Bab 6

74 8 0
                                    

Azan Subuh dari masjid berdekatan mengejutkan Rose daripada tidur. Perlahan-lahan dia bangkit dan duduk sebentar di birai katil. Dia memandang ke arah Aidil.

Lelaki yang telah sah menjadi suaminya semalam. Tidur Aidil kelihatan begitu nyenyak sekali.

Tiba-tiba Rose terpandang bantal peluk yang berada di tengah-tengah antara mereka. Setahunya bantal itu tidak ada di situ semalam.

Ah mesti Aidil yang letak.

Hati Rose sakit. Namun Rose berpura-pura tidak peduli dan dia terus bangkit menuju ke bilik air.

*****

ROSE bergerak mendekati Aidil selepas selesai sahaja memberi salam.

" Ed bangun subuh, " Rose menggoncangkan bahu Aidil.

Aidil tiada tanda-tanda ingin bangun.

" Aidil bangunlah. Subuh nak habis, " Rose menggunakan suara lebih keras.

Aidil mula terpisat-pisat membuka mata.

" Pukul berapa? " soal si pemilik suara garau itu.

" 6.35 "

Rose berlalu dan melipat kain telekungnya.

Aidil mula bangun dan menyegarkan dirinya.

*****

" HA JEMPUT laki kamu tu makan, Rose. Ibu masak banyak ni, " arah Puan Rasyidah kepada Rose yang sedang membancuh air kopi 'o'.

Rose yang sedang terleka ketika membancuh air itu langsung tidak sedar akan arahan Puan Rasyidah.

" Ibu, nampak Rose tak? " soal Kak Chempaka yang baru sahaja turun ke dapur.

" Itu ha.Tengah termenung, " tunjuk Puan Rasyidah.

Chempaka memandang ke arah Rose. Benar kata ibunya, adiknya sedang termenung.

" Uih, jaga anak akak kejap, " Ziyyad dihulurkan kepada Rose.

Rose terkejut sekejap.

" Kenapa? " soalnya bingung.

" Zaid buat hal. Jenuh akak nak memujuk dia dengan Abang Zaim. Jaga sekejap eh? Nanti tantrum Zaid okay akak ambil balik Yad, " Kak Chempaka terus menghilangkan diri selepas anaknya diserahkan kepada Rose.

Rose mendukung Ziyyad dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi tangannya mengacau kopi.

" Ibuuu, tolong angkat~ " belum sempat ayatnya dihabiskan tiba-tiba ada sepasang tangan yang membantunya mengangkat jag air tersebut lalu diletakkan di atas meja.

Aidil.

" Eh Ed awal kamu bangun, " puji Puan Rasyidah.

Aidil melemparkan senyumannya kepada si ibu mertua.

" Terima kasih, " ucap Rose.

Aidil mengangguk.

Ziyyad melentokkan kepalanya di dada Rose lalu menguap.

" TAKNAK UMMI ZAID TAK NAKKK! " kedengaran suara Zaid di pagi hari yang indah itu.

Kemudian kedengaran pula suara Chempaka memarahi anaknya.

Suara mereka sama-sama naik. Mujur suara Abang Zaim tidak kedengaran.

" Haih Zaid ni pagi-pagi buat hal. Ha tak apalah Rose kamu layanlah dulu suami kamu. Ibu nak pergi tengok Kak Chempaka kamu sekejap, " lalu tubuh Puan Rasyidah pun menghilang dari dapur.

Aidil mengambil tempat di meja makan. Rose mengambil pinggan dan cawan buat Aidil lalu mengambil tempat di sisi Aidil. Ziyyad dipegang dengan cekap.

Childhood Friend.Where stories live. Discover now