Day 3DARAH yang terpercik di merata - rata tempat ditangkap gambarnya menggunakan kamera nikon.
Harraz menghela nafas perlahan apabila mindanya mula terbayang wajah anak kembarnya. Rasa serba - salah pula menyerahkan anak kembarnya yang nakal itu kepada Nek Teha dan adiknya.
"Tuan...", Sapa Hyn sambil tersengih apabila melihat Harraz berdiri kaku di belakangnya.
"Apahal kau tengok aku macam tu?" Soal Harraz hairan. Aneh melihat pandangan Hyn. Lain macam aje..
"Kenapa tuan termenung? Ada something yang fikiran tuan ke?"
"Salah ke kalau aku cemburu bila isteri aku jadi tumpuan lelaki lain?" Soal Harraz sambil memandang wajah Hyn.
Terkebil - kebil Hyn memandang wajah Harraz.
Dia terdiam seketika sementara memproses maksud kata - kata Harraz. Kemudian, lambat saja dia menggeleng.
"Kenapa tuan tanya?" Soal Hyn semula.
"Ada budak muda cuba nak mengurat isteri aku. Aku takulah, isteri aku kena rampas. Aku tak nak hilang dia", Balas Harraz tulus. Tak mahulah dia berselindung. Dia dah lama nak luahkan. Cuma tak ada tempat nak diluah. Takkan nak diluah pada anaknya? Mahunya dia dibahan dengan teruk.
"Cik Puan Reen ke tuan?" Hyn tersengih.
"Habis, kau rasa siapa lagi bini yang aku ada selain dia?" Soal Harraz dalam nada sarkastik.
"Err... Cik Ponti?" Hyn tersenyum serba - salah apabila melihat wajah Harraz mula bertukar ketat. Lagaknya tak suka nama itu disebut.
"Dia bukan isteri aku", Nafi Harraz sambil mengetap gigi.
Disebabkan keluarga itulah isterinya banyak menderita. Dia takkan biarkan orang ketiga, keempat atau kelima sekalipun masuk campur dalam urusan rumah tangganya lagi!
"Maaf tuan. Tapi kenapa tuan risau Cik Puan Reen kena rampas pula? Kan tuan sendiri tahu Cik Puan Reen tu cintakan tuan?" Kata Hyn lembut seolah cuba memujuk hati Harraz yang mula gundah.
Takkan Harraz cepat goyah dengan budak yang baru nak meningkat remaja? Haih...
"Aku tahu dia cintakan aku. Tapi, yalah... mana tahu dia jumpa yang lebih baik kemudian pinggirkan aku". Balas Harraz bersama keluhan.
Hyn menggeleng.
"Saya jamin seribu peratus yang Cik Puan Reen takkan tinggalkan tuan. Tuan yang handsome dan gagah serta kuat ni... Cik Puan Reen confirm tak mahu dah menoleh memandang lelaki lain", Dengan yakin Hyn membalas. Siap memuji lagi ketuanya itu.
Harraz tersenyum senget.
"Kau jangan nak memuji aku lebih - lebih sangatlah. Aku takkan naikkan gaji kau pun", Balas Harraz selamba.
Hyn mencebirkan bibirnya.
"Tuan ni kedekutlah!"
"Suka hati akulah. Aku tak kisah pun kau nak cakap aku kedekut",
YOU ARE READING
Special MSDME (B3)
Short StoryAPA jadi agaknya kalau seorang lelaki yang kuat cemburu menjadi bapa? Apa yang isterinya layan pada si anak, ada saja si suami tak puas hati. Sampaikan, isterinya jadi pening kepala. "Ehhh, apa ni tarik mama ni? Mam...