Special MSDME 4

11K 566 23
                                    

AYDEEL dan Aydeen lekas saja mencari sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian mereka daripada menahan seksa sakit telinga dek dibebel oleh si ayah!

"Papa cakap dengan kamu berdua boleh pula buat - buat tak dengar ya?!" Marah Harraz sambil bercekak pinggang.

Baju kemeja yang dipakainya ditarik separas siku.

Sepatutnya time macam ni dia dah lama pergi kerja. Tapi disebabkan kembar nakal ini, dia terpaksa gantikan isterinya.

Anak siapa tak tahulah. Nakal sangat!

"Pa ni, tuat ebel tui. Mama pun tak ebel acam papa", Omel Aydeen bersama cebikkan di bibir halusnya.

Aydeel mengangguk mengiyakan.

Mulutnya tak berhenti mengunyah kacang yang dibelikan oleh maksunya tadi.

"Mana papa tak membebel kalau kamu berdua ni serupa toyol tak habis - habis nak memporak perandakan rumah ni?" Balas Harraz sambil mengetap gigi.

Dia memicingkan mata mencerlung anak kembarnya.

Nasiblah dia baik lagi.

Kalau tak, memang dia kutip dua - dua, sangkut kat ampaian! Biar rasa kena jemur dengan matahari!

"Tami butan toyoy yah!" Bentak Aydeel.

Pipi dikembungkan sambil mencekak pinggang membalas renungan tajam si ayah.

"Tak mengaku pula? Habis kalau bukan toyol, makhluk apa lagi? Ju-on? Papa rasa semua hantu - hantu tu pun pandai mengemas dari kamu berdua". Kata Harraz sambil tergelak sinis.

"Papa tak mechem. Papa tuat ebel!" Balas Aydeen sambil menjeling ayahnya.

Suka - suki aje nak mengutuk mereka lagi teruk dari hantu. Huh, menci!

"Oh, kalau papa tak handsome, kamu berdua pun sama ajelah. Kamu tu genetik ikut papa jugak!" Bidas Harraz. Dia juga tak mahu mengalah.

"Manada! Tami itut jen-etik mama. Tu tami mechem cebab payong, paknyah nan pacik mechem!" Kata Aydeel sambil merengus geram.

Dia memeluk tubuh merenung si ayah yang jauh tinggi darinya.

"Grrr, budak dua ekor ni.... memang ada juga kena buat gulai nanti". Gumam Harraz sambil menghela nafas perlahan.

Sakit betul hatinya dengan sikap keras kepala kembar nakal ini.

Entah bilalah hari Ahad nak tiba? Dia betul - betul mahukan isterinya.

"Apa uwa etor? Tami mana ada etor. Papa yah ada etor!"

"Papa kata papa nak masak gulai untuk makan malam ni. Kenyang sikit makan kembar macam kamu berdua. Dua - dua tembam!" Kata Harraz sambil tergelak sinis melihat anak kembarnya menjelingnya.

"Tami tak bam pun! Papa lah demok!"

Harraz membulatkan mata.

Dia yang sasa dan handsome ni anak - anak dia kata gemuk? Memang nak kena buat gulai sungguh budak dua ekor ni!

"Kamu berdua ni...." Harraz mengetap giginya.

"Papa macak apa tat apur tu?" Soalan Aydeel buat kata - kata Harraz mati.

"Apa?" Soal Harraz semula.

"Papa tak au te? Au acam comethin hanit". Ayat Aydeen buat Harraz menelan liur.

Jangan cakap.....

"Speggeti!!!" Jerit Harraz kuat lantas berlari ke dapur. Terus saja dia lupa perihal pergaduhannya dengan si kembar tadi.

Special  MSDME (B3)Where stories live. Discover now