Special MSDME Epilog

14.8K 554 32
                                    

Day 7

SEAWAL empat setengah pagi, Ayreena pulang ke rumahnya. Pintu bilik tidur anaknya dikuak perlahan. Dia tahu perangai mengada Harraz. Kalau tidak dipeluk, mana boleh terlelap.

Ayreena tahan senyum sambil berdiri statik di daun pintu apabila matanya melihat Harraz dan anak kembarnya terlena dengan berpelukan.

Langkah dibuka mendekati katil yang dihuni tiga beranak itu. Ayreena melabuhkan punggung disisi katil bersebelahan Harraz. Pipi suaminya dicuit lembut, sengaja mahu mengganggu tidur.

"Lima minit", Balas Harraz mamai. Tubuh dipusing berpaling ke arah Ayreena. Mata Harraz masih terpejam rapat.

Ayreena mencubit perlahan batang hidung Harraz buat suaminya itu merengek kecil. Tergagau - gagau tangan mencari bantal apabila Ayreena dengan kejamnya merampas bantal Harraz.

"Ihhh, dia tidur atas peha kita pula". Omel Ayreena sendiri apabila Harraz yang masih tak sedar akan kehadiran dirinya dengan selamba melabuhkan kepala di atas pehanya.

Rambut Harraz yang terjuntai di dahi diraup Ayreena lembut.

Bibir halusnya tersenyum manis apabila melihat gelagat suaminya. Lembut kepala Harraz diusapnya apabila pucuk hidung Harraz bersentuhan dengan perut nipisnya.

"Emmm, wanginya". Komen Harraz dengan mata yang terpejam.

"Wangilah, isteri abang yang jadi bantal". Balas Ayreena pula dalam nada perlahan. Suara Harraz tidak kedengaran selepas itu. Mungkin tidur semula...

"Sayang?!" Drastik, Harraz bangun dari ribaan Ayreena.

"Kenapa tayang muka macam tu?" Soal Ayreena sambil menahan tawa apabila melihat wajah teruja suaminya.

"Auwwhhh, I miss you!" Tubuh Ayreena ditarik ke dalam pelukan. Wajahnya disembam pada leher Ayreena.

"Suka hati aje peluk. Tak fikir ni mimpi ke?" Soal Ayreena sambil tersengih.

Harraz terkebil - kebil lalu menggeleng.

"Sayang wangi. Kalau mimpi, abang takkan dapat bau wangian sayang". Balas Harraz sambil mengusap lembut bibir nipis Ayreena.

Ayreena mencebik. Senang betul jawapan.

"Abang rindu sayang sangat - sangat. Tak ada orang nak peluk abang bila malam. Sebab tu abang tidur dengan anak - anak", Terang Harraz tanpa rasa bersalah.

Ayreena tergelak kecil.

Dia tahu dah perangai Harraz. Terlalu masak dengan sikap manja suaminya.

"Baby.... baby rindu papa tak?" Mata Harraz tertumpu pula pada perut nipis Ayreena. Terus kepala dilabuhkan pada paha isterinya.

Pucuk hidungnya sengaja dicantumkan dengan perut nipis Ayreena.

"Mestilah rindu", Balas Ayreena sambil tersenyum kecil.

Tangan kekar Harraz dilekap pada perut nipisnya.

"Mama dia... rindu papa tak?" Soal Harraz sambil tersengih. Wajah cantik isterinya direnung lama.

"Rindu? Hmmm, bolehlah. Sipi - sipi", Mudah saja jawapan Ayreena.

Harraz mencebik.

"Elele, tipulah. Abang tahu, sayang rindu abang. Kalau tak, macam manalah sayang boleh sesat masuk sini kan?" Soal Harraz. Serkap jarang.

"Sa.. sayang datang tengok anak - anak. Abang tolong jangan perasan ea", Nafi Ayreena.

Harraz tersenyum senget.

Special  MSDME (B3)Where stories live. Discover now