POV ELMIN LIZAM
Hari nie aku terbangun dari mimpi dengan sendirinya lalu mengambil telifon di sebelah kanan katil. Aku melihat jam menujukkan pukul 9:27 a.m.' Lambat betul aku bangun hari ini' kata aku dalam hati. Aku merenung tingkap bilik aku lalu menyelaknya sedikit sebelum meneruskan langkah keluar dari bilik.Aku berjalan ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa dengan muka yang masih mamai. Di ruang tamu terdapat seorang penjaga aku, Aril Ufirizmi. Biasa lepas pukul 8 memang si Hazril nie dah pergi tempat photoshoot dia. Tinggallah si adik dia nie.
Si Aril nie dari tadi duk menaip komputeri riba dengan fokus yang teramat. Dia seperti tidak perasan akan kehadiran aku yang baru duduk di hadapannya. Aku tak kesah dia tak perasan aku. Nama pun kerje dia. Aril nie seorang penulis novel so kerja dia biasa menaip manuskrip dekat rumah jelah. Kadang-kadang kalau jumpa editor pun dekat rumah. Kalau jumpe editor dekat luar tu aku tak sure. Mana aku tau kerjaya dorang? Dorang ada cite juga masa aku awal-awal masuk rumah nie. Tambah lagi, mereka nie ada bagitau juga sejak aku jejak kaki dekat rumah dorang, Aku akan di beri keutaman.
Keutaman dia just macam kalau aku nak pergi mana-mana nanti dorang hantarkan, kalau aku nak balik nanti dorang ambil aku, lagi dorang akan setiasa tak busy sangat supaya nanti boleh tolong ajar subjects yang aku lemah tak pun lepak dengan aku dan macam-macam lagi. Aku dengar dorang cakap camtu,rasa cam aku nie special pulak. Tapi yang tak best just, si Hazril jelah. Dia cakap dengan aku dingin semacam. Tu je aku tak suka.
"Abang Aril, boleh tak nanti pukul 1 tengahari hantar saya dekat University?" tanya aku tiba-tiba.
"Ha?!!Ouhh Elmin.. Kamu dah bangun? Morning~ Sorrylah abang tak perasan pulak kamu datang." Jawap Aril sedikit terkejut sambil memberi senyuman sebaik melihat aku. Lalu dia melihat jam di komputer ribanya.
"Boleh je. Nanti abang hantar kamu dalam pukul 12:30 gitu. Sekarang baru pukul 9 lebih. Kamu siap-siaplah dulu. Abang ada buat breakfast tu .Makanlah " kata abang Aril lagi sebelum menyambung kerjanya.
"Okey...Okey" kata aku sambil bergerak ke meja makan. Aku menyeduk nasi goreng yang masih panas di atas pinggan besar itu ke pinggan aku. Lalu menyuapnya kedalam mulut 'ummm sedapnya' kata aku dalam hati sambil menikmati nasi goreng itu.
Di dalam University, 12:57 a.m.
Aku menunggu di tempat letak kenderaan sebaik sahaja penjaga aku hantar aku di depan University. Aku melihat di kawasan itu terdapat beberapa orang pelajar yang berjalan di situ . Aku pula sedang mencari-cari kelibat lelaki yang aku langgar semalam. Punyalah aku usya dorang. Langsung tak nampak kelibat orang yang aku langgar tu. Ishh.
Lalu aku pun mengeluarkan telifon aku dari poket seluar. Aku membukak apikasi WhatsApp. Tiba-tiba muncul satu panggilan melalui WhatsApp tertera di skrin telifon aku. Aku tanpa melihat nama kenalan itu terus menekan butang hijau untuk menyambut panggilan itu.
"Hello~ Elmin??, awak dekat mane nie?? Dah lama saya tunggu dekat luar." kedengaran suara dari hujung talian. Suara dia lembut . Plus macam manja. Pfft, semacam pulak aku rasa.
"Haa...a...aA? Bukan tadi tun..Tunggu..Dkt park..Ing kereta ke?" Suara aku terus serak time jawap tu. Haihhh~ Tetiba pulak aku nie, ishh malu pulk.
"Keluarlah. Saya ambil dekat luar" Katanya sebelum mematikan panggilan. Aku jadi tak terkata.
Terus melangkah ke pintu utama University, tempat laluan kenderaan mahu keluar. Sampai sahaja di bahu jalan. Sebuah kereta telah berhenti di depan laluan aku mahu jalan. Keretanya bolehlah mewah juga. Lebih kurang macam kereta penjaga aku. Well penjaga aku dengan aku pun orang kaya, kalau tak macam mane boleh tinggal dekat rumah banglo.
YOU ARE READING
Takdir kami
De TodoSynopsis ( Chapter-00 ) TAKDIR KAMI by Harukasama8 menceritakan tentang sisi kehidupan lima orang watak lelaki yang berbeza status diri. Pertemuan empat orang lelaki iaitu Harun Murni, Kaell Ozriml, Sharul Ozriml dan Dahmil Rizal dengan watak...