" Abang, " panggil Rose semasa mereka sedang menikmati makan malam bersama.
Aidil mengangkat wajah. Memberikan perhatian kepada Rose sambil tangannya masih lincah memasukkan nasi ke dalam mulut.
" Esok Rose start kerja. Lunch memang Rose tak sempat balik. Selalunya petang sikit baru Rose balik. Abang okey, kan? " soal Rose.
" Tak apalah. Before this memang macam itu, kan? So carry on. I don't mind. But make sure before Maghrib ada dekat rumah. Kalau something comes up, inform me, " pesan Aidil.
" Yang itu Abang tak perlu risau. Asar selalu Rose sampai rumah sudah, "
Aidil hanya angguk dan teruskan santapannya.
*****
Rose bangun awal pagi ini kerana dia perlu menyediakan sarapan buat Aidil sebelum ke sekolah. Selesai sahaja mandi dan bersolat subuh, Rose terus sahaja menuju ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan.
Dan sarapan yang akan disediakan pagi ini ialah bihun goreng dan telur mata serta sedikit keropok lekor yang sempat dibelinya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah semalam.
Melihat jam yang hampir menginjak ke 6.30 pagi, Rose menuju ke bilik Aidil dan pintu bilik diketuk perlahan.
" Abang, dah bangun belum? Solat subuh, " soal Rose sambil tangannya mengetuk pintu.
Dan tidak lama selepas itu muncullah wajah Aidil yang seperti baru bangun tidur itu di muka pintu.
" Pukul berapa? " soal Aidil sambil menguap menahan kantuk.
" 6.30, " jawab Rose lalu berlalu pergi. Dia perlu segera menyiapkan sarapan supaya tidak lambat ke sekolah.
Aidil hanya memandang isterinya yang berlalu pergi dan dia juga mula menuju ke bilik air yang terletak di sebelah biliknya.
*****
Rose terkocoh-kocoh bersalaman dengan Aidil dan mula bergerak keluar dari rumah kerana jam sudah menunjukkan jam 7.05 pagi.
Dia risau sekiranya terlewat kerana jarak dari sekolah ke rumah Aidil lebih jauh daripada jarak dari sekolah ke rumh orang tuanya.
" Mahu dekat 15-20 minit kalau tak sesak. Haiyyo harap-harap tak jammedlah kawasan depan pagar sekolah itu. Bismillah, " ucap Rose apabila dia mula hendak menghidupkan enjin keretanya dan memulakan perjalanannya.
*****
" Assalamualaikum pengantin baru, " tegur Zana mesra apabila Rose mengambil tempat di sebelahnya.
" Ish Zana malulah aku kau panggil macam itu, " Rose menolak pipi Zana perlahan.
" Elelelele malu sangat lettuw, " usik Zana lagi. Pecah tawa mereka.
" Amboi,amboi gelak sakan pengantin baru kita. Masih mengenang cuti ke? " Syah yang datang dari belakang segera menghampiri apabila terdengar suara Rose pagi itu di bilik guru.
" Ish tak adalah. Aku mestilah dah ready nak mengajar hari ini. Semangat aku berkobar-kobar nak jumpa students aku hari ini, " Rose bertutur dengan penuh semangat.
" Hek eleh aku hari-hari semangat pergi sekolah pun tak ada orang kisah apatah lagi kau, " Syah mencebik bibir tanda menyampah.
" Itu kau. Aku lain, " jawab Rose.
Dan sekali lagi mereka ketawa bahagia pagi itu menyambut kehadiran Rose setelah bercuti kahwin.
*****
YOU ARE READING
Childhood Friend.
RomanceHe was that boy.Yes,she was pretty sure about that fact.She knew that Aidil is her childhood friend.She just knew it. Ah,itu Rose.Bagaimana dia dan Rose boleh bertemu di sini.Heh,dia terlupa akan aturan dan perjalanan yang telah ditentukan oleh Dia...