Bab 1

286 8 12
                                    

Rose melihat dirinya di hadapan cermin.

Ah, dia sudah cukup berpuas hati dengan penampilan dirinya.

Sebuah senyuman diberikan untuk diri sendiri.

" Rose, you can do this.By the way, you look pretty today, girl. " Heh sengaja Rose puji diri sendiri buat pembakar semangat.

Ahli psikologi mengatakan keyakinan boleh dibentuk dengan berdiri di hadapan cermin dan mengatakan sesuatu yang baik untuk diri sendiri pada setiap pagi.

" Rose, apa lagi kamu buat dekat atas tu Rose? Sudah mari turun sarapan," ah, suara si ibu sudah bergema di pagi yang indah ini.

" Baik ibu, Rose datang ni," jawabnya lalu mencapai telefonnya di atas katil dan menutup pintu.

*****

" IBU, DENGAR cerita Kak Mawar nak balik hujung minggu ni, betul ke?" soal Rose sambil tangannya laju menyuap nasi goreng yang Rose sendiri tidak dapat kenal pasti jenis apa kerana ibu main campak-campak sahaja dan paling penting disediakan sendiri oleh Puan Rasyidah.

" Haah betullah tu. Hujung minggu ni Kak Mawar nak datang melawat. Katanya lama tak jejak kampung. Rindu," jawab Puan
Rasyidah sambil tangannya ralit menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan abah, Encik Munir.

" Assalamualaikum ibu, abah. Good morning, " senyuman manis diberikan kepada kedua orang tuanya.

After all, senyumkan sedekah?

" Waalaikumsalam, eh Ucop baru balik? Semalam ada kes ke? " soal Munir kepada anak terunanya yang baru sahaja duduk dan mengambil pinggan untuk bersarapan.

" Haah abah. Semalam kami pi tangkap geng-geng mat pit kampung sebelah. Sebab itu dah siang ni baru nak muncul, " jawab Yusuf.

Kerjanya sebagai seorang anggota polis sedikit sebanyak membimbangkan hati kedua orang tuanya. Maklumlah, takut benar si ibu apabila mengenangkan nasib anaknya yang sentiasa berhadapan dengan orang jahat.

" Bu, sendukkan sekali, " pinta Yusuf sambil tersengih busuk.

Iyalah, busuk kerana dari semalam dia berjaga dan badannya agak melekit kerana peluh berkejar-kejaran dengan penagih dadah semalam.

" Eii tak malu suruh ibu sendukkan.Tangan ada senduklah sendiri.Manja betul," Rose bersuara.

Dengki dia melihat apabila ibu selalu menang dan manjakan si abangnya yang seorang itu.

" Eleh, kau dengki kenapa? Dah syuh-syuh pergi kerja sana. Akukan anak ibu, mestilah manja, kan ibukan? " Yusuf mengerdipkan matanya berkali-kali konon bajet hensem.

Rose mencebikkan bibir. Menyampah dia dengan Yusuf. Manja tak bertempat.

" Rose, tak baik buat muka macam tu depan nasi. Rezekikan? " tegur abah lembut.

" Ha padan muka kau Rose. Tengoklah abah pun sayang dekat aku. Kau ada? " eii mahu sahaja dipelangkungkan si Yusuf tu.

Rose memandang wajah si abang dengan riak tak berpuas hati.

" Ibu, tengok abang ni ibu, " Rose merengek manja depan ibunya.

Puan Rasyidah memandang sekilas sebelum dia menyambung menyuap nasi ke mulutnya.

" Ibuuu "

" Ini ha ibu tengah tengoklah ni, " matanya dihadapkan ke arah Yusuf.

Satu meja tertawa.

" Ibuuuu ni, " muncung sedepa mulut Rose apabila dipermainkan oleh Rasyidah.

Yusuf melemparkan senyuman kemenangan.

Childhood Friend.Where stories live. Discover now