"REEN okey tak Reel?" Soalan pertama yang menjengah seusai melihat Ayreel melangkah keluar dari bilik Ayreena.
"Err, along. Jangan bagi Reen over thinking sangat ya? Baby tu awal lagi. Nanti perkembangan otak dia terganggu pula", Pesan Ayreel.
"Over thinking?" Soal Aysyafie bersama wajah terkebil - kebil.
"Dia terlalu fikirkan pasal Zaf. Alah, along tahulah adik kita tu macam mana. Zaf buat apa sekarang, Zaf sihat ke tidak. Semua tu boleh buat Reen fikir bukan - bukan", Terang Ayreel sambil tersenyum.
"Pagi tadi baru aje along send gambar Zaf dengan kembar nakal tu. Takkan boleh jadi over thinking lagi kut?" Soal Aysyafie lagi.
Ayreel terdiam seketika.
"Syaf, Reel... jemputlah minum", Pelawa Jessica sambil meletakkan dua cawan teh dihadapan Aysyafie dan Ayreel.
"Entahlah, along. Reel pun tak tahu apa yang Reen terlebih fikirkan sangat". Sambung Ayreel seusai lama mendiamkan diri.
"Syaf, Reel... Jess baru ingat yang petang kelmarin, kembar nakal tu skype dengan Reen. Katanya buat report pasal Zaf bawa perempuan datang rumah", Terang Jessica.
"Perempuan?" Terus wajah Aysyafie dan Ayreel berubah marah.
Nak kena budak Harraz ni!
BAJU bayi perempuan yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya buat Harraz tersengih sendiri. Uihhh, comelnya baju. Kempunan pula nak ada baby girl.
"Papa!" Suara kembar nakal itu buat Harraz hampir melatah.
Dada diurut perlahan. Mengucap.
Nasib baik dia tak baling telefon bimbitnya hanya kerana terkejut. Kalau tak, memang nangis teruklah dia nanti!
"Papa uwat pa?" Soal Aydeel ingin tahu. Tubuh si ayah yang berada di atas katil menggunakan kerusi plastik.
"Papa tengah tengok telefon ni haa", Balas Harraz sambil membetulkan duduknya. Aydeel dan Aydeen ditarik merapati tubuhnya. Alahai, kecil betul anak kembarnya.
"Atut yah unyi je di. Upa - upanya papa min teyepon", Aydeen mencebir halus.
Ingatkan apalah jadi pada si ayah sampai rumah jadi senyap - sunyi macam kawasan perkuburan. Selalunya, mesti rumah sudah riuh dengan suara ayah mereka yang tak merdu itu memetir
"Comelkan baju ni. Macam cinderella. Cantik, mesti cute kalau mama dan baby pakai sedondon", Kata Harraz sambil menunjukan baju bayi yang terpampang pada skrin telefon kepada anak kembarnya.
"Apa tiut - tiut? Tami yeyati. Mana oyeh patai ju cindeyeya nih!" Marah Aydeel sambil menolak kasar tangan Harraz yang memegang telefon bimbit menjauhi mereka berdua.
"Etui tu! Atuh yah caham tami anti", Balas Aydeen pula menyokong kata - kata si abang.
Harraz terkebil - kebil memandang wajah anak kembarnya.
"Baju ni, papa bukan nak beli untuk kamu berdua. Papa nak beli untuk adik kamu berdua tu nanti. Tak logiklah papa nak kasi kamu berdua tu pakai baju cinderella walaupun papa dah lama berhasrat nak buat macam tu", Kata Harraz sambil tahan senyum.
YOU ARE READING
Special MSDME (B3)
Cerita PendekAPA jadi agaknya kalau seorang lelaki yang kuat cemburu menjadi bapa? Apa yang isterinya layan pada si anak, ada saja si suami tak puas hati. Sampaikan, isterinya jadi pening kepala. "Ehhh, apa ni tarik mama ni? Mam...