NAUFAL RIZAL @ PUTRI AISYA
~~~~~~~~~~
AKU mengelap peluh yang sudah membasahi dahi. Nafas juga tak teratur dengan denyutan jantung yang berdegup laju.
Tudung yang aku pakai aku betulkan sikit. Nasiblah tudung yang dia pakai ni jenis lembut dan sejuk. Tak adalah panas cuma peluh saja.
Anak mata meliar sekeliling. Memerhati pemandangan sekeliling. Tak ramai sangat sebab ada yang masih tidur.
Angin yang meniup wajah pagi itu sungguh nyaman. Mata aku tutup merasa angin yang meniup pipi.
Aku menyandar tubuh pada kerusi yang tersedia di situ. Berehat seketika selepas 2 round dia berjoging. Penat!
Anak mata ralit ke jam di pergelangan tangan. Dah nk pukul 9 pagi.
Aku memandang kanan dan kiri. Tak ada orang yang lalu.
Line clear!
Aku bangun dari kerusi dan menyambung joging semula. Kena 2 round lagi. Dia dah lama tak bersenam, jadi pancit dah.
"Auch!"
Aku terjerit apabila terlanggar tubuh seseorang yang keras macam batu. Terhentak punggung terjatuh ke lantai.
Aku mengetap bibir. Sakit...
Siapa yang keras macam batu ni?!
Aku mendongak memandang tubuh yang aku terlanggar.
Saat wajah orang itu aku pandang, aku tergamam.
Naufal...
"Isya?"
Aku tergeleng menyedarkan diri dari mengelamun.
Aku cepat-cepat bangun sendiri tanpa menyambut huluran tangan dia yang ingin menolong.
Hem! Tak tahu lagi ke hukum haram dan halal? Nak aku ajarkan tak?
Belum sempat aku nak lari dari dia, tangan aku ditarik.
Tapi bukan itu...
"Ah!"
Aku terjerit apabila terasa sakit. Berkerut dahi aku apabila terasa pedih pada telapak tangan.
"Eh! Kenapa ni?!"
Dia terus membelek tangan aku dengan selamba.
Aku tergamam.
"Allah, Isya. Tangan awak luka."
Anak mata aku beralih ke tapak tangan aku. Nampak kesan geseran di situ dan muncul juga darah yang mula keluar.
Baru dia teringat, dia jatuh tadi tahan dengan tangan ke lantai yang berbatu. Tangan sebelah kanan pula tu.
"Ah sakit!"
Aku terjerit apabila dia menyentuh kesan geseran pada telapak tanganku.
Laju aku menarik tangan aku jauh dari dia. Ei! Suka hati aje pegang!
"Biar saya..."
"Ah!"
Aku berdesis sakit apabila sekali dia menyentuh telapak tangan aku. Terus aku memandang tajam pada dia.
Sakit tahu tak?! Yang pergi pegang kenapa?!
"Tak payahlah. Saya boleh buat sendiri."
Aku beredar ke satu kerusi yang tidak jauh dari situ. Aku duduk dan telapak tangan sekali lagi dipandang.
![](https://img.wattpad.com/cover/170873094-288-k622740.jpg)
YOU ARE READING
Perginya Kasih Rindu✔
Любовные романы| FIRST ROMANCE CERPEN BY IISYA' | [STATUS :COMPLETE✔] 🏅#44 in shortstory🖋️ 🍃 Sakitnya hati Bagai hati yang menyepi Perit yang kau beri Bagai seribu pahit yang perlu ku hadapi Ruginya aku Yang hanya mengendahkan dirimu Yang selalu menantiku Yang...