Rose menilik jam di tangan.
Sudah menunjukkan jam 5 petang.
Ibu dengan abahnya masih lagi ralit bersembang dengan Hajah Salmah dan Haji Dahlan.
Daripada waktu tengah hari mereka datang bertandang sehingga kini Encik Munir dan Puan Rasyidah tidak menunjukkan tanda-tanda mahu beransur pulang.
Adam dan Yusuf juga apa kurangnya bersembang dengan Danial dan Aidil.
Rasanya langit pun boleh runtuh dengar perdebatan politik mereka. Perbualan mereka juga turut diikuti oleh Abang Wan dan Abang Zaim.
Perlahan Rose tarik dan hembus nafas.
Sesak dan penat.
Tiba-tiba Fitriyah menghampiri Rose yang sedang mengusap lembut kepala Fatimah yang sedang nyenyak tidur di ribanya.
" Haih Rose takkan dah bosan kut? Marilah join kita orang, " Fitriyah mengajak Rose untuk mengikuti perbualan mereka yang turut dihadiri oleh Kak Chempaka dan Kak Mawar serta Kak Maria.
" Haha tak adalah Piya. Tadi aku tiba-tiba teringat kenangan masa kita kecil dulu. Kau ingat tak dulu aku pernah cakap dekat kawan-kawan sekolah kita dulu nanti kalau aku dah besar, aku dah cantik aku ingat aku nak pi goda si Ed tu. "
" Biar mulut dia jatuh terlopong,mata terbeliak tengok aku. AHAHAHAHA. Bingai betul otak masa tu. Gatai tak bertempat, " secara tak sengaja Fitriyah menghamburkan ketawa.
" Iye weh gila tak ingat habis satu sekolah kau canang impian kau aduhlah Rose ni, " Fitriyah menyambung ketawa.
" Rose, " bahu Rose ditepuk lembut oleh Kak Mawar.
" Ibu panggil dekat depan tu, " Rose mendukung Fatimah dan meletakkannya di atas sofa.
Fatimah di mana-mana pun boleh tidur. Nyenyak setiap masa haha.
Rose menghampiri kawasan anjung itu. Agak terkejut dia kerana kelihatan semua orang sudah berkumpul.
" Oh nak balik dah eh? " Rose bertanya.
" Eh belumlah. Takkan kamu dah bosan Rose dengan rumah aunty? " jawapan Hajah Salmah disambut ketawa oleh semua orang.
Rose tayang senyum sumbing.
" Macam inilah. Sebenarnya sudah lama kami rancang benda ni. Dan alang-alang Rose dan Aidil pun tengah solo, kami ingat kami nak jodohkan kamu berdua. Sesiapa ada bantahan? " Rose terdiam sebentar.
Dia memandang Aidil.
Aidil pula memandang wajah Haji Dahlan yang mengusulkan cadangan tersebut.
Yusuf menepuk lantai anjung yang diperbuat daripada kayu lalu berkata,
" Baik! Saya setuju dengan cadangan ni "
Terkejut Rose.
Bulat matanya memandang Yusuf.
" Bagus, ibu pun suka, " eh eh.
Rose berpaling ke arah Puan Rasyidah yang sedang tersenyum lebar.
" Tapi kami tak cakap apa-apa pun lagi, " Aidil bersuara.
" Kamu tak payah cakap apa-apa Ed. Kamu diam je. Arwah Husna pun kamu susah nak lepaskan, " potong bicara si ayah.
Aidil mendecit geram.
" Okeylah kalau tiada bantahan minggu depan kami datang sarung cincin ya Syidah? " Hajah Salmah tersenyum manis memandang Puan Rasyidah.
Rose memandang ibunya tidak berkelip.
YOU ARE READING
Childhood Friend.
RomanceHe was that boy.Yes,she was pretty sure about that fact.She knew that Aidil is her childhood friend.She just knew it. Ah,itu Rose.Bagaimana dia dan Rose boleh bertemu di sini.Heh,dia terlupa akan aturan dan perjalanan yang telah ditentukan oleh Dia...