Chapter 8 : Finds Him

75 3 0
                                    

POV AUTHOR

     Di dalam kereta, Elmin Lizam duduk tempat penumpang hadapan iaitu sebelah tempat pemandu dan Dahmil Rizal pula duduk di tempat penumpang belakang. Manakala pemandu kereta itu ialah Hazril Ufirizmi, penjaga Elmin Lizam. Suasana jalan yang tidak sesak memudahkan kereta ini bergerak lancar di jalan raya yang gelap dan hanya diterangi dengan lampu jalan.

     Destinasi kereta ini menuju ke arah hostel University yang berada beberapa tapak dari kawasan University itu sendiri. Lalu kereta itu, berhenti di bahagian hadapan pagar iaitu tepat-tepat di depan pondok, pak guard. Sejurus kereta itu berhenti. Pintu bahagian penumpang belakang kereta di buka oleh Dahmil Rizal.

      "Thanks, abang Hazril sebab tumpangkan saya" Kata Dahmil Rizal lalu menutup pintu kereta itu. Dahmil Rizal terus berjalan ke cermin tempat duduk penumpang hadapan. Lalu cermin itu diturunkan oleh Elmin Lizam.

      "Nah, barang kau tadi" Kata Dahmil Rizal sambil menghulur bungkusan yang berwarna hitam kepada Elmin Lizam. Elmin Lizam menyambut bungkusan itu sambil memberi senyuman tipis sahaja.

      Apabila kelibat Dahmil Rizal hilang dari pandangan mereka iaitu sebaik dia melalui pagar di pondok pak guard itu. Kereta Hazril Ufirizmi mula bergerak semula keluar dari perkarangan laluan hostel. Mereka di dalam kereta hanya mendiamkan diri sahaja.

POV ELMIN LIZAM

      'Masaklah aku lepas nie... Kakak... Abang.. Helpp' Luah aku dalam hati. Aku tau sangat balik nie mesti si Hazril akan tengking aku bertubi-tubi. Aku tak readyy agii!.. Huhuhuhu

- skip -

Di University, Padang Riadah

8 January 2018//12:30 p.m.

      Aku melihat paparan telifon sambil mengeluh panjang. Lalu merebahkan badan aku, di atas padang rumput yang berwarna kehijauan itu. Aku sedang termenung. Angin meniup dari arah utara tempat aku bebaring. Selesa jer. Keadaan ini mungkin mampu menenangkan otak aku yang serabut ini.

      Sekarang aku berada di padang University. Tempat aku bebaring ini merupakan padang riadah. Manakala di sebelahnya pula terdapat satu lagi padang iaitu padang bola. Kawasan padang sungguhlah besar dan selesa untuk para pelajar melakukan aktiviti. 

      Terdapat beberapa padang lagi di University ini dan ia berada di kawasan yang berbeza. Tetapi padang yang aku duduki ini merupakan padang utama digunakan apabila University ini menjadi tuan rumah.

      Hari ini merupakan hari kedua aku berada di sini dan hari ini jugalah merupakan hari aku diisytiharkan sebagai seorang pelajar University disini. Tau-tau diluluskan pun sebab dapat surat dari office tadi. Seronok?? Well actually sedang-sedang jer.. Sebab apa yang jadi dua hari lepas memberi kesan kepada aku.

      Next time aku akan cerita bila dah sedia. Ini juga merupakan sebab aku sedang termenung... Memikirkan nasib lah kiranya. Huhuhuhuh. Oh ye semalam aku tak buat pape,lepak rumah je so kite skip. Back to story.. Sedang aku melayan perasaan tiba-tiba aku mendengar suara yang agak aku kenal.

      "Am? Kau buat apa dekat sini?" Kata Dahmil Rizal yang tiba-tiba muncul di sebelah aku. Dia sedang berdiri sambil membawa beg silang tepi,yang agak besar berwarna hitam seperti beg orang office tu.. Kali nie aku berjumpa Dahmil Rizal yang memakai cermin mata digayakan bersama potongan rambut yang berbeza dari sebelum ini. Tetapi, Dahmil Rizal terus membuka cermin mata itu apabila bercakap dengan aku.

       Aku langsung tidak membuat apa-apa reaksi dan hanya memandangnya dengan pandangan malas kerana ini bukan kali petama aku melihat dia memakai cermin mata. Walhal, aku sedikit terkejut dapat bertemu dengannya sekali lagi tetapi kali ini di University pula.

Takdir kamiWhere stories live. Discover now