Day 1
MAAF sayang pergi rumah ummi pagi ini tanpa beritahu abang. Sayang cuma nak ajar abang mengalah dan cuba berkongsi sepenuh kehidupan abang bersama anak - anak kita. Macam mana, abang kongsi dengan sayang macam itu jugalah sayang nak abang buat pada anak - anak. Mereka berdua tu baik aje kalau kena caranya. Abang cuma perlu rendahkan ego abang pada anak - anak kita. Sayang pasti, mereka akan dengar cakap abang. Ini sarapan sayang dah sediakan untuk anak - anak. Lampin, dan semua barang ada kat dalam bilik anak kita. Kalau abang nak tanya, just massage sayang. Lastly, sayang nak ucap good luck pada abang. Semoga dapat handle anak - anak kita yang nakal tu.
I Love You...
- Sayang,
Harraz mengeluh kecil.
Surat yang ditinggalkan isterinya dilipat - lipat lalu dia disimpan ke dalam laci mejanya.
"Nasib kau lah Zaf, kena handle anak - anak kau yang nakal tu...", Omel Harraz sendiri. Kadang - kala dia naik geram juga dengan anak kembarnya itu. Entah ikut genetik siapa tak tahulah. Nakal sangat!
Baju t - shirt berjenama Polo disarungnya. Rambutnya yang basah dilap dengan tuala isterinya.
"Kejam sangatlah denda sayang kat abang dan anak - anak..", Omel Harraz perlahan.
Rasa macam tak lama lagi dia akan rasa kehidupan yang dilalui duda - duda diluar sana. Jangan ada orang nak try tackle sudah.
Harraz tersenyum sendiri.
Tuala milik isterinya disangkut semula.
Seusai dia merapikan rambut, terus saja dia membuka langkah menuju ke bilik anak - anaknya.
Pintu bilik kedua - dua heronya diketuk perlahan.
"Papa masuk ni sayang", Kata Harraz perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik anaknya yang terhias cantik.
Pandai betul isterinya mendekorasikan bilik anak - anaknya.
Sejujurnya, ini kali ke dua dia masuk ke dalam bilik anaknya. Untuk kali pertama pun dia masuk kerana ingin melihat isterinya bergurau senda dengan anak kembarnya. Waktu itupun, bilik ini tidaklah secantik sekarang.
Harraz tersengih kecil sambil mengatur langkah ke arah dua heronya yang masih terlena di atas katil.
Kalau tidur, nampak tenang dan comel aje. Tapi bila terjaga, kedua - dua kembar itu pasti ada saja perkara yang disebut untuk menyakitkan hatinya.
"Deel, bangun". Pipi Aydeel ditepuk lambut.
"Emm..", Aydeel merengek. Pipi kananya digaru sebelum dia memusingkan tubuh membelakangi ayahnya.
"Deen bangun". Hidung kecil Aydeen ditariknya lembut.
Budak kecil ini yang paling kepochi dari si abang. Ada saja perkara yang boleh membuatkan si kecil ini gaduh dengannya.
Aydeen menepis kasar tangan ayahnya lalu selimut kecil yang menutupi badannya ditarik sehingga menutup keseluruhan wajah comel itu.
YOU ARE READING
Special MSDME (B3)
KurzgeschichtenAPA jadi agaknya kalau seorang lelaki yang kuat cemburu menjadi bapa? Apa yang isterinya layan pada si anak, ada saja si suami tak puas hati. Sampaikan, isterinya jadi pening kepala. "Ehhh, apa ni tarik mama ni? Mam...