" Assalamualaikum, " Aidil memberi salam sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya sendiri.
Rose masih lagi berasa takjub melihat rumah Aidil. Dia tergamam kerana baginya rumah Aidil terlalu mewah.
" Ma Sya Allah cantiknya rumah Abang. " ucapnya tanpa disedari.
Aidil yang mendengar tersengih bangga.
" Ha Rose bilik kau yang master bedroom tu. Aku punya bilik sebelah bilik kau. Jangan risau, barang-barang aku semua aku sudah siap pindahkan. Kau tinggal tidur saja, " Aidil membuka pintu master bedroom sambil tangannya menarik luggage milik Rose.
" Eh I thought that we're going to sleep together..." suara Rose menjadi kendur di hujung ayatnya.
"Hmm sorry kau cakap apa tadi? Telinga aku tak dengarlah, " mata Aidil melirik nakal ke arah Rose.
" Eh tak ada apalah. Okeylah Rose masuk dulu ya? Nak unpack barang-barang Rose. Bye! " pintu bilik terus tertutup rapat.
Aidil senyum kambing dan berlalu menuju ke biliknya.
*****
Tok tok tok!
" Rose aku keluar kejap. Bahan-bahan basah ada sikit saja dekat dapur tu. Kalau kau nak keluar pergi supermarket aku izinkan, " suara Aidil kedengaran di sebalik pintu.
Rose terpisat-pisat bangun dari tidurnya. Entah bila dia terlelap dia sendiri tidak pasti. Tangannya mula mencapai telefon bimbit yang berada di sisinya.
Jam menunjukkan pukul 5.30 petang.
Astaghfirullah. Solat Asar pun belum ditunaikan. Rose segera bangkit lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
*****
' Eh kiblat arah mana eh? Aduh menyesal tak tanya Ed tadi, ' gumam Rose dalam hati.
Dia mencapai telefon bimbitnya dan aplikasi Waktu Solat Malaysia dibuka. Setelah menetapkan lokasinya dan mendapatkan arah kiblatnya, Rose mula mengangkat takbir dan menunaikan solat.
*****
Rose membuka peti ais dan mula mencari bahan masakan. Namun hatinya hampa kerana di dalam peti ais tersebut hanya terdapat 3 ekor ikan kembung di bahagian sejuk beku.
Rose meneruskan pencariannya dengan mencari sayur-sayuran di bahagian bawah.
Kosong. Rose tepuk dahi sendiri.
Telefonnya yang terletak di atas kitchen island itu dicapai. Nombor telefon Aidil dicari dan panggilan segera dibuat.
Truut Truut Truut truut
" Assalamualaikum, Abang "
" ... "
" Tak Rose call ni sebab nak tanya beras dekat mana? Rose lapar nak makan nasi, "
" ... "
" Ha? Abang pun tak pasti beras ada lagi ke tak? Aduhai. Hmm tak apalah nanti Rose pergi beli sendiri. Oh sebelum tu, apa password pintu tu? Nanti Rose tak dapat masuk rumah pula, "
" ... "
" Hmm okey bye, " panggilan dimatikan.
Rose mengeluh panjang di meja tersebut.
*****
Rose melilaukan matanya mencari roti Gardenia di bahagian roti. Dalam kelekaannya mencari roti tersebut tanpa sengaja dia terlanggar seseorang.
" I'm so sorry miss, " ucapnya.
Tasneem mengalihkan pandangannya pada Rose.
" Eh it's okay. My bad, " Tasneem lemparkan senyumannya pada Rose dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
Childhood Friend.
RomanceHe was that boy.Yes,she was pretty sure about that fact.She knew that Aidil is her childhood friend.She just knew it. Ah,itu Rose.Bagaimana dia dan Rose boleh bertemu di sini.Heh,dia terlupa akan aturan dan perjalanan yang telah ditentukan oleh Dia...