Yay or Nay?

13.2K 462 81
                                    


"Jika Deen  ialah  api,  maka  Deel  harus  menjadi  air  untuk  menenangkannya"  -  Harraz

HITAMNYA hati, menutup pandangan bercahaya. Sinar warna - warni dan zaman keriangan mereka dahulu terus terluput begitu saja namun tak lapuk di dalam kenangan. Rindu terpalit, buat yang menangung terasa perit. Kerana pergaduhan terkantoi, kembar yang telah lama terpisah, kini bersatu kembali. Cukup membawa sinar kepada si abang. Tapi bukan si adik!

Kasih sayang melembutkan hati. Tapi dendam yang membelengu, mengunci hati  dari terus lentur. Hubungan yang dahulunya rapat, kini hanya tinggal mimpi. Bagaikan orang asing bila bersua. Seorang bermesra, seorang mengendah. Dalam sikap tenang si abang, buat yang  lain geram dengan tingkah buruk si adik.

"Makin lama aku kenal dengan adik kau, Deel.. makin aku menyampah dengan dia!"  - Zafir Edham

"Kau fikir aku kisah ke kau tu abang aku?"  -  Aydeen Hyraz

Kerana hasutan, hubungan yang tercipta merenggang.

Kerana hasutan, adik beradik bertelingkah.

Kerana satu peristiwa, abang yang periang dan penyayang, bukan lagi abangnya. Hati terluka bila melihat amarah si mama. Kalau boleh diundurkan masa, dia takkan buat begitu. Segala nasihat, gurauan dan teguran abangnya pasti akan di semat dan di simpan rapi di dalam otak. Namun sayangnya, nasi sudah menjadi bubur. Perkara yang berlaku takkan diundur.

"Puas hati Deen sekarang tengok abang kamu macam tu?!"  -  Lyra Ayreena

"Kesian Deel ada adik macam kau. Pemusnah kebahagiaan orang. Entah macam mana dia sayang sangat kat kau",   -  Muiz Hannaf

"Abang,  Deen  minta  maaf.  Deen  janji  Deen  akan  ikut  semua  cakap  abang.  Sumpah!" -  Aydeen  Hyraz

Apa  yang  terjadi  pada  kembar  yang  dulunya  menjadi  partner  in  crime  sejati?  Apa  perkara  yang  telah  berlaku  sehingga  Aydeen  sesal  tak  sudah?  Siapa  sebenarnya  Muiz?  Dan...  apakah  yang  akan  menjadi  kesudahannya  pada  Aydeel  dan  Aydeen?  Masihkah  keluarga  yang  dibina  Harraz  dan  Ayreena  semegah  dulu  atau  bergolak  semula?

💕💕💕

Special  MSDME (B3)Where stories live. Discover now