Day 2
"COMELNYA Hanan...", Anak mata Ayreena bersinar melihat bayi perempuan yang masih bertatih berjalan mendekati Haryani. Adif berada di belakang Hanan bersedia untuk menyambut sekiranya anak gadisnya itu terjatuh.
Haryani tersenyum.
"InsyaAllah Reen, baby kau yang dalam perut ni perempuan juga", Pujuk Haryani lembut.
Dia tahu Ayreena betul - betul mahukan bayi perempuan. Lihat sajalah cara kawan baiknya itu merenung anaknya sampai tak berkedip.
Ayreena mengangguk perlahan sambil membelai lembut perut nipisnya.
Dia harap begitulah.
"Hanan!" Haryani memeluk erat tubuh si anak yang jatuh dalam pelukkanya.
Mengekek tawa bayi itu apabila si ibu berkali - kali mengucup pipinya. Adif tersenyum sambil mendekati Haryani dan Ayreena.
"Zaf mana Reen?" Soal Adif sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan Haryani.
"Ada kat rumah dengan anak - anak aku". Balas Ayreena sambil tersenyum geram memandang wajah montel Hanan.
Rasa nak gigit - gigit je.
Dahi Haryani berkerut hairan. Serentak itu Adif dan Haryani saling berpandangan.
Aneh betul. Ayreena ni lepas melahirkan Aydeel dan Aydeen manalah mahu dia berenggang dengan si Harraz. Macam salotape. Asyik nak melekat aje.
"Kau dengan Zaf bergaduh ke?" Soal Adif hairan.
Laju Ayreena menggeleng. "Aku sengaja suruh dia jaga anak - anak. Perangai dia sejak makin tua ni asyik nak mengada aje dengan aku. Dengan anak - anak aku pun dia bergaduh", Omel Ayreena geram.
Haryani dan Adif serentak ketawa.
Hanan hanya terkebil - kebil melihat ibu bapanya yang sedang seronok ketawa.
"Memanglah Reen. Kau tu cantik. Bila kau lalu pun, mesti semua lelaki toleh dua kali punyalah. Sebab tu dia cemburu". Kata Haryani lembut.
Adif hanya mengangguk mengiyakan.
Mujur saja dia sudah punya Haryani. Tak adalah dia nak curi pandang isteri orang. Tapi kawan - kawannya yang lain adalah juga tanya tentang Ayreena.
Ayreena menjuihkan bibirnya.
"Kau berdua jangan nak mengarutlah. Aku bukan cantik mana pun. Dah jadi mak orang tau. Tua dah", Balas Ayreena sambil mengusap perlahan perut nipisnya.
Haryani tersenyum manis melihat Hanan merangkak mendekati Ayreena.
"Kau cakap macam tu sebab kau tak nampak macam mana orang pandang kau. Memang patutlah pun Zaf cemburu. Kalau aku jadi dia, memang aku kurung aje kau dalam rumah tak payah bagi keluar", Kata Adif sambil ketawa apabila melihat Haryani menjeling manja wajahnya.
Jealous le tu!
Ayreena menggeleng perlahan. Terus saja senyumannya melebar apabila Hanan naik atas ribaanya. Perut nipisnya diusap lembut oleh tangan kecil milik si Hanan.
YOU ARE READING
Special MSDME (B3)
Cerita PendekAPA jadi agaknya kalau seorang lelaki yang kuat cemburu menjadi bapa? Apa yang isterinya layan pada si anak, ada saja si suami tak puas hati. Sampaikan, isterinya jadi pening kepala. "Ehhh, apa ni tarik mama ni? Mam...