Aidil membuat regangan kecil sebaik sahaja mesyuarat mereka berhenti seketika bagi memberi ruang untuk para pekerja menunaikan solat asar dan minum petang. Khalil sudah berlari keluar sebaik sahaja mesyuarat itu berhenti kerana mahu ke tandas manakala Tasneem pula leka membelek telefonnya sendiri. Mungkin membaca mesej-mesej dari WhatsApp barangkali.
Aidil juga terfikir untuk melihat telefonnya. Sejak dari solat Jumaat lagi telefonnya diletakkan dalam mode 'do not disturb' kerana tidak mahu ganggu dan sebaik sahaja solat Jumaatnya berakhir dia sendiri lupa untuk menghentikan mode tersebut gara-gara terkejar-kejar mahu masuk ke bilik mesyuarat.
Mesyuarat mereka bermula sejak dari lepas solat Jumaat tadi tidak berhenti langsung gara-gara sesi yang patutnya dilakukan pada waktu pagi ditunda ke waktu petang. Maka memang padatlah sesi mesyuarat mereka.
Tasneem menghampiri Aidil.
" Ed, jom keluar. Nanti pukul 6 nak kena masuk balik, " ajak Tasneem.
Aidil hanya mengangguk. Dia batalkan sahaja niat mahu check telefonnya. Mungkin lepas menunaikan solat Asar baru dia tengok. Sambil-sambil itu bolehlah nikmati minum petang dan kuih-muih yang disediakan oleh pihak hotel.
*****
Selesai sahaja mengemas rumah tadi Rose, Fitriyah bersama-sama Senah selamat berlayar ke alam mimpi gara-gara penat menguruskan kertas kerja milik Aidil.
Rose tersedar dalam 5.30 petang dan terus meluru ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia belum menunaikan solat Asar lagi. Sebaik sahaja mahu mengangkat takbir tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan dari Aidil ditolak dan Rose menukarkan telefonnya ke silent mode lalu meneruskan urusannya.
Fitriyah yang baru tersedar itu segera menolak Senah yang sedang elok berbaring di celah ketiaknya. Patutlah semasa tidurnya dia sentiasa rasa mahu bersin, rupanya ekor Senah yang elok bergerak-gerak di kawasan hidungnya.
" Ceh, dasar kucen busuk. Kentut betul kau ni Senah. Aku ingatkan bulu apalah yang masuk mimpi aku tadi, " bebel Fitriyah lalu membetulkan duduknya. Dia menguap dan menggeliat untuk membetulkan uratnya gara-gara tidur di atas sofa dengan agak lama.
Rambut yang agak berserabai segera diikat sanggul tinggi. Setelah menepuk perut Senah beberapa kali dengan niat mahu mengacau barulah Fitriyah bangun dan menuju ke bilik air untuk mencuci mukanya dan berwuduk.
Rose yang selesai sahaja menunaikan solatnya segera melipat telekung dan sejadahnya lalu mencari telefonnya untuk membuat panggilan.
Nombor Aidil didail.
Rose menunggu beberapa saat sebelum panggilannya berangkat.
" Hello, Tasneem's speaking, " suara wanita yang mengangkat panggilan.
" Oh emm hai Tasneem. Ed mana? " soal Rose direct.
" Toilet. Dia minta I jaga phone dia sekejap, "
" Oh okay. Tak apalah kalau macam itu. Lepas ni you guys ada meeting lagi eh? " soal Rose.
" Emm haah. Pukul 6 kami continue sampai pukul 7. After that baru free. Esok sambung balik dari pagi sampai noon, " jawab Tasneem.
" Oh alright. Nanti suruh Ed call me back after maghrib macam itu boleh? " pesan Rose,
" Alright, no problem. Anything else? "
" Nope, thank you in advance Tasneem, " ucap Rose.
" No sweat, honey, " talian diputuskan.
Rose merenung telefonnya. Sebenarnya dia sendiri keliru dengan dirinya. Dia ingin bertanyakan soal potret wanita yang dijumpai di stor tadi kepada Aidil namun dia merasakan seperti itu bukan tempatnya untuk menanyakan hal sebegitu.
YOU ARE READING
Childhood Friend.
RomanceHe was that boy.Yes,she was pretty sure about that fact.She knew that Aidil is her childhood friend.She just knew it. Ah,itu Rose.Bagaimana dia dan Rose boleh bertemu di sini.Heh,dia terlupa akan aturan dan perjalanan yang telah ditentukan oleh Dia...