ARIANNA's POV"Satu... Dua... Tiga..." Aku membilang. Pipi kejap dikembungkan kejap dikempiskan. Aku bosan. Bapak ah.. Hari ni belajar Math je.. Cikgu yang lain pergi tanda kertas SPM last year.
Memang tak belajar lah ceritanya weh!Seronok? Ye, sebagai seorang pelajar yang malas.. Urm aku tengah bahagia.. Tapi agak2 lah sampai 9 masa aku nak kira dari saat ke saat. Fuh!
Aku balik tidur pun best kalau macam ni(-_-;)
Aku mengerling ke tempat Rash seketika. Tetap kosong. Dapat Mr husband yang pengawas kan? Sibuk lah dia memanjang. Tak cukup dengan headprefect, sekali dengan persatuan, kelab dan sukan pun dia kebas semua. Entah berapa markah kokurikulum yang dia nak sebenarnya.
Kesian dekat cik isteri yang kesunyian ni(^_^;)
Aku menghelah nafas berat. Jatuh cinta. Aku jatuh cinta lagi. Bibirku digigit lembut. Dengan Rash... Salah dia sebab layan aku macam tu. Hati aku cepat cair ha.
Aku mengalih ke belakang. Aina pun takde. Sebenarnya sekarang ni semua pengawas tengah mesyuarat.
Buku nota ringkas Biologi diambil dari beg. Aku kan ambil subjek tambahan. Setiap seminggu kelas subjek tambahan aku akan diadakan 4 kali. Satu sesi 3 jam. Rash pun sama dengan aku. Aku tak pasti kenapa aku buat keputusan untuk duduk kelas ni.. Mungkin sebab aku taknak stress sangat. Entahlah.Kalau aku duduk kelas lain.. Mesti aku dah tak sekelas dengan Rash so mesti ada hikmah dekat sebalik tu.
"Impuls elektrik sampai pula ke nodus atrioventrikel(AV)."Aku membaca sambil menulis nota ringkas.
"Ada dua set saraf. Satu, saraf simpatetik and satu lagi saraf parasimpatetik."Satu per satu aku menulis dengan tekun. Bukan selalu nak jadi rajin, alahai~
"Baik kau study bab 4, Riana." Suara Rash mengejutkan aku yang lela menulis. Aku mengerut ke arahnya setelah dia duduk. Bila dia masuk? Patutlah kelas tetiba jadi sunyi.
"Bab 4?"
"Ye, biar aku soal. Kau jawab." Rash tersenyum ke arah aku. Aku syak mesyuarat tu dah habis tapi kenapa pengawas lain yang masuk pun. Macam Aina, Mika dan Adryan?
"Bab 4? Tapi kita baru belajar Bab 2? Ni aku tengah ulangkaji bab 1."Aku berkerut lagi dan Rash mengeleng perlahan.
"Sebagai seorang pelajar kau kena bersedia dengan apa yang nak berlaku. Tak boleh jawab, aku denda. Faham?"Ujar Rash lalu menarik buku itu dari tanganku.
Aku cuba mengambil semula tetapi gagal."Denda apa tu?" Aku mencebik tidak berpuas hati.
"Cuci tandas atau kiss. Boleh pilih."Rash tersengih lalu menumpukan matanya pada buku.
"Okay, soalan pertama. 4.1 Pembentukan gamet. Apakah maksud pembiakan?"Soal Rash sambil keningnya diangkat2.
"Penghasilan individu baharu daripada organisma hidup?" Aku meneka. Asal macam lain je soalan Rash ni.
"Okay. Organ apa yang hasilkan gamet bagi manusia?"
Aku memandang wajah Rash setelah itu. Aku tahu ni pelajaran tapi.. Kalau jawab exam juga tak apalah! Ni depan husband.. Hmm
"testis.."
"Pandai isteri aku ni ye? Zigot ad-"
"Sudah. Dah taknak jawab. Jangan tanya." Aku menarik buku aku dari tangan Rash. Gatal tak menentu betul manusia ni. Cara dia soal tu macam nak usik aku je. Senyuman tu memang boleh bagi orang perempuan cair tapi bagi aku kekadang macam nak mengusik! Nakal! Gatal!
