Special MSDME 10

10.4K 481 45
                                    


LAMA mereka perhatikan Qismina yang sedang mengemaskan ruang tamu yang bersepah bagaikan tongkang pecah. Sengaja mereka buat begitu hanya kerana ingin menunjukan rasa protes mereka kepada gadis itu!

"Ni gambar kahwin papa dan mama kamu ke?" Soalan Qismina berjaya menarik minat kembar cilik itu.

Terus mereka meloncat turun dari anak tangga lalu berlari terkedek - kedek menuju ke arah Qismina yang sedang memegang bingkai gambar perkahwinan ibu dan ayah mereka.

"Haah mama tami!" Laju Aydeel membalas.

Aydeen turut mengangguk dengan penuh semangat tanda mahu menunjukan tiada perempuan lain mampu mengambil alih tempat ibu mereka.

Bibir Qismina melopong. Bingkai gambar itu diusapnya.

"Cantiknya mama kamu", Puji Qismina tulus.

Seraut senyuman Ayreena mampu membuatkan jejaka terpaku. Padanlah Harraz sayang benar pada isterinya. Cantik...

"Mama tami mang antik. Agi antik dayi cemua peyempuan tat duniya ni!" Balas Aydeen dalam nada teruja. Bersinar matanya apabila teringat seraut wajah manis milik ibunya.

"Ya, mama kamu berdua sangat cantik. Patutlah orang sana tu rajin memuji", Perlahan Qismina menggumam.

Riak wajah gadis itu seakan berubah sedikit seperti cemburu.

Lama Aydeel dan Aydeen merenung Qismina yang berteleku sambil memandang bingkai perkahwinan ibu bapa mereka. Gelagat Qismina seolah ingin mencari cacat cela pada ibu mereka.

"Okeylah, kakak nak pergi buat makan petang untuk kamu berdua. Kamu berdua mesti laparkan?" Soal Qismina teruja. Bingkai gambar tadi diletaknya di atas para semula lantas dia terus saja berlalu ke dapur meninggalkan Aydeel dan Aydeen sendiri.

Terus kembar nakal itu saling berpandangan. Senyuman nakal menghiasi bibir masing - masing.

"Adan uta. Tatak tu jeyesh tenok mama agi antik ari iya", Balas Aydeel sambil ketawa jahat.

Aydeen terus tergelak sinis.

"Cetatat acam tatak tu tita oyeh umpa tat ana - anak je. Tami tayau yang acam mama, catu ayam cejuta. Cucah amat nak umpa. Acam cayi mutiyaya ayam yaut", Terang Aydeen.

Aydeel mengangguk tanda mempersetujui kata - kata si adik.

"Jom tita staip tanya Antle Am pacal utum peyempuan denan yeyati tindal beuwa - uwaan ayam umah", Si abang mula menggamit adiknya mengikut dirinya masuk ke dalam bilik.

Dahi Aydeen mula berkerut hairan.

"Wat pa tita nak staip Antle Am?" Soal Aydeen semula. Wajahnya seakan blur dengan rancangan si abang.

Aydeel mencebik.

"Tan tak ama agi papa nak ayik. Co tita tena yah tau utum papa denan tatak tu tindal atu umah. Abang tamau tatak tu ampash pat mama", Terang Aydeel lembut.

Aydeen mengangguk perlahan seakan mula mengerti dengan niat sebenar si abang.

"Tayau acam tu, jom ah!" Laju saja Aydeen menggamit si abang menuju ke bilik mereka. Terus saja kembar nakal itu berlari masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Antle Am, we're coming!

ENJIN kereta terus dimatikan seusai kereta kesayangannya diparking di dalam garaj kereta yang tersedia. Langkah Harraz terhenti sebaik saja melihat anak kembarnya yang seolah polis traffic menyekat jalannya untuk masuk ke dalam rumah.

"Selamat petang. Boleh izinkan saya lalu?" Pinta Harraz dalam nada lembut. Bahunya sengal - sengal. Dia mahu menyegarkan tubuh yang kian lesu dek bekerja hampir setengah hari. Kasihan anaknya tak selalu berjumpa dengannya.

Special  MSDME (B3)Where stories live. Discover now