Bab 7

84 8 0
                                    

Aidil membelok ke arah kiri.Dia memarkirkan keretanya di hadapan kedai yang menjual keropok lekor dan keropok keping.

Aidil memandang ke arah Rose yang sedang mendukung Ziyyad.

" Betul kedai ni? "soal Aidil.

Rose mengangguk yakin. Dia membuka pintu kereta dan bergerak keluar.

Aidil juga mematikan enjin dan keluar daripada kereta.Mereka menuju ke arah kaunter.

" Uih, Dira! " tegur Rose penuh keterujaan.

Gadis yang bernama Dira itu segera menoleh ke arah Rose apabila mendengar namanya diseru.

" Roseeee! " jerit Dira.

Aha inilah perangai perempuan yang Aidil kurang gemar.

Asal berjumpa mesti menjerit. Macam mama dengan Piya.

Dannnn Husna. Damn.

Aidil keluh perlahan.

*****

" Selamat pengantin baru Rose, " ucap Dira apabila mereka berpelukan.

Rose membalas pelukan Dira dan hasilnya Ziyyad tersepit di tengah-tengah.

Ziyyad merengek.

Dira dan Rose mengekek ketawa.

" Hok aloh mung ni Yad. Aku buke peluk moksu mung lama mana pun. ( Hak alah kamu ni Yad. Aku bukannya peluk maksu kamu lama pun )," pipi Ziyyad dicubit geram.

Tangan Ziyyad terkapai-kapai menolak tangan Dira yang berbau ikan itu.

" Weh Dira, ayoh mu ado dok? (Weh Dira,ayah kau ada tak? ) " soal Rose dengan dialek pantai timur.

" Mu lambat. Ayoh aku kelik doh baru satni. Saing dio nok mari dumoh. Doh, bakpo mu tanyo? (Kau lambat. Ayah aku baru balik tadi. Kawan dia datang rumah. Ha kenapa kau tanya? ) " Dira menyoal sambil bermain-main dengan Ziyyad.

" Dok ah. Aku saja nok bowok laki aku jale. Tengok dia hadap laptop aku yang jadi serabut. ( Taklah. Aku saja nak bawak laki aku jalan. Tengok dia hadap laptop aku yang rimas. )  " jawab Rose.

Dijeling sekejap ke arah Aidil. Itu pun Aidil sedang fokus dengan telefon pula.

" Eh tak apa. Aku pun boleh tunjuk-tunjuk. Anok tauke katakan. Ha jom, " ajak Dira.

" Abang jom, " lengan Aidil ditarik.

Aidil menyimpan telefonnya.

Dia menghulurkan tangan untuk mendukung Ziyyad. Rose dengan senang hati memberikan Ziyyad kepada Aidil.

Kurang sikit beban dia. Rose sengih lalu mengikut Dira memasuki bahagian dapur kedai itu.

*****

" Okey dekat sini mace yang mung tahu tempat kami proses kepok lekor. Ha itu yang mung make duk ngoyat sedak, sedak. Itu air tange aku tu. ( Okey dekat sini macam yang kau tahu tempat kami proses keropok lekor. Ha itu yang kau orang makan lepas tu kata sedap, sedap. Itu air tangan aku tu. )" Dira sengih kerana bangga.

Ramai pelanggan mereka yang puji kesedapan keropok lekor mereka.

" Ha yang itu tempat kami rebus. Lepas mung gentel-gentel kasi dia panje mace ular tu. Ha mung potonglah kasi rupa hok comey sikit. ( Ha yang itu temoat kami rebus. Lepas kau gentel-gentel kasi dia panjang macam ular tu ha kau potonglah kasi dia kecil, comel sikit. )" Dira berjalan sambil tangannya menunjuk ke arah kiri dan kanan dapur.

Kanan tempat para pekerjanya merebus keropok lekor. Di bahagian kiri pula tempat pekerja mereka menggentel keropok lekor itu menjadi panjang.

" Mula tu mu gentel jah sapa agok-agoklah lepas tu mung potong. Baru rebus. Ha lepas tu mung make dengan calit. Fuh, lagi sedap. ( Mula-mula tu kau gentel saja sampai agak-agaklah lepas itu kau potong. Kemudian, baru rebus. Ha lepas itu kau makan dengan sos. Fuh,lagi sedap. ) " kata Dira lalu mengangkat kedua ibu jarinya.

Childhood Friend.Where stories live. Discover now