"Alahai.. Aku baru nak ajar kau."
"Taknak, tak payah. Aku boleh tanya cikgu sendiri." Aku mencebik lagi dengan wajah kemerahan. Rash ni kalau tak usik aku, tak boleh ke?"Hey, kalau belajar dengan aku, kita boleh buat experimen. Mana lagi untung?" Rash mengangkat keningnya lagi.
Allahu... Dia yang sorang ni.
"Tak usik tak boleh ke Rash?"
"Aku seronok tengok muka malu kau. Bagi aku, comel." Tanganku diraih oleh Rash.
"Kita dalam kelas ni." Tegurku tetapi Rash hanya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dikucup lalu dipicit2 lembut seperti bermain. Takde murid yang berani nak tengok dekat sini. Memang nasib aku je.
"No need to hide anything from me, sayang. Bagitahu je. Aku akan dengar." Rash meletakkan tangan kananku di wajahnya. Asal suara dia lembut sangat? Jantung aku pula yang tak tentu arah.
"B-Bagitahu.. A-a.. Apa?" Terus aku jadi gagap. Fuh!
"Apa2 je yang kau rasa aku tak tahu lagi."Balas Rash dan aku mendiamkan diri. Cuba berfikir apa yang Rash maksudkan tapi.. Entahlah. Macam takde je. Semua rahsia aku, dia dah tahu. Takde apa yang nak disembunyikan lagi.
"Entahlah. Apa eh Rash? Aku rasa dah takde."Balasku dengan hairan. Tapi aku rasa macam ada. Keliru."Cuba ingat balik. Aku tunggu okay? And kalau boleh jangan ubah fikiran. Jawapan kau tu memang dah betul." Okay.. Apa yang Rash merepek ni? Risau pula aku.
"Okay..."
"About our future.."
Kata2 Rash terhenti sejenak.
"Aku harap kita tetap macam ni. Maksud aku.. Kau tetap bersama aku."Mata kanannya dikenyit dan mata aku mula yang terkedip2.
"Insha Allah.. Mana pengawas yang lain?"Soalku untuk merungkaikan suasana ganjil atau perangai pelik Tengku Firash Aqmal.
"Kena denda kutip sampah dekat padang. Padan muka." Rash ketawa kecil. Allahu.. Bagus betul. Ketawa eh? Sebelum ni waktu aku kena denda pun dia ketawa macam tu juga ke?
"Mika dan Adryan tolong perhatikan. Kejap lagi aku nak balik rumah mama&papa. Ada tetamu yang nak jumpa. Kau kena pergi kursus English tu kan? 4 hari. Good luck tanpa aku. Jangan rindu lebih2."Rambut hadapanku digosok perlahan. Bila Rash cakap.. Baru aku teringat tentang hal tu.
Kenapa Rash tak daftar sekali
(T-T) Sedih betul hidup aku. Baru je jumpa Rash, dah nak kena berpisah balik. Dugaan betul!"Rash.. Waktu aku takde.. Jangan layan Fisya okay? Ingat tu." Aku berpesan. Sebab petang ni dah kena berangkat ke Singapore. Muram je muka aku sekali ni.
"Haish, takkan. Sebab aku tahu kau akan jeles. Jangan sedih sangat. Balik sekolah nanti aku bagi hadiah sebelum kau pergi." Rash seperti memujuk aku.
Aku menghelah nafas berat.
"Betul bagi hadiah?"
"Ye, hadiah."•••
Aku tertanya-tanya siapa tetamu yang nak jumpa Rash tu.. Kenapa dia tak bawa aku sekali? Tapi aku kena kemaskan pakaian yang nak dibawa.
VOTE&COMMENT PLEASE🍰💞
YOU ARE READING
KPG ✔️
Romance"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil serius⚠️ Tengku Arianna Emilly,cantik manis orangnya. Itu lah sifat fizikal yang dimiliki Riana.Setiap le...