Day 5
DERINGAN jam mengganggu lena Aydeel. Tergagau - gagau dia mencari jam loceng dengan mata yang masih tertutup. Dia merengus geram apabila jam yang dicarinya masih tak dijumpai serta bunyi deringan jam membingitkan ruangan biliknya.
"Icingnya..." Rungut Aydeel geram. Rambutnya diramas kasar.
Terus saja matanya terkedip - kedip menerima cahaya yang menembusi retina matanya. Pipi tembam si adik dicubitnya kuat. Geram!
Boleh jam menjerit kat sebelah tak terjaga? Kalut dia mencapai jam loceng lalu punat ditutup mematikan jam itu.
Terkebil - kebil matanya melihat nota yang tertampal di belakang jam loceng itu.
"Pa ni?" Gumam Aydeel sendiri. Nota itu dicabut lalu ditiliknya lama. Cuba memahami setiap butir perkataan yang ditulis si ayah. Sudahlah tulisan macam cakor ayam!
Kejutkan Deen suruh mandi. Tuala, papa dah sangkut kat palang besi. Air panas pun papa dah sedia. Baju dan pampers ada kat atas katil dalam bilik papa. Kalau tak reti pakai, tunggu aje Akak Qis tu datang. Nanti minta dia tolong pakaikan.
P/s; Jangan nakal - nakal. Nanti papa goreng kamu berdua! '︿ˊ
Aydeel mencebik.
"Pa inat tita ayam te nak doyeng - doyeng? Doyeng pun hanit. Tamau la tena doyeng. Anti hanit adan", Kata Aydeel sambil memeluk tubuhnya.
Elok badannya putih bersih nanti, digoreng ayahnya terus saja rentung macam ikan hangit hari tu. Tak mahu dia!
Terus dia merapati tubuh adiknya. Pipi Aydeen ditamparnya lembut.
"Deen angun...", Lembut suara Aydeel menyapa gegendang telinga adiknya.
"Erm, antuk...", Balas Aydeen perlahan. Tubuh dipusingkan membelakangi abangnya. Selimut kecil ditarik menutup tubuh kecilnya.
Aydeel merengus geram.
"Angun yah!" Punggung Aydeen ditamparnya kuat. Geram dengan sikap adiknya yang susah bangun tidur. Macam manalah ayahnya membangunkan adiknya yang satu ini?
"Atit yah abang". Rungut Aydeen sambil mencerlung tajam wajah abangnya.
Punggungnya diusapnya lembut sambil menayangkan wajah masam.
"Adan muta. Cucah angat nak angun. Aik Deen angun cetayang cebeyum abang toyak Deen atuh tatil", Kata Aydeel berbaur ugutan. Dia bercekak pinggang sambil mencerlung tajam wajah adiknya.
Aydeen berdecit perlahan.
"Citit - citit nak mayah. Abang pun da angkit peyangai tuat ebel papa", Omel Aydeen perlahan.
"Apa abang tak ngar. Yeh Deen uyang ayik?" Soal Aydeel dengan wajah garang. Tajam matanya mencerlung adik kembarnya.
Aydeen menelan liur.
"Ta.. tak, Deen tak catap pa - pa pun", Nafi Aydeen. Kalut dia melompat turun dari katil lantas terkedek - kedek menuju ke bilik air.
Aydeel turut mengekor langkahnya.
"Pa ana?" Soal Aydeen sambil tertoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat si ayah. Aneh pula bila pagi - pagi suara yang kurang merdu ayahnya itu tak memecahkan kesunyian rumah agam ini.
"Papa da pi teja. Anti ada Tatak Tish tu atang jada tita", Balas Aydeel sambil menjuihkan bibirnya.
Aydeen tarik muka masam. Entah mengapa dia kurang menggemari gadis yang diminta si ayah untuk menjaga mereka seketika.
"Deen nak mama", Rungut Aydeen sambil mencebik.
Aydeel turut mengangguk. Dia juga mahukan ibu mereka.
YOU ARE READING
Special MSDME (B3)
Short StoryAPA jadi agaknya kalau seorang lelaki yang kuat cemburu menjadi bapa? Apa yang isterinya layan pada si anak, ada saja si suami tak puas hati. Sampaikan, isterinya jadi pening kepala. "Ehhh, apa ni tarik mama ni? Mam...