POV HARUN MURNI
Di dalam sebuah pangsapuri, 9:30 malam
'Hish! Camne leh terlajak tidur nie?! ' kata aku dalam hati. Aku bergegas keluar dari bilik air. Aku mengelap badan aku yang basah .Apabila sudah kering, tanganku terus mencapai baju yang aku sediakan di atas katil. Aku memakai baju t-shirt putih bersama hoodie merah yang berjalur kotak-kotak berwarna hitam. Aku menyarungkan seluar Jean's hitam bersama sepasang kasut jenama Adidas putih berjalur hitam di bahagian kakiku. Di meja solek,aku hanya menyembur perfume berbau Apple pada kedua-dua pergelangan tangan.
Aku mengambil beg silang tepi favorite aku tu ,lalu menyarungkannya pada badan aku setelah mengisikan beg itu dengan barang peribadi seperti telifon, botol mineral kecil , earphone, wallet, kunci rumah, cermin mata hitam dan mask.
Semasa membuka pintu untuk keluar dari pangsapuri itu aku mengambil kunci motosikal dan topi keledar. Selepas keluar aku mengunci rumahku itu bersama gril pintunya dengan kunci manga. Terus turun ke tempat parking.
Di dalam mall, 10:02 malam
Aku berlari pecut sebaik mengletakkan motosikal aku di parking bawah tanah. Aku terus menaiki lif sebelum pintunya ditutup .huish!! Nasib sempat. Jantung aku turun naik akibat letih berlari. Di dalam lif, tiba-tiba telifon aku berbunyi. Nama Sharul Ozriml tertera, aku terus menyambutnya dengan menekan butang hijau.
"Hello Sha! Sorry lambat. Aku baru naik lif nie. Tadi hujan so jalan jammed "kata aku sebaik meletakkan telifon di telinga.
"Ouh, okey. Don't worry. Aku tunggu. " katanya lalu aku mematikan panggilan telifon itu.
Pintu lif terbuka aku bergegas keluar. Lalu mempercepatkan langkah ke club malam yang berada bersebelahan dengan pusat snooker dalam Mall itu. Tiba-tiba aku terlihat kelibat seseorang yang agak aku kenali tengah makan di sebuah restoran berdekatan.
'Eh? Macam Ell, tapi dengan siapa pulak dia makan? Tengok macam bukan Sha.' kata aku dalam hati lalu aku terus bergerak ke pintu masuk club malam di Mall itu. Di situ aku ternampak kelibat Sharul Ozriml yang sedang melihat telifonnya dari kejauhan. Aku terus menghampirnya.
"Sorry lambat" kata aku. Tanpa melengahkan masa kami terus memasuki club malam itu. Masuk saja club malam itu, perghhh gile sakit telinga. Aku tak suka suasana riuh camnie. Nasib Sha kawan rapat aku kalau tak. Memang aku dah berambus dah dari tempat nie.
"Sha. Kau bawak Ell sekali ke? "kata aku untuk kepastian.
"Kan aku dah cakap dia tak seen aku punya chat whatsapp. Dia gi jalan-jalan dengan kawan dia lah kot.... Eh?!" kata Sharul Ozriml lalu dia terus bergerak ke arah seseorang yang di kelilingi oleh beberapa orang perempuan.
"Ohhh Sha datang lagi kau yee! Ehh?! Harun pun ada!" Suara itu datang dari lelaki yang di kelilingi oleh beberapa orang perempuan itu. Haih patutlah suara macam kenal je rupa-rupanya Fahmi Mirzan. Jumpa senior aku pulak dekat sini.
"Jadi hari nie Sha dengan Harun. Ouhhh patutlah~. Ell mane? Tak kan tak datang sekali kot hahahahaha " Kata Fahmi Mirzan lagi sambil ketawa terbahak-bahak. Gila.. Langsung tak lawak.
"Kalau Ell ada. Mesti aku tak datang. Aku takde hati nak gaduh dengan budak mentah tu " Kata aku tak puas hati. Sharul Ozriml hanya mendiamkan diri sambil tersenyum mendengar perbualan kami.
"Chill lah Harun aku gurau je. Haih lawaklah korang nie... Plus serius aku pelik camane korang dulunya rapat sampai kau sudi ajarkan dia lawan-lawan tu. Tetiba sekarang nie,jadi kucing dengan anjing pulak " Kata Fahmi Mirzan sambil minum air.
YOU ARE READING
Takdir kami
RandomSynopsis ( Chapter-00 ) TAKDIR KAMI by Harukasama8 menceritakan tentang sisi kehidupan lima orang watak lelaki yang berbeza status diri. Pertemuan empat orang lelaki iaitu Harun Murni, Kaell Ozriml, Sharul Ozriml dan Dahmil Rizal dengan watak...