Chapter 10 : Thank You

69 3 0
                                    

POV DAHMIL RIZAL

      Sedang aku sibuk tengok pintu utama. 'Nampak cam orang yang cari Am takde dekat sini. Better aku suruh Am gerak dulu.' Aku melihat Elmin Lizam yang sedang berjalan,setelah aku memberi isyarat kepadanya.

      Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Terjatuh buku yang dipegangnya. Sekali dorang terduduk. Penyamaran Elmin Lizam time tu dah terdedah. Terus rosak plan. Elmin Lizam dah cam gelabah dah tu.
    
      'Ehh? tu macam Am dengan Zul. Aduh boleh pulak dorang terserempak. Zul tu dah lah gay, harap dia tak cakap benda pelik dengan Am. ' Lepas aku tengok dorang berdiri. Elmin Lizam nampak macam sedang bergelut dengan si Afiezul Aiman tu.

       Sudah.. Afiezul Aiman pegang tangan Elmin Lizam macam tak nak lepas. Tapi Elmin Lizam berkeras jugak, dia tarik tangan dia dari terus dipegang oleh Afiezul Aiman tu.

      'Mamat gay nie nak ngada-ngada dekat situ pulak. Lepas kan tangan dia oii.. Dah lah dekat public. Plus Bff aku kau, mau ngorat. Nasib aku dekat kaki lima tingkat dua nie. Kalau aku dekat situ, Muka kau dah lama aku sepak hingga lunyai. ' Kata aku dalam hati.

      Okey Am dah bergerak pantas meninggalkan Zul tu. Tapi, Am gerak macam gelabah sangat. Kan terlanggar orang lagi. Aduihh.... Habis dia terlanggar budak sains agricultural tu. Rasanya aku kena tolong Am dekat bawah tu. Dia macam tak tentu arah je. Aku dekat atas nie pun dia tak tengok. Macam dah lupa plan pulak.

     Sampai jer tingkat Elmin Lizam berada, iaitu kawasan ruang utama nie. Kelibat dia hilang. 'Wait? Apa jadi? Tadi aku rasa dia ada dekat sini. Aku tengok sekeliling kawasan. Sah dia takde. Umm... Dah balik kot. ' Kata aku dalam hati sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Tiba-tiba telifon aku berbunyi. Nama Nik Afiq tertera. Aku pun sambutlah.

"Hello, Nik asal call??

"Iz!! Asal kau stop kerja? Apa jadi dekat kau semalam?" Jerit Nik Afiq di hujung talian.

"Sorrylah Nik. Ada emergency. So aku stop"

"Peliklah kau nie! Aku tak kira! Aku nak jumpa kau lepas nie jugak! "

"Sorry aku busy, bye"

      Aku terus matikan panggilan itu. Haih. Okey sikap Nik Afiq dengan Elmin Lizam lebih kurang jer. Suka sangat nak bagi arahan dekat aku. Dorang fikir itu yang terbaik untuk aku. But aku still ada pendirian. Aku bukan jenis ekot terlunjuk orang.

      Elmin Lizam dah kenal aku 10 tahun. Aku memang layan kerenah dia sebab aku berhutang dengan dia. Dia banyak berkorban duit untuk aku. Maklumlah keluarga dia kaya. Plus kitorang rapat sejak kecil. Tadikah...Dia nak aku kawan dengan aku sampai mati kalau boleh. Pelik permintaan dia tu. Tapi aku cuba tunaikan even berpisah kitorang bape tahun lepas. Nasb tahun nie baru jumpa balik.

      Kalau dah kenal giler dengan Elmin Lizam. Memang dia manjalah jugak. Paling manja dengan family. Aku just layan walaupun kadang-kadang terlebih. Aku tak pernah rasa rimas atau menyusahkan dengan karenah Elmin Lizam. Dia pun tegas and matang bila dengan orang yang dia tak rapat. Aku kira beruntung sebab Elmin Lizam anggap aku macam Family dia sebab tu dia manja dengan aku.

     Sekurang-kurangnya sebagai bff hampir semua pasal hidup dia aku tau. Kalau setakat kawan gitu-gitu dia komfem tak kan bagitau. Just in case, family the one place to say it and i the part of his family. Konklusinya, Elmin Lizam fahami aku dan aku pun. Plus dia dah bagi kepercayaan dekat aku. So aku cuba berkorban untuk dia pulak kali nie. Try my best!

      Tapi bagi Nik Afiq aku anggap dia sekadar kawan biasa. Aku tak pernah nak cite masalah aku dekat dia. Dia pun bukan faham aku pun, kitorang dah dua tahun berkerje dekat club malam tu even dah masuk University yang sama. Bukan Nik Afiq jer. Hampir semua orang aku rasa takde yang boleh aku rapat. Cukup lah sekadar Elmin Lizam. Sekurang-kurangnya aku perlu ekot satu telunjuk jer. Aku tak suka pening-pening nie.

Takdir kamiWhere stories live. Discover now