berbalut bagai." Aina datang menerpa ke arah aku seolah2 aku baru je bunuh orang.
"Bergaduh dengan Fisya.." Jawabku dengan selamba juga. Beg diletakkan di atas kerusi."Oh, itu kau ke? Aku dengar orang bercerita pagi ni. Haish, Fisya ni. Jom jumpa dia, aku nak tambah lagi. Berani dia buat kawan aku." Aina bercekak pinggang. Aku tersenyum lembut.
"Lepas aku sihat sikit, kita sambung."Mata dikenyitkan lagi.
"Baru semalam je aku larang."
Aku berkerut tatkala sakit di telinga dirasa seperti ada orang tarik."Auww.. Lepas.."Aku berpusing ke tepi dan yes.. Rash.. Firash Aqmal.
"Nak buat lagi tak?"Rash menyoal dan tidak melepaskan telinga aku. Dia ingat aku budak lima tahun ke? Haish malunya dekat budak2 kelas. Depan Aina yang tengah gelak dekat aku pula tu.
"Nak lagi."Aku membalas lalu menarik tangannya supaya lepas dari telinga kanan aku.
"Pergi padang sekarang. Ikut Fisya kena denda."Rash menarik aku keluar dari kelas. Putus telinga aku macam ni encik husband woih!
"Haish taknaklah, nanti aku dapat lebih."Aku meronta2 untuk dilepaskan.
"Dia tujuh, kau lima. Cepat. Siapa tak suruh ikut cakap." Aku mengeraskan diri sejenak. Bagus juga aku pusing padang waktu pagi macam ni. Miss Lin ada minta aku buat senaman waktu pagi tapi..
"Bagi dia 10 rounds." Aku memeluk tubuh. Kalau Fisya dapat tujuh dan aku lima jadi...
7+5=12 aku dapat 12 dan Fisya..
5+7=12 Damn.. sama.. Tak boleh jadi.
YOU ARE READING
KPG ✔️
Romance"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil serius⚠️ Tengku Arianna Emilly,cantik manis orangnya. Itu lah sifat fizikal yang dimiliki Riana.Setiap le...