" Ha sudah-sudah. Cukuplah main tu. Pak su kau orang nak belanja makan pula lepas ni. Lambat-lambat makanan habis licin, " Yusuf memanggil anak-anak ikannya. Eh silap. Anak buah.
Masing-masing berlari menuju ke Aidil. Aidil dengan idea jahatnya mula berjalan laju ke hadapan dan meninggalkan kanak-kanak ribena itu.
Ceh.
Rose pula yang menjadi terkejar-kejar. Susah kot nak lari pakai skirt ni. Menyesal pula pakai skirt.
Penyudahnya Yusuf, Aidil dan kanak-kanak riang itu sudahpun meninggalkan Rose di belakang.
Hmm pantang betul dengar orang belanja. Laju betul kaki semua orang.
Rose mencebik bibir. Penat nak kejar.
*****
Malika, Alif, Farah dan Fatimah sudah pun melahap 3 ekor ikan, sepinggan sotong dan dua pinggan udang celup tepung dengan jayanya. Mereka makan dengan begitu berselera sekali.
Tahniah. Nampak sangat kuat makan.
Yusuf, Aidil dan Rose pun bukan main susah nak habiskan makanan sendiri. Bukan tak sedap.
Sedap saja cuma mana nak luak makanan mereka kalau khusyuk sangat bersembang. Ziyyad yang tak sampai setahun tu pun sibuk terkumat-kamit cakap apa tah. Tidak jelas butir bicaranya.
Nasib budak berempat tu pun pandai jaga tingkah. Tidak menyusahkan dia dan Yusuf. Eh Aidil juga.
Paling teruk pun tadi bergaduh sekejap sebab berebut nak order air tapi masing-masing tak nak kalah konon-konon tak mahu air sama. Tapi masing-masing dalam otak boleh fikir air sirap yang merah menyala tu saja.
Ceh. Nampak sangat tak kreatif otak budak berempat ni.
" Malam ini jomlah join kita orang, " Yusuf mengajak Aidil.
" Pergi mana? " soal Rose kehairanan.
" Ngeteh dekat warung Pok Samad. Lepas isyak. Amacam? "
" Bereh bohhh, " Aidil angkat ibu jari tangan kanannya.
" Ceh ingatkan pergi manalah tadi, " Rose menjulingkan matanya ke atas.
" Ada pertandingan carrom, catur dengan dam haji sekali. Siapa menang Pok Samad belanja minum teh seminggu. Kuih dijual berasingan, " Rose membuat muka toya.
Rose menyedut airnya. Dalam hati dia berkira-kira nanti mesti warung tu penuh dengan geng-geng mulut naga. Suka hembus asap sana sini. Lepas itu mulalah bau seribu satu asap tu melekat dekat baju.
Shesh.
" Kau tak kerja ke Usop? " soal Rose tiba-tiba.
" Eh kau ni. Janganlah sebut-sebut. Aku off hari ni, " Yusuf mengeluh.
Penat dia kalau tiba-tiba kena laporkan diri. Tak terkejar dia jadinya. Kasihanilah dia. Sesungguhnya anggota polis berwibawa seperti dia juga memerlukan rehat. Biar lapang otak dan jiwa.
Kejap lagi nak masuk Maghrib. Baik mereka cepat habiskan makanan dan bergerak pulang. Takut tak terkejar jemaah Maghrib nanti.
*****
Pulang sahaja daripada melepak bersama Yusuf, Wan dan Adam mereka terus menggagau mencari katil. Mata masing sudah berat benar. Ibarat ada 10kg batu bata.
Mana taknya. Jam pun sudah menghampiri 1 pagi. Gila betul.
Pintu bilik Rose ditolak perlahan Aidil. Tidak berniat mahu mengejutkan insan yang sedang lena dibuai mimpi. Aidil tanggalkan baju melayu yang disarung ke tubuh sejak maghrib tadi.
YOU ARE READING
Childhood Friend.
RomanceHe was that boy.Yes,she was pretty sure about that fact.She knew that Aidil is her childhood friend.She just knew it. Ah,itu Rose.Bagaimana dia dan Rose boleh bertemu di sini.Heh,dia terlupa akan aturan dan perjalanan yang telah ditentukan oleh Dia...