Rose menghabiskan makanannya sementara Zana pergi membuat bayaran. Air oren disedut sehingga kering.
Sedap.
Rose tersenyum puas hati.Lain kali boleh repeat lagi.
Sekembalinya Zana ke meja mereka, Rose terus meminta untuk ke tandas. Zana hanya mengangguk dan menunggunya di dalam kereta.
Keluar sahaja daripada tandas, ada satu tangan kekar yang menahannya daripada meneruskan langkah.
Dia memandang pemilik tangan tersebut.
Aidil. Oh what a suprise?
" Eh kau ikut aku eh? " soal Aidil.
" Excuse me? Siapa ikut siapa ni? Saya yang sampai dulu, " bela Rose.
Apa tiberrnya si Aidil ni.
" Okey fine. Next time jangan gatal-gatal jumpa aku. Aku tak suka, " mencerlung tajam mata Aidil memandang Rose.
Like what?
Ugh.
Rose mendengus perlahan.
Segera ditolak tangan Aidil.
Letih dia layan perangai orang yang kuat perasan macam Aidil ni.Rose berjalan laju menuju ke kereta Zana.
Hatinya juga sedikit sakit entah kenapa.
*****
ROSE membuka aplikasi Whatsapp dan menghantar mesej kepada Puan Rasyidah.
Ibu, Rose balik lambat sikit hari ni.Ada kerja sikit. Nanti Rose bawa balik kek yang ibu suka tu.
-Rose-
Alright.Jangan lewat sangat.
-ibu ❤ -
Rose keluar daripada keretanya.Dia menuju ke arah taman dan mengambil tempat di salah sebuah kerusi yang kosong di situ.
Dia duduk menghadap tasik.
Keluhan berat dilepaskan.
Sungguh dia tidak mengerti dengan perangai Aidil. Sukar dibaca.
Tipulah dia tidak terguris dengan kata-kata Aidil sebentar tadi.
Aidil benci dia ke?
Ah serabut betul fikir kaum lelaki.
Single lagi best.
Tapi nanti mesti ibu abah kecewa kalau dia minta pertunangan ini dibatalkan. Ibu abah sayang betul dengan keluarga Haji Dahlan dan Hajah Salmah tu.
Matanya berkaca lagi.
Oh tuhan hentikanlah mainan perasaan ini.
Tiba-tiba bahagian sebelahnya yang kosong terisi.
" Cantikkan tasik tu bila terkena biasan matahari terbenam? " soal Syah.
Terkejut Rose.
Terus badannya duduk tegak dan dia berpaling ke arah kanan. Syah di sebelahnya.
" Cantik dia macam kau, Rose. Cuma sayang aku tak sempat, " Syah menundukkan kepala.
Tiba-tiba Syah mengangkat kepalanya dan menghadap Rose.
" Anyway tahniah. Aku tak wish lagi hehe, " Syah tersengih namun sengihannya mati apabila terlihat mata Rose berkaca.
" Rose? Kau okey tak ni? " Syah melihat wajah Rose dengan penuh kerisauan.
Rose hanya menganggukkan kepala dan menghadap tasik semula lalu melepaskan keluhannya.
YOU ARE READING
Childhood Friend.
RomanceHe was that boy.Yes,she was pretty sure about that fact.She knew that Aidil is her childhood friend.She just knew it. Ah,itu Rose.Bagaimana dia dan Rose boleh bertemu di sini.Heh,dia terlupa akan aturan dan perjalanan yang telah ditentukan oleh Dia...