Chapter 13 : Do Not Die

51 1 0
                                    

POV SHARUL OZRIML

Sekarang aku berada di kelas untuk sesi ketiga. Pensyarah dekat depan tengah sibuk mengajar tapi fikiran aku melayang. Kenapa ehh? Takkan lepas apa jadi tadi still tak leh move on pasal perasaan nie.. Aku dah ucap thanks kot? Apa lagi?

Buku nota depan meja aku pun. Hanya mempunyai sedikit catatan yang sempat aku tangkap. Manakala budak perempuan yang duduk di sebelah aku sudah mengumpul catatan yang cukup banyak.' Aduhh banyaknya aku miss'

'Please fokus Sharul!' Kata aku dalam hati. Sesekali aku rasa tidak senang duduk di dalam kelas ini. Sebab biasa mesti ada Ell tapi mana dia?? Asal dia tak masuk kelas? Dia bukan jenis yang ponteng kelas. First time dia skip kelas nie.. And sekarang serius aku tak sedap hati.. Ada pape jadi dekat dia ke?

Tanpa berfikir panjang, aku mengangkat tangan. Pensyarah perasan lalu membenarkan aku untuk keluar. Aku mengambil buku nota lalu men
letakkannya dalam beg semula.

Keluar sahaja dari pintu bilik kuliah, tiba-tiba telifon aku bergetar. Ada panggilan masuk, Fahmi Mirzan. Nie mesti dia nak tanya asal aku tak rest dengan dorang. Aku pun menyambutnya.

"Hello! Sha! Adik kau!! Dia dalam masalah besar sekarang nie! Cepat berkumpul dekat tempat biasa!"

Kata Fahmi Mirzan di hujung talian lalu dia mematikan panggilan itu. 'Oh No! jangan cakap ada benda teruk jadi dekat dia?! Ell!' Aku terus berlari ke tempat berkumpul. Tempat kitorang biasa berada.

POV ELMIN LIZAM

"Dik, kamu masuk kelas dulu tau. Biar kitorang settle hal nie " Kata Rizwani Ilfariz kepada aku. Aku mendiamkan diri dan hanya menggangukkan kepala tanda 'baiklah'. Langkah kaki aku terus meninggalkan dia dihadapan bilik khas itu.

Kepala aku masih teringat akan apa yang di katakan oleh Kaell . Aku harap dia selamat, itu jer. Tolonglah!

POV KAELL OZRIML

Flashback continued

"Kaell.. So..sorry..." Kata Elmin tiba-tiba. 'Goshh asal dia mintak maaf? Padahal itu bukan salah dia. Salah aku jugak.. Kalau dia tau mesti dia kecewa dengan sikap aku yang selfish nie... ' Lalu aku melepaskan pelukkan erat itu. Aku merenung matanya. Aku tau mata aku sekarang mesti dah merah sebab tahan menangis. But still Air mata aku kian gugur jua. Aku perasan mimik mukanya yang sedang risau melihat aku ini. Aku memandang mukanya dengan pandangan redup. Aku cuba mengukirkan senyuman semanis mungkin walaupun dalam keadaan sebak. Aku tak nak dia risau.

Aku melepaskan nafas lega sebab aku beruntung dia tidak dicederakan lagi. Kalau dah cedera mesti dia dah masuk hospital dan itu membuatkan aku lagi bersalah terhadapnya.

"Nope, Elmin.. awak innocent sangatlah hehe.. Betul kata Fariz tadi... But don't worry.. Saya akan selamatkan awak ... that's my promise now. Lepas tu, We will enjoy balik macam hari tu" Kata aku dengan nada sebak, aku cuba tersenyum. Walaupun air mata aku turut gugur pada masa yang sama. Sesekali aku cuba untuk ketawa kecil dan tersenyum .Aku cuba mahu buat dia selesa. Biar aku sorang jer menagis, aku layak untuk semua nie.

Tapak tangan kanan aku yang suam itu, aku letakkan pada pipi kirinya. Pipinya boleh tahan tembam juga. Even Elmin nie, kurus jer aku tengok. Comel jer. Sesekali ibu jari ,tangan kanan aku mengusap pipinya yang sejuk itu.

Setelah berberapa detik dalam posisi itu, aku rasa cukuplah buat masa ini. Ada benda mustahak aku kena selesaikan terlebih dahulu. Aku mula bangun dari duduk di kerusi itu. Aku berdiri lalu mengalas beg di bahu selepas mengesat air mata yang masih ada.

"Kaell! Awak nak gi mana??" Kata Elmin Lizam sambil memegang tangan kiriku itu. Aku dapat rasa tangannya sedang menggeletar.

"Settle your problems, Dear" Kata aku sambil memberi senyuman.

Takdir kamiWhere stories live. Discover now