Bab 2

113 9 3
                                    

Rose melangkah keluar daripada Suzuki Swiftnya.

Fuh, habis riuh sekampung rumah mereka hari ini.

Maklumlah, Mawar dan keluarganya telah sampai. Chempaka juga baru tiba semalam.

Tidak campur keluarga Adam lagi.

Semuanya datang dengan membawa anak-anak mereka.

Rose tersenyum kecil. Dia rindu dengan anak-anak buahnya.

Terutama si Ziyyad anak Chempaka.

Ziyyad itu sudahlah buncit. Rambut kerinting pula. Muka putih melepak macam anak mat salih sekali package dengan rambutnya yang keperangan.

Entah datang daripada mana genetik mat salih itu pun Rose tidak tahu.

Hanya tinggal Rose dan Yusuf sahaja yang belum berumah tangga.

Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja. Yusuf itu kalau bab bekerja macam tiada hari esok sahaja gayanya.

Hari-hari mahu ke ibu pejabat.

Entah kes apa pula kali ini Rose malas ambil pusing.

" Assalamualikum, " Rose memberi salam lalu membuka kasutnya dan melangkah menaiki tangga untuk memasuki rumahnya.

" Waalaikumsalam. Ha balik pun kamu Rose, " salamnya dijawab oleh Kak Chempaka yang sedang mendukung Ziyyad yang baru sahaja memasuki 4 bulan.

" Nah ambil Yad. Kak Chem nak tolong ibu memasak di dapur. Dia baru bangun tu, " Ziyyad diserahkan kepada Rose.

Rose tersenyum lebar.

Aih baru sebut dah muncul si Ziyyad ni.

Rose segera mengambil Ziyyad.

" Yang lain mana? " soal Rose.

" Budak-budak itu Kak Mawar halau suruh main dekat anjung sana. Bising kata Kak Mawar sebab Along nak tidur. Penat drive, " Rose mengangguk faham.

Kak Chempaka mula bergerak menuju ke dapur manakala Rose mengatur langkah menuju ke biliknya.

Rose membaringkan Ziyyad di atas katilnya dan dia mula membuka tudung.

Panas betul cuaca hari ini.

Dia menukar baju sambil matanya tidak lepas memandang Ziyyad yang sedang bergolek-golek di atas katilnya.

Tudung sarung dicapai dan dia mengambil semula Ziyyad.

*****

Mereka menuju ke arah anjung. Kawasan anjung itu agak luas dan panjang. Sesuai untuk anak-anak kecil bermain. Anjung ini juga merupakan tempat mereka melepak setiap petang.

" Mak suuuuu, " jerit anak buahnya apabila melihat kelibatnya.

Rose senyum.

Comel betul anak-anak buahnya itu.

" Mak su pergi mana? Pagi-pagi hilang. Sekarang baru nak balik, " tutur Farah anak sulung Kak Mawar.

Baru berusia 6 tahun.

Tangannya dicapai dan disalam oleh Farah diikuti oleh yang lain.

" Mak su ada kerja sikit tadi. Ni mak su dah balikkan? " jawab Rose mesra.

Tiba-tiba anjung itu dipenuhi dengan raungan daripada Fatimah. Terjerit-jerit dia memanggil Rose.

Rose meletakkan Ziyyad pada tilam kecil yang memang telah tersedia di anjung itu lalu dia menghampiri Fatimah.

" Kenapa Timah nangis-nangis ni? " soal Rose.

" Zaid tak nak kasi Fatimah mainan tu, " habis muncung-muncung bibir Fatimah menunjukkan mainan yang berada di tangan Zaid, abang kepada Ziyyad.

Childhood Friend.Where stories live. Discover now