"SAYANG, mana baju abang?"
"Sayang satu butang tercabut",
"Sayang, boxer abang lari!"
"Ah.. nevermind abang dah jumpa. Ehh, mana pula seluar ni? Sayang...", Harraz tarik muncung. Berpatah - patah soalannya untuk isterinya. Satu pun isterinya tak menjawab.
Masih menyiapkan kedua - dua heronya.
"Sekejap abang, Deel dan Deen tak siap lagi ni. Nanti sayang layan abang eh?" Balas Ayreena lembut.
Sikat yang berada disisinya dicapai lalu rambut anaknya disisir.
"Mama.. Deen nak ambut acam abang". Jerit Aydeen teruja. Seronok dia melihat gaya rambut abangnya.
Ayreena tergelak kecil.
"Iya, iya.. mama buat rambut Deen macam Deel ya? Sabar kejap sayang..", Pipi Aydeen dicium sekilas lalu Ayreena kembali merapikan rambut anak sulungnya.
Harraz menarik muka apabila melihat isterinya langsung tak mengendahkannya.
Seluar yang berada di atas katil ditarik lalu dipakai. Baju kemejanya dibiar tidak dibutang. Biar orang tanya kenapa dia jadi selekeh lepas ada anak. Dia nak cakap yang bini dia abaikan dia. Huh!
"Dah, cantik rambut Deen. Rambut macam Deel. Sama tak?" Soal Ayreena bersama tawa kecil.
"Yey, antik! Deen da mechem macam abang", Aydeen menjerit teruja.
Ayreena tergelak kecil.
"Dah pergi masuk bilik. Bawa barang yang patut aje. Kita nak pergi rumah nenek nanti". Kata Ayreena.
Laju kembar itu mengangguk.
"Deel jangan lari ya sayang, nanti Deel penat". Pesan Ayreena lembut. Pipi Aydeel diciumnya lembut.
"Mama nak iyum ugak!" Kalaut Aydeen mencelah.
Ayreena ketawa.
"Mari sini mama cium Deen!" Bertalu - talu wajah comel Aydeen diciumnya. Mengekek ketawanya.
"Dah pergi cepat", Ayreena meleraikan pelukan.
Terkedek - kedek kembar itu berlari. Ayreena tersenyum melihat wajah gembira anaknya. Comel sungguh!
"Eherm, papanya kat sini dah lupa ke?" Soal Harraz dalam nada sakarstik. Sekarang ini dia dah cemburu dengan anak sendiri. Asyik dapat perhatian isterinya saja. Sampai kena tolak ke tempat yang kedua.
Ayreena tersengih kecil.
Dia membuka langkah mendekati suaminya yang sedang menyisir rambut.
"Handsome suami sayang ni. Makin tengok, makin cair!" Ayreena tersenyum nakal. Sengaja mahu menggoda suaminya. Kuat benar merajuk sejak tua ni!
"Dan.. dan puji. Tadi orang panggil buat derk je", Harraz mencebik.
"Abang ni, umur dah dua puluh sembilan pun nak cemburu. Dengan anak sendiri pun menjadi", Ayreena menggeleng. Macam - macam perangai suaminya ini.
"Umur dua puluh sembilan ni juga yang usaha bagi ada isi kat dalam ni", Perut nipis Ayreena diusapnya lembut.
Sudah empat tahun berlalu baru saja mereka memperoleh cahaya mata yang ketiga. Huhuhu.. kuat juga dia ni!
Ayreena tergelak halus.
Dia merapati tubuh suaminya lalu baju kemejanya itu dibutang satu persatu. Harraz tersengih sambil merenung lama wajah isterinya.
"Sayang ni, umur makin meningkat makin cantik. Jealous abang tengok orang pandang sayang", Gumam Harraz perlahan. Dia mengucup lembut bibir kecil isterinya.
YOU ARE READING
Special MSDME (B3)
Short StoryAPA jadi agaknya kalau seorang lelaki yang kuat cemburu menjadi bapa? Apa yang isterinya layan pada si anak, ada saja si suami tak puas hati. Sampaikan, isterinya jadi pening kepala. "Ehhh, apa ni tarik mama ni? Mam...