Chapter 2: He Is (?)

115 3 0
                                    

POV ELMIN LIZAM

     Sesudahnya aku mengisi berapa helai borong untuk pendaftaran University itu. Aku menyerahkan beberapa helai salin kad pengenalan dan salinan sijil lain seperti sijil lahir, sijil kokurikulum dan macam-macam lagi .Setelah pekerja kerani selesai menyemak borang-borang itu. Lalu dia memberi sedikit anggukkan sebelum  memberitahu aku untuk berada di bilik temu duga pada pukul 3:55 tengahhari di hujung blok iaitu bangunan yang berada bersebelah dewan. Aku hanya mampu memberi senyuman sebelum berlalu pergi.

     Keluar sahaja dari pejabat, otak aku terus memikirkan hal yang baru terjadi tadi iaitu semasa aku berkenalan dengan Harun dan Nufil. Aku yang memikirkannya, berasa takut dan serba salah kerana aku menipu dorang hidup-hidup. 'Haih~ malang gile aku hari ini. Kalau macam nie aku elak jelah kalau jumpa dorang ' kata aku dalam hati sambil menghela nafas panjang.

     Aku melihat jam tangan yang terletak di pergelangan tangan kiri aku. Lalu aku mengangkat kepala, melihat sekeliling kawasan yang aku berdiri itu. Kepala aku menoleh ke kiri dan ke kanan. 'Ummmm~ awal lagi nie sebelum temu duga. Better aku pergi cari makan dulu. Even aku tak dapat duit dari penjaga aku tapi aku still ada duit sendiri. Pepandailah aku nak hidup' . Kata aku dalam hati sebelum memulakan langkah.

POV SHARUL OZRIML

Didalam University, 8:00 a.m

     Aku masuk kedalam kelas bersama adik sepupu aku, Kaell Ozriml. Matanya masih menatap telifon pintar tanpa berkelip. Dia seperti biasa melayan messenger dan WhatsApp yang masuk. Dari tadi kedengaran bunyi dari telifonnya. Aku hanya mampu menghela nafas panjang lalu mengambil tempat duduk di hadapan kelas.

Didalam University, 10:41 a.m
    
     Sebaik sahaja tamatnya kelas aku dan adik sepupu aku mengambil keputusan untuk rehat di tempat yang berlain hari ini. Jadi masing-masing pergi ke tempat berbeza, dia pergi ke cafeteria. Manakala, aku terus ke tempat parking.

     Pada waktu rehat,ramai pelajar pergi ke cafeteria tetapi tidak bagi aku. Selepas keluar dari kelas aku terus masuk ke dalam kereta. Aku memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan ke sebuah cafe. Sampai sahaja di cafe itu, aku memesan kopi yang selalu aku minum setiap pagi seperti hari-hari biasa. Aku pergi ke meja yang gemar aku duduk ,iaitu di belakang dinding yang terdapat dalam cafe itu. Disitu merupakan tempat yang tidak menarik perhatian dan tenang bagi aku untuk menikmati secawan kopi. Tetapi sayangnya ,langkah aku  terhenti apabila kelihatan seorang budak lelaki yang sedang duduk di meja itu dengan beberapa keping roti sandwich dan secawan air teh di atas mejanya. Aku yang melihat dia, berasa sangat tidak puas hati. Tiba-tiba, mata dia memandang aku. Dia terus memberi senyuman apabila melihat aku.

     "Awak mahu duduk sini ke? " kata budak itu. Ini bagi aku first time,ada orang cakap lembut dengan aku mula-mula jumpa di pagi hari. Tetapi aku memalingkan muka dengan gaya sombong sambil tidak ambil peduli akan kata-katanya lalu aku pergi dari situ dan duduk dimeja, yang kedudukannya sebelah tingkap. Meja yang aku duduk ini berada di hadapan mejanya. Tujuan aku duduk sini adalah memerhatinya. Sebenarnya aku masih rasa tidak puas hati. Kalau di ikutkan mahu sahaja aku rampas tempat dia tu. Tetapi, niat aku tidak kesampaian mahu berbuat demikian. Takde mood kot?

     Aku perasan yang dia masih memandang aku kerana matanya masih tidak lepas melihat aku dari kejauhan. Maybe hairan dengan tindakkan aku sebentar tadi. Well meja dia dengan aku tidaklah jauh mana. Hanya berjarak 10 kaki sahaja.Mata aku sempat memandangnya. Lalu mata kami saling bertemu dia terus memberi senyuman kecil kepada aku lalu sambung memakan sandwichnya semula yang berada di atas meja.

    Aku yang masih memerhatinya, melihat dari atas hingga ke bawah. Tengok dia macam pelajar University aku je. Cafe nie terletak di belah utara University tetapi ia agak jauh kerana perlu membuat pusing untuk datang ke University ini sekiranya mengunakan jalan raya.Memang jarang sangat, pelajar datang ke cafe ini. Aku datang pun sebab cafe ini memang favourite aku sejak sambung pengajian di University itu.

Takdir kamiWhere stories live. Discover now