Selamat hari raya guys😄
------
MOLEK saja dua tubuh kecil berposing di hadapan cermin yang dua kali ganda besar dari mereka. Sekejap pusing ke kiri, sekejap lagi pusing ke kanan. Lagaknya macam cermin tu hanya mereka berdua yang punya.
Harraz tahan senyum melihat gelagat anak kembarnya.
Sampin letak di bahu, songkok senget benget dengan rambut terkeluar. Fikir comel lah tu.
"Awal bersiap, anak - anak papa ni". Suara Harraz menghentikan gelagat mereka. Terus mereka menjerit teruja lalu berlari ke arah si papa.
"Handsome macam papa tak?" Soal Aydeel teruja.
Aydeen tidak ketinggalan berpusing - pusing di hadapan Harraz.
Harraz tayang senyum.
"Handsome, anak - anak papa mana pernah tak handsome. Tapi... lagi handsome kalau sampin ni...", Sampin yang tersangkut di atas bahu di ambil lalu di lipat pada pinggang kecil Aydeel. Terkebil - kebil Aydeel memerhati.
"Pakai kat pinggang. Songkok pun, anak rambut kat depan mana boleh nampak, sayang". Tegur Harraz lembut. Songkok yang berada di atas kepala di betulkan Harraz.
"Deen pun nak jugak!" Kalut Aydeen berdiri di hadapan si papa. Mahu juga si papa membetulkan sampin dan songkoknya.
Harraz kuntum senyum.
Tangannya membetulkan sampin dan songkok seperti Aydeel tadi.
"Ha, handsome dah anak - anak papa". Kata Harraz lembut. Pipi Aydeel dan Aydeen di belainya lembut.
Aydeel dan Aydeen tersenyum teruja.
Dagu kecil Aydeel dan Aydeen di tarik lembut. Lalu kucupan nipis singgah di dahi anak kembarnya sebagai tanda menzahirkan rasa kasih.
"Selamat hari raya, anak - anak papa. Lima tahun dah kita sambut raya bersama. Dari baby hingga sekarang, nakal aje anak - anak papa ni. Semua papa sayang tau. Jadi abang - abang yang baik untuk adik - adik. Tambah lagi untuk si kecil Ayeen", Pesan Harraz lembut.
Pipi Aydeel dan Aydeen di usapnya.
Mungkin sekarang tangan - tangan kecil anak kembarnya dapat di genggam tangannya. Tak lama lagi, anak kembarnya ini akan terus membesar dan membina kehidupan sendiri.
"Kami sayang papa", Tubuh Harraz terus di peluk kembar itu. Wajah mereka di sembamkan pada leher si ayah.
Harraz membalas pelukan anak kembarnya.
"Papa sayang juga semua anak papa. Dari Deel, hingga ke adik - adik. Sayang papa tak pernah berbelah bahagi. Sama aje", Balas Harraz lembut. Pelipis Aydeel dan Aydeen di kucupnya.
Harraz tersenyum halus bila terasa lehernya basah. Terhinggut - hinggut tubuh anak kecilnya.
"Alololo, apa ni nangis - nangis? Hero mana boleh menangis. Malulah", Harraz ketawa kecil seusai pelukan di leraikan.
YOU ARE READING
Special MSDME (B3)
Short StoryAPA jadi agaknya kalau seorang lelaki yang kuat cemburu menjadi bapa? Apa yang isterinya layan pada si anak, ada saja si suami tak puas hati. Sampaikan, isterinya jadi pening kepala. "Ehhh, apa ni tarik mama ni? Mam...