Tidur Rose terganggu apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Sudahlah dia jenis yang senang terjaga, haih apalah nasib. Dia melihat jam loceng yang berada di sisinya. 0230. Dua setengah pagi.
Dia bangun dan melangkah malas menuju ke arah pintu. Pintu dibuka kecil dan jelas terpampang wajah Aidil di hadapannya.
" Hmm Abang. Nak apa ni? " soal Rose dalam keadaan mamai. Rambut dan bajunya yang sedikit serabut dibetulkan.
" Abang nak Rose, " Aidil senyum senget.
Tercengang Rose jadinya. Matanya terus menjadi segar apabila mendengar lawak tak seberapa dari Aidil ini.
" Tak adalah. Abang gurau saja. Ni Abang nak minta tolong Rose sikit, " Aidil kembali ke emosi asalnya.
" Oh ha nak minta tolong apa. Asalkan bukan benda pelik-pelik sudahlah pagi-pagi buta ni, " jawab Rose yang sudah kembali mengantuk.
" Tak adalah pelik mana pun. Okey jom, " Aidil menarik tangan Rose dan membawanya menuju ke bilik tidurnya. Tergesa-gesa kaki Rose mengikut jejak langkah Aidil.
Aidil membuka pintu biliknya. Dia menarik Rose untuk duduk di katilnya lalu dia menarik keluar luggage kecil dari tepi almarinya.
" Nak minta tolong kemaskan baju sebenarnya sebab nak outstation. Lepas Subuh gerak, itu yang Abang nak minta tolong Rose sebenarnya hehehe, " Aidil tayangkan muka manjanya.
" Aik habis tu selama ni siapa yang pack baju Abang? " soal Rose sambil kakinya mula melangkah ke arah almari Aidil.
" Sebelum ni mama yang buat. Kadang-kadang Abang suruh Piya buat kalau dia tidur sini, " jawab Aidil bersahaja.
" Lah kiranya memang tak pernah pack baju sendiri ke? " tangan Rose mula mencapai beberapa kameja dan t-shirt Aidil.
" Tak hehehe. Sebab itu mama suruh kahwin cepat. Mama kata nanti suruh saja isteri buatkan, " jawab Aidil lalu dia mula mencari telefonnya.
" Hmm agak dah. Eh tapi ni Abang nak outstation berapa lama? Rose nak tengok schedule Abang. Senang nak budget baju," Rose menghulurkan tangan meminta schedule Aidil.
Aidil menyerahkan telefonnya lalu bangun dan berdiri di belakang Rose yang sedang ralit melihat jadual meetingnya.
Rose mengundur beberapa langkah untuk mengambil baju Aidil terus terhenti apabila dia sedar yang dia sudah terlanggar Aidil yang berdiri di belakangnya.
" Eh sorry. Kenapa Abang berdiri sini? Pergi duduk sana heylah dia ni kan! " Bebel Rose. Tangannya masih lincah mengambil baju sambil menghalau si Aidil.
Aidil hanya ketawa lalu meninggalkan bilik tersebut kerana ingin memberikan ruang buat Rose menyiapkan kerjanya.
*****
Entah bila masanya Aidil terlelap, sedar-sedar Rose sedang mengejutnya sambil bertelekung.
" Abang bangun. Pergi mandi semua. Nanti lepas Subuh nak gerak kan? Sekarang baru 5.30 ni sempat lagi nak bersiap, " beritahu Rose.
Aidil yang sedang mamai terus mendepa kedua-dua tangannya.
" Kenapa? " soal Rose aneh.
Tanda sebarang jawapan Aidil terus memeluk pinggang Rose lalu memejamkan matanya perlahan-lahan.
Rose yang tergamam terus berdiri kaku. Dia kemudiannya mengusap lembut belakang kepala Aidil.
" Abang bangun pergi siap. Kejap lagi nak kena gerak kan? " Rose merasakan anggukan kecil di pinggangnya.
YOU ARE READING
Childhood Friend.
RomanceHe was that boy.Yes,she was pretty sure about that fact.She knew that Aidil is her childhood friend.She just knew it. Ah,itu Rose.Bagaimana dia dan Rose boleh bertemu di sini.Heh,dia terlupa akan aturan dan perjalanan yang telah ditentukan oleh Dia...