Aidil yang sedang setia menunggu kedatangan Husna menyisip sedikit air coffee panas yang berada di tangannya. Husna kata dia ingin berjumpa dengan dirinya atas urusan penting.
Terasa ruangan sebelah terisi, segera Aidil memandang ke arah sisinya, kelihatan Husna sedang melepaskan mengahnya.
Aidil hulur secawan coffee kepada Husna. Husna menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Aidil memandang Husna pelik. Setahunya Husna sangat gemar dengan coffee, mustahil baginya untuk menolak sebarang kopi yang ditawarkan.
" Not good for pregnancy, " tutur Husna perlahan tapi cukup untuk Aidil mendengarnya. Aidil memandang Husna terkejut.
" For real, Una? Our baby? " tanya Aidil dalam keadaan terkejut dan teruja.
" Dah tu anak siapa lagi kalau bukan anak you, " rengus Husna. Sebenarnya dia agak serabut apabila mengetahui hasil ujian kehamilannya. Segera nombor telefon Aidil dicari selepas itu.
" So kita kahwin eh, Una? " mata Aidil bersinar kerana dia juga amat sayangkan Husna.
" I nak gugurkan baby ni, " ucap Husna.
" What? Are you out of your mind? " marah Aidil. Berang dia mendengar kata-kata Husna.
" I nak gugurkan. I penat tau Aidil. Nanti yang nak bawa perut itu, I. Yang kena bear all the consequences, I. Orang lelaki memang senang. Lepas buat anak, ciao. Ugh, " bebel Husna.
" Ya Allah sebab itu I ajak you kahwin dengan I Una. Kita sama-sama jaga each other, okey? Sama-sama ada masa susah senang, " tangan Husna Aidil bawa dalam genggamannya. Sambil itu tangan Aidil lagi satu dibawa ke perut Husna yang sedang mempunyai satu lagi nyawa baru di dalamnya.
*****
Terengganu, today,
Azan Subuh yang berkumandang daripada telefonnya mengejutkannya dari mimpi. Segera Aidil bangun dan beristighfar panjang. Entah mengapa kejadian 3 tahun lepas berulang semula di dalam mimpinya. Apakah ini petanda supaya dia menjauhi Rose? Segera dia menuju ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat fardu Subuh.
Selesai sahaja dia menunaikan solat Subuh, Aidil terus membuka aplikasi WhatsApp. Terdapat beberapa notifikasi mengenai meeting mereka pada pagi ini yang akan ditangguhkan ke sesi petang dan ...
Nombor Rose terus dicari. Namun hampa apabila tiada satu pun mesej baharu daripada Rose. Terus ditolak telefonnya ke tepi. Aidil bergerak ke arah wardrobe yang terletak berhadapan dengan katilnya.
Baju t-shirt yang sudah siap tergantung dicapai Aidil. Hari ini meeting mereka akan mula pada jam 2.00 petang. Meeting yang sepatutnya bermula jam 9.00 pagi itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Maka Aidil, Tasneem dan Khaliff serta Maya, isteri Khaliff bercadang mahu bersiar-siar sebentar di sekitar bandar pada pagi itu.
Sedang dia sedang elok bersiap, tiba-tiba bunyi notifikasi bertubi-tubi masuk. Dalam keadaan malas, Aidil melihat si pemberi notifikasi tersebut. Ternyata dari Rose. Segera dibuka aplikasi WhatsApp.
Habis semua gambar Senah di'spam' oleh Rose. Daripada gambar bergolek, tidur dan bermacam-macam posisi lagi. Ada beberapa gambar yang buatkan Aidil rasa seperti mahu ketawa itu Aidil simpan di dalam galeri telefonnya. Yang mana dia kurang berminat itu terus dia delete tanpa ragu-ragu.
Ting! Satu notifikasi diterima lagi. Kali ini dari Tasneem.
Jom breakfast! I dah ada kat lobby ni. Khaliff dengan Maya pun ada sama. Jomlah.
-Tasneem-Okey. I pun dah siap.Sekejap lagi I turun.
-Ed-Aidil segera bangkit dari duduknya. Kunci kereta dan clutch dicapai dari atas meja soleknya. Perut pun sudah berbunyi baiklah dia mempercepatkan langkahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/171552143-288-k540239.jpg)
YOU ARE READING
Childhood Friend.
RomanceHe was that boy.Yes,she was pretty sure about that fact.She knew that Aidil is her childhood friend.She just knew it. Ah,itu Rose.Bagaimana dia dan Rose boleh bertemu di sini.Heh,dia terlupa akan aturan dan perjalanan yang telah ditentukan oleh Dia